Support My Blog

Sunday, December 4, 2016

KELAPA - TIPS MAKAN VCO

MINYAK KELAPA DARA adalah satu daripada produk yang dihasilkan daripada Teknologi Bio (Biotechnology) iaitu hasil dari santan kelapa (Cocos nucifera) melalui proses seperti pemanasan dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Ia berbeza dengan proses penghasilan minyak masak (coking oil) yang biasa. Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil -VCO) telah diperakui mempunyai khasiat tersendiri iaitu kandungan Asid Laurik (Lauric acid) yang dibuktikan sangat baik untuk kesihatan. Walau pun minyak VCO ini telah lama dijadikan satu industri di seluruh dunia terutama di Indonesia, Filipina dan beberapa negara pengeluar kelapa lain tetapi kempen penggunaan minyak VCO ini di Malaysia hanya popular sekitar 5-7 tahun lepas sahaja. Ramai usahawan minyak kelapa dara di Malaysia yang menghasilkan minyak VCO ini untuk pasaran domestik dan antarabangsa dengan teknologi yang didapati dari agensi kerajaan, rakan-rakan perniagaan dan sebagainya. Saya ada menulis artikel awal mengenai Minyak Kelapa Dara sebelum ini untuk dirujuk (Klik disini). Walau pun dahulu harga runcit minyak VCO ini agak mahal tetapi kini apabila telah ramai usahawan-usahawan baru menghasilkan minyak VCO ini mana harganya adalah berpatutan. Pada penulis sebelum membeli perlulah pengguna faham bagaimana cara mengambil atau cara makan minyak VCO ini agar ianya memberikan impak optima seperti yang diperlukan. Artikel pada subuh yang dingin ini dalam "Anim Agro Technology" saya membentangkan mengenai tips penggunaan atau cara makan minyak kelapa dara bagi mendapatkan menafaat yang optimum.

Penulis membuat beberapa rujukan dan temubual dengan beberapa pengguna bagaimana mengambil minyak kelapa dara ini. Penulis menyediakan beberapa TIPS PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA yang dipercayai sesuai diamalkan oleh mereka yang selalu menggunakannya. Minyak kelapa dara boleh di minum atau diambil selepas makan sarapan pagi atau selepas makan waktu malam (sebelum tidur) pada jam 10 malam. Pastikan kadar yang diambil mengikuti sukatan yang disyorkan pada label pada botol. Mengapa kita perlu makan VCO pada masa ini?. Ini adalah disebabkan dari kajian saintifik dimana pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit perlahan atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan minyak kelapa dara (VCO) bertindak dan bekerja dalam sistem pencernaan di badan kita. Sebaliknya kita perlu mengelakkan pengambilan minyak kelapa dara (VCO) pada waktu tengahari kerana pada masa ini didapati sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya. Pada waktu tengahari juga kita lazimnya aktif bergerak semasa bekerja. Kita juga sebaiknya mengelakkan pengambilan minyak kelapa dara (VCO) sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku atau berkurang kerana minyak kelapa dara yang kita minum akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil. Apabila ada makanan lain didalam perut maka proses pencernaan untuk VCO terganggu. Oleh itu disyorkan agar diambil minyak VCO ikut panduan diatas.

Ramai rakyat di Malaysia masa kini mengalami masaalah 'Kegemukkan' atau Obesiti. Adakah anda salah seorang yang telah mengalami masaalah obesiti?. Adakah anda hendak jadi lebih kurus?. Caranya adalah dengan anda sendiri mesti pandai mengatur akan saiz hidangan sendiri untuk makan setiap hari. Ramai kita yang tidak mengamalkan makan mengikut keperluan yang sewajarnya. Kaedah pengambilan minyak kelapa dara akan menjadikan anda lebih bertenaga dimana akan berlaku kadar metabolisma yang meningkat. Terdapat banyak laporan dari rakan-rakan dimana selepas pengambilan minyak kelapa dara (VCO), mereka akan kerap rasa lapar dan nafsu makan jadi membuak-buak. Ini diatasi dengan kita melebihkan saiz hidangan kita dengan cara pengambilan makanan berasaskan buah-buahan, ikan dan sayuran dalam diet harian anda. Bahan-bahan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang selamat dimakan diperolehi daripada membelii dipasaraya atau hasil tanaman sendiri. Jika boleh dapatkan bekalan sumber makanan ini dimana ada jaminan Sijil MyGAP atau MyOrganic.  Apa yang pasti adalah kita pastikan banyak minum air kosong atau mair masak atau air mineral dengan cukup, sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau pun proses penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga sentiasa. Lebih banyak minum air akan menjadikan kita kerap kencing dimana ini akan mengeluarkan bahan-bahan perkumuhan dengan lebih baik.

Daripada beberapa usahawan yang profesional dan pengeluar minyak VCO, cara dan kadar pengambilan Minyak Kelapa Dara perlu disukat mengikut peringkat umur. Bagi Kanak-kanak berumur antara 5 bulan hingga 1 tahun disyorkan dengan cara menitiskan sedikit VCO dalam susu formula atau susu tepung kedalam mulut bayi. Kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 6 tahun boleh diberikan VCO dengan cara menggunakan sebanyak 2 sudu teh setiap pagi dan malam. Seterusnya bagi kanak-kanak diantara umur 7 ke 12 tahun disyorkan kita berikan sebanyak 4 sudu teh setiap pagi dan malam. akhir sekali bagi kita golongan dewasa sebaiknya mengambil diantara satu (1) atau dua (2) sudu makan setiap pagi dan malam tanpa keraguan dan hendaklah berterusan. Kalau anda mengambil VCO selapas waktu makan adalah digalakkan sebaiknya dijarakkan sekitar 1/2 jam dari pengambilan makanan. Perkara ini penting difahami oleh semua bertapa masa mengambil dan jumlah minyak VCO yang dimakan adalah bertepatan. Pastikan minyak VCO yang diambil masih elok dan tidak tamat tempoh. Ini kerana ada penjual minyak VCO yang telah luput tarikh dengan harga yang jauh lebih rendah. Kalau anda mampu membuat minyak VCO sendiri adalah lebih baik kerana ada jaminan kualiti dan murah.

Penulis blog Anim Agro Technology ini ada juga menerima laporan dari rakan-rakan yang baru kali pertama mengambil Minyak Kelapa Dara dan mereka mendakwa agak kurang selesa. Oleh itu adalah disyorkan agar mereka yang kali pertama mengambil VCO dimulakan dengan 1 sudu teh dengan setiap hidangan. Bagi mereka yang ada masaalah gastrik atau perut luka-luka mungkin akan menyebabkan kurang selesa pada perut kita untuk beberapa ketika. Apa yang pasti adalah sebahagian orang yang mengambil VCO akan mengalami perkumuhan yang lancar untuk beberapa hari. Bagi mereka yang mengalami rasa atau perut sensitif pula adalah disyorkan agar anda boleh mencampur VCO dengan jus buah-buahan atau yogurt atau ditambah pada hidangan makanan lain seperti Oat yang dimasak. Penulis blog mrndapati bagi bayi atau kanak-kanak yang tidak boleh minum minyak kelapa dara, ia boleh di campurkan pada makanan bayi seperti dalam susu formula atau pun susu tepung. Minyak Kelapa Dara juga adalah selamat digunakan bagi ibu-ibu yang mengandung dan semasa penyusuan bayi. Semuga artikel ini memberikan sedikir sebanyak ilmu asas dan tambahan kepada anda. Kesihatan anda boleh dijana dengan mengamalkan mengambil Minyak Kelapa Dara yang boleh dibeli daripada pembekal tempatan atau anda boleh buat sendiri dirumah. Wasallam!!.
MINYAK VCO...APAKAH CARA AMBILNYA...
LEPAS SARAPAN..MAKAN MALAM JUGA...
SUKATAN DEWASA...DUA SUDU SAHAJA...
BADAN SIHAT... JADI PANJANG UMURNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Precint 11, Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
(4 JamadilAkhir 1434H)
Ditulis semula pada 3 RabiulAwal 1438H (4 tahun kemudian)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...