MAKANAN (Food) merupakan keperluan asasi untuk manusia bagi menyambung kehidupan. Pameran Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2016 telah memilih tema 'Our Food Our Future' seperti logo diatas yang akan dilangsungkan daripada 1 - 11 Disember 2016. Pameran terbesar di rantau ini akan diadakan di MAEP'S Serdang sebagai acara dwi- tahunan yang menyasarkan lebih daripada 3.5 juta pengunjung. Tema ini amat sesuai kerana menteri berkata "Food sovereignty is our right as a country to define and control our own food and agricultural systems, including protecting and regulating domestic agricultural production and trade, in order to achieve sustainable development objectives. It is vital for us to grow enough food to feed our people and reduce the nation’s dependence on food imports. We need to ensure that all Malaysians have access to sufficient, safe and nutritious food, now and in the future". YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Minister of Agriculture and Agro-based Industry, Malaysia. Penduduk dunia mencecah 7.5 billion sekarang memerlukan bahan makanan mencukupi dimasa akan datang. Mereka perlukan banyak makanan dari sumbur yang semakin terhad. Krisis makanan 2008 memberi kesan positif untuk para saintis mencipta bagaimana untuk menghasilkan makanan dunia. Makanan utama rakyat Malaysia adalah nasi disamping juga ikan serta daging ayam serta sayuran dan buah-buahan. Penanaman padi masih menjadi agenda penting negara bagi membekalkan beras sekitar lebih 70% kadar kecukupan (SSL). Bagaimana pun pola permakanan rakyat Malaysia sudah sedikit berubah daripada bergantung kepada nasi kepada beberapa makanan lain. Mungkin dimasa kini kita masih boleh makan apa yang ada dengan mudah dan murah tetapi masa hadapan berkemungkinan akan menjadi susah mendapatkan makanan. Pertambahan jumlah penduduk dunia, benana alam, kos pengeluaran meningkat dan perebutan sumber makanan mungkin akan berlaku. Bahan makanan seperti sekarang semakin sukar atau mahal dan ini menyebabkan manusia akan berubah kepada sumber makanan lain sama ada yang semulajadi atau makanan tiruan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu tajuk iaitu apakah dia makanan yang mungkin akan ujud dimasa hadapan untuk difikirkan. Artikel asal daripada yang asalnya berbahasa Indonesia ini saya tulis semula dan diharap boleh dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
9. MAKANAN NANO (Nanofoods)
Pada masa kini Teknologi nano sering diperkatakan sebagai teknologi terkini. Teknologi Nano memang ada digunakan dalam menghasilkan makanan (Nano foods). Nano adalah perkara paling halus dimana makanan mampu diserap dalam usus manusia dengan mudah dan selamat. Bayangkan ada sebuah kerepek kentang dengan berbagai rasa namun didapati ada lebih sedikit bahan masin seperti garam (sodium) yang menyebabkan ramai penduduk dunia suka memakannya. Dalam kes lain teknologi nano digunakan dalam menyediakan makanan daripada roti dengan minyak ikan yang memiliki berbagai vitamin namun tidak berasa ikan langsung dari segu bau dan rasa. Itulah bagaimana nanotechnology akan menyentuh pasaran semua jenis makanan yang mudah diterima pengguna dan selamat serta berkhasiat. Makanan nano akan menjadi makanan era akan datang jika kekurangan makanan biasa seperti sekarang. Dalam kes kentang goreng tersebut bahan yang digunakan adalah “nanosalt” atau garam biasa dengan saiz ukuran yang jauh lebih kecil dan meningkatkan kualiti makanan. Cara ini juga diterapkan pada roti dengan vitamin ikan namun tanpa rasa ikan. Dengan nanotechnology, dimungkinkan untuk mengapsulkan esens dari ikan itu sendiri dimana meraka akan menggunakan nano-supplement ikan pada roti dan memberi kesan keenakkan roti dengan kandungan ikan. Teknologi nano dalam pembuatan makanan akan mendominasi industri makana pada era akan datang.
10. MENGHISAP MAKANAN (Sucking)
Pada masa ini ramai rakyat Malaysia yang obesiti berbanding dengan negara jiran. Rakyat USA juga diantara yang tinggi peratusan yang Obess (gemuk) akibat makanan yang kurang sihat dan tidak terkawal. Sekarang lebih ramai orang membataskan pengambilan makanan yang memang sangat ‘enak’ lantaran 'Takut Gemuk'. Orang kita makan nasi pada sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan makan tengahmalam (supper). Makan sebelum tidur juga boleh menyumbang kepada kegemukkan selain daripada kurang senaman. Menyiasati perkara ini maka saintis telah memikirkan untuk mencipta makanan makanan ‘masa depan’ sambil memberikan tahap kepuasan mengambil makanan tanpa memikirkan kalori. Menggunakan mangkok futuristik yang disebut ‘Le Whaf’ mungkin orang ramai boleh makan dan merasakan nikmatnya sajian pembuka, makanan utama hingga menu penutup sepuasnya tanpa takut gemuk. Kaedah yang digunakan adalah dengan cara MENGHSAP atau MENGHIRUP sahaja. Cukup dengan menghirupnya maka sensasi nikmat seluruh sajian boleh dirasai seketika. Gumpalan asap yang tercipta dari ‘mangkok ajaib’ itu dengan perlahan-lahan akan menyajikan kepada pengguna berbagai makanan lazat sesuai keinginan. Mulai dari kuih berlapis, coklat, ais krim vanila sehingga kepada makan seperti steak daging panggang bertabur keju. Walau pun belum ada kajian terperinci akan makanan alternatif masa hadapan ini tetapi saintis percaya kaedah ini tidak mustahil untuk dilaksanakan. Makan...makan... makan...! Semuga anda mendapat info dari tulisan panjang dari Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 dalam siri mengenal makanan dimasa hadapan. Wasallam!!!.
AKAN DATANG...MAKANAN MANUSIA...
SEMAKIN KURANG...MAHAL HARGANYA..
PELBAGAI PILIHAN... DICARI SENTIASA...
BACA ARTIKEL... MENAKUTKAN JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pameran Halal Food Antarabangsa,
PWTC, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(19 Muharam 1438H)

PM mencuba buat Murtabak Makasar di Pekan... enaknya. |
SEMAKIN KURANG...MAHAL HARGANYA..
PELBAGAI PILIHAN... DICARI SENTIASA...
BACA ARTIKEL... MENAKUTKAN JUGA...
M Anem,
Senior Agronomist,
Pameran Halal Food Antarabangsa,
PWTC, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(19 Muharam 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.