Support My Blog

Saturday, December 3, 2016

MADU YAMAN - KENALI DIA

MADU YAMAN (Yameni Honey) merupakan sejenis madu yang sangat popular didunia terutama dikalangan umat islam. Madu Yaman juga dikenali sebagai 'Madu Sidr' yang berasal daripada sejenis tumbuhan yang tumbuh banyak di negara tersebut. Pokok Sidr atau dipanggil sebagai Pokok Lote, Pokok Chris Thorn, pokok Jujube atau Pokok Nabakh dikenali dengan nama botani sebagai Ziziphus spina-christi adalah pokok jenis purba (an ancient tree). Pokok ini disebut ujud semasa nabi Adam turun kedunia dan merupakan pokok yang banyak guna. Kayu daripada pokok ini dikatakan diguakan untuk membuat istana dan rumah ibadat di zaman Nabi Sulaiman dan zaman Firaun. Ia juga disebut dalam Quran sebanyak 3 kali he Qur'andalam surah Saba 15-16, Surah Waqia 27-33 dan juga Surah Najm 7-18. Pokok ini merupakan pokok saka yang mempunyai akar dalam yang tahan daripada kemarau panjang dan  juga bencana banjir. Kesemua bahagian daripada tumbuhan ini mempunyai nilao perubatan. Pada bahagian DAUN ia digunakan sebagai Shampoo Berubat (herbal shampoo) yang boleh mengawal kelumumur, merawat sakit kepala, mata membengkat dan boleh kuruskan badan. Daunnya jika direndam dalam air suam boleh digunakan sebagai bahan memberbersih badan atau sebagai mandian kerana mengandungi minyak dan deoderant resin. Abu daripada kayu pokok ini boleh juga digunakan sebagai bahan rawatan untuk bisa gigitan ular. Buahnya juga mengandungi banyak sumber tenaga untuk manusia dan bijinya memang dilaporkan kaya dengan bahan protin, daunnya kaya dengan zat Kalsium, zat Besi dan Magnesium. Bahagian Akar juga dilaporkan berguna bahan asas bahan perubatan seperti bahan untuk sakit perut, ubat batuk, apetizer dan sebagainya. Apa pun pokok ini menghasilkan bunga yang mana nektar dan pollen dikutip oleh lebah madu dan menjadi salah satu daripada madu jenis premium yang harganya antara paling tinggi didunia. Rencana subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai MADU YAMAN sebagai satu sumber rujukkan pembaca semua.

MADU YAMAN merupakan sejenis madu yang banyak diperkatakan di Malaysia sejak lama dulu. Penjualan jenama madu Yaman dikalangan peniaga termasuk di Malaysia merupakan satu kejayaan dalam sistem pemasaran tersusun untuk madu ini, Pada saya untuk mengenai madu Yaman kita mesti mengenali akan tumbuhan dan juga perkara berkaitan dengan pokok ini dahulu. Pokok Sidr  atau Pokok Jujube ini. Pokok Sidr ini akan menghasilkan nektar pada bunga yang mana terdapat banyak perbezaan kualiti akibat jenis tanah, cuaca, iklim dan kaedah pemprosesan. Mungkin tidak ramai peminat madu Yaman ini tidak dapat membezakan produk madu ini. Perbezaan ini ujud dalam nilai-nilai nutrisi dan nilai-nilai kandungan terapeutic. Kajian pakar mendapati sumber bunga, suhu dan sifat tanah memberikan kualiti madu dengan ketara. Ia memberikan warna, rasa, bau dan nilai pasaran madu yaman ini.  Faktor lain yang penting dalam nilai perubatan dan nilai kesihatan untuk manusia. Lebah akan mengunjungi bunga jujube yang mekar dan mengumpulkan madu mengikut musim (Sila lihat foto disebelah). Bunga jujube yang keluar sepanjang tahun menjadikan industri ternakan lebah dan penghasilan madu  ini menjadi pilihan terbaik. Laporan daripada FAO Food and Agriculture Organization menyatakan bahawa madu Yaman dijual dengan harga pasaran 100 kali ganda daripada semua jenis madu lain dipasaran global. Harga tinggi ini disebabkan oleh kandungan perubatan dan nutrisi yang terdapat pada madu yaman ini.

Madu Yaman yang dikatakan bernilai tinggi dipasaran global ini banyak dibincangkan. Madu ini telah dikelaskan sebagai "HIGHLY POTENT" dimana selalunnya penternak madu ini mengikuti teknik penternakan yang ketat untuk menjamin kualiti madu yaman untuk pasaran dunia. Penternak Lebah Yameni sanggup membiarkan lebah mereka mati akibat kekurangan makanan daripada memberikan larutan gula untuk menjamin ketulinan dan kualiti madu. Lebah ini dibiarkan mengutip nektar daripada pokok jujube dengan kemampuan mereka sendiri. Pada masa ini dilaporkan lebah madu disini memerlukan penerbangan ulang alik sebanyak 37,000 kali bagi tujuan mendapatkan setengah kilogram madu tetapi lebah yang mengunjungi bunga pokok Sidr hanya terbang 3 kali sahaja kemudian ia akan mati!. Ini menunjukkan bertapa sukarnya untuk mengumpulkan madu Yaman ini dimana ia hanya memerlukan lebah yang kuat dan tahan lasak. Lebah yang lemah tidak berupaya untuk mengambil nektar daripada pokok Sidr yang berduri (Sila lihat foto disebelah) dalam cuaa panas. Pokok Sidr yang tumbuh dikawasan GURUN (Desert) secara meliar dan wild merupakan pokok yang dikelaskan sebagai Pokok Organik kerana tidak pernah idberikan baja atau pun kimia lain. Ini menjadikan madu dari pokok Sidr ini adalah nektar yang menjanjikan Madu Organik. Madu yaman di negara ini adalah RAW dan PURE kerana teknik digunakan adalan masih tahap Tradisional. Memang tiada bahan kimia dan dadah yang digunakan di ynegara yamen seperti dalam pengendalian industri lebah madi moden dinegara lain. Teknik penternakan lebah moden menggunakan bahan kima seperti untuk mengawl kutu dan penyalit lebah lain didalam haif. Mereka juga tidak akan menggunakan alatan mesin moden sebaliknya hanya akan menggunakan tangan dan pisau semasa menuai dan memprosesnya dengan menuang, tidak dipanaskan semasa asli dan menyimpannya dalam bekas untuk membolehkan proses hidupan enzymatic constituents berlaku.

Dalam menentukan madu yaman ini dipercayai dari segi kualiti, mereka telah mencipta pelbagai produk hasil daripada madu asli. Mereka berjaya mencampurkan madu dengan bahan lain untuk dijual senagai produk berkhasiat. Sebagai produk 'NATURAL APHRODISIAC' mereka mencampurkan madu dengan biji karot, kekacang, ginseng dan pelbagai jenis herba untuk tambah nilai yang heerganya berlipat ganda (Sila anda lihat foto disebelah). Produk ini didakwa amat berkhasiat sehingga ada yang mendakwa ia lebih hebat daripada Viagra tanpa apa-apa kesan sampingan. Dari segi perubatan, setitik Madu yaman yang diambil meningkat kualiti hidup anda!. Daripada testimoni banyak dikatakan madu dari pokok Sidr ini mampu merawat banyak penyakit dan atasi masaalah kesihatan. Ia dikatakan baik dalam merawat Penyaki pada Hati (Liver), Luka-luka pada usus dan perut, Infeksi sistem pernafasan, kekurangan zat makanan, membaikan sistem penghadaman, masaalah penglihatan, merawat luka-luka dan juga kesan terbakar.  Madu Yamn juga digunakan semasa proses pembedahan (caesarian), menyembuhkan dengan cepat selepas beranak dan mengatasi masaalah kesahitan akibat haid. Ia juga mampu menambah imuniti tubuh badan dan menyebahkan badan sihat dan umur lebih panjang. 

Dalam kes lain didakwa kandunagn bahan antioksidan dalam madu ini diantara 75-150 mg bahan Asid Askorbik setiap 100 gram madu adalah baik berbandung dengan madu lain hanya sekitar kurang daripada 5 mg sahaja. Bahan antioksidan adalah amat penting untuk tindakbalas antiradikal bebas dalam proses penuaan (jadinya pengguna akan awet muda). Ia juga berkait dengan mengatasi masaalah sakit jantung dan elakkan serangan serangan kanser. Kajian menunjukkan dimana semakin warna madu itu gelap mengandungi lebih banyak bahan antioksidan. Ini menjadikan madi sidr  tulis yang berwarna lebih gelap akan dijual dengan harga agak tinggi. Selalunya pengambilan madu lebah memang perlu dikaitkan dengan aktiviti anti bakteria (ANTIBACTERIAL). Banyak kajian yang dilakukan menyatakan bahawa alam sains perubatan moden menjadikan terapi menggunakan madu lebah adalah satu alternatif terbaik merebaknya jenis bakteria  berbahaya. Penggunaan madi asli ini mampu menghalang 'antibiotic-resistant bacteria atau juga dipanggil sebagai 'the superbugs bacteria' daripada ia terus merebak. Madu adalah bahan yang agak berbeza dengan bahan kimia lain kerana ia dapat menyembuhkan penyakit dengan berkesan tanpa kesan sampingan lain. Ada dakwaan madu yang dituai pada musim Sejuk (winter) adalah mempunyai kualiti terbaik diikuti dengan madu yang dituai pada Musim Bunga (Spring), Musim Luruh (Autumn) dan Musim Panas (Summer). Madu Sidr dari Yamen memberikan rasa sangat enak (delicoius) disebabkan pokok Sidr yang tumbuh ditanah Yamen didakwa subut dan memberikan rasa khusus pada madunya. Semuga rencana ini memberi info berguna dari Anim Agro Technology kepada pembaca semua. Wasallam!!..
MADU YAMAN... KHASIAT BERGANDA...
KUALITI TINGGI... MAHAL HARGANYA...
POKOK SIDR... ASAL PUNCA BUNGA...
MEMBACA RENCANA... RASA TERUJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1404, Hotel Holiday Inn Melaka,
Bandar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(30 Safar 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...