Support My Blog

Monday, December 12, 2016

POKOK KABONG - GULA KABONG

POKOK KABONG (Arengga pinnata) merupakan sejenis pokok sama dengan keluarga kelapa dibawah keluarga Arecaceae. Pokok Kabung dalam bahasa bahasa Inggeris disebut sebagai 'Common Sugar Palm' iaitu merupakan sejenis tumbuhan yang didapati berasal dari Asia Tenggara dan Australia Utara. Kita di Malaysia mungkin sudah biasa dengan Gula Kabong dan Halwa Kabong yang dimakan sebagai produk makanan yang eksotik. Gula Kabong yang manis ini disediakan dengan mengutip air nira kabong daripada mayang yang dikutip dan dimasak setiap hari. Gula kabong selalunya dijadikan bahan membuat kueh tradisional seperti inti Buah Melaka (Dalam bahasa Jawa Muar dipanggil sebagai 'Kelepon') dan cendol selain daripada dodol, inti koci dan sebagainya. Khasiat yang terdapat pada gula kabong ini memang tidak dinafikan lagi kerana pada penulis yang baru-baru ini melawat Kampung Peneriang di Kuala Lipis, Pahang mendapati boleh dikatakan semua pokok kabong dikampong tersebut adalah tidak menggunakan bahan kimia sebaliknya berkemungkinan adalah organik. Petani dan pengusaha seramai 18 orang dikampong ini boleh memohon persijilan MyOrganik. Menurut Pak Johar yang mengutip 7 pokok kabong mampu mengambil 10 kilogram air nira pada waktu pagi dan 10 kg lagi pada waktu petang. Apabila dimasak maka ia akan menjadi 4-5 kg gula kabong asli (50%) dari 10 kg air nira bergantung kepada cuaca dan faktur persekitaran. Artikel subuh ini saya menulis artike ke 4,354 dalam "Anim Agro Technology" mengenai Pokok Kabong dan Gula Kabong berdasarkan kepada lawatan penulis, pembacaan dan pengalaman sebagai Agronomist untuk bahan bacaan.

Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun seperti bentuj bulu burung dengab ketinggian pokok mencecah 25 meter. Batang pokoknya adalah kukuh dengan akar kuat. Pokok kabung selalunya mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun dimana dicelah pelepah ini akan keluar mayang. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali. Pada saua pokok kabong adalah unik kerana ia akan menghasilkan bungatang selalunya keluar secara berumpun-rumpun dimana bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan (Sila lihat foto disebelah). Hebatnya tangkai bunga jantan (Male flowers) pokok kabung menghasilkan air nira yang manis dimana jika diproses ia boleh manjdai air todi dan yang istimewa manjadi cuka atau gula kabong. Jika diperhatikan buah kabung keluar dengan berjuntai-juntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki) atau lebih panjang lagi. Setiap tangkai atau tandan buah kabong lazimnya mempunyai 10 tangkai dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah kabung. Buah kabong berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal. Memang itu adalah cabaran getir untuk memproses biji buah kabong dikalangan pengusaha kerana ceceir gatal ini memeritkan. Harga halwa kabong memang agak sederhana mahal juga akibat proses mengeluarkan isi buah kabong ini.


Di Kampung Peneriang, Kuala Lipis, Pahang terdapat lebih daripada 40 hektar CHE tanaman pokok kabong yang dimajukan melalui Jabatan Pertanian semenjak tahun 2000. Pokok yang rata-rata berumur 15 tahun ini masih pada tahap produktif diusahakan oleh sekitar 18 orang pengusaha. Penulis yang membuat tinjauan dikampong ini mendapati program penanaman semula dan pemulihan pokok kabong sedia ada perlu dilakukan. Ini disebabkan pokok kabong sedia ada yang mula di kutip hasilkan sekitar 6 tahun setelah ditanam sudah agak tinggi. Penggunaan buluh sebagai 'Sigai' untuk memanjat bagi tujuan memotong mayang dan mengutip air nira kabong agak tinggi iaitu 3-5 meter.  Ada kala tandan buah kabung dikait dengan pengait setinggi 30 kaki atau pokoknya dipanjat untuk memetik buahnya. Pada pemerhatian penulis blog pokok kabong mempunyai jenis akar rerambut seperti pokok telapa tetapi lebih banyak, tebal, berwarna hitam dan jika dilihat ia agak menakutkan. Penduduk kampong ini tidak memetik buah kabong untuk diproses menjadi halwa kabing walau pun hasilnya banyak akibat sukarnya aktiviti memproses. Dahulu telah dilakukan usaha memproses buah halwa tetapi tidak bertahan lama kerana sukarnya mengeluarkan isi kabong yang didakwa menyebabkan kegatalan.


Buah kabung bileh dituai dengan potong tandan dan tangkainya kebawah. Ia kemudian perlu dileraikan (dipisahkan) dari tangkainya dan kemudian perlu direbus dalam bekas khas (lazimnya  menggunakan tin minyak tanah yang telah dibersihkan) atau bekas lain. Buah kabong yang telah direbus selama 1-2 jam ditebus kemuidan disejukkan dan biji buah tadi dibelah dua atau tiga (Sila lihat foto disebelah). Selalu ada 2-3 isi dalam setiap biji buah kabung bersaiz besar. Isi kabung direbus lagi untuk dijadikan produk seakan agar-agar yang liat. Warnanya isi buah kabong ini adalah putih jernih. Biji seperti agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam untuk dijadikan halwa biji kabong dan bagi mempelbagaikan produk ia juga diberi pewarna seperti warna merah, hijau atau kuning. Buah kabung ada yang menyebut sebagai 'buah kantor' dimana ia lazimnya ia dihidangkan sebagai hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidilfitri.  Osi buah kabong juga dijadikan salah satu ramuan penting dalam minuman Lai Chee Kang yang menyegarkan. Ia juga merupakan salah satu bahan penting dalam hidangan Air Batu Campur atau Ais Kacang. Sebenarnya selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung atau gula enau. Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.
Penulis dengan En Johar membalut gula kabong.
POKOK KABONG... MUIDAH TANAMNYA...
DALAM HUTAN... MELIAR TUMBUHNYA,,,,
BUAH DITUAI... DIPROSES JADI HALWA...
AIR NIRA DIMASAK... GULA KABONG DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Peneriang, Mukim Budu,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(12 Rabiulawal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...