Support My Blog

Tuesday, December 27, 2016

SIPUT BULOH

SIPUT BULOH (Solen corneus Lamarck) merupakan sejenis haiwan kerang-kerangan daripada keluarga Solanidae yang mempunai sebanyak 62 spesis diseluruh dunia. Siput buluh atau juga dikenali sebagi siput Pepahat (pahat-pahat) atau Ambal (di Sabah dan Sarawak) atau Bambo Clam adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Rujukkan lain yang saya kaji ada mengatakan yang siput buloh ini adalah jenis Razor Calm atau Razor Shell atau Razor Fish dengan nama saintifiknya sebagai Ensis arcuatus yang menyerupai juga bentuknya. Haiwan ini bagaimana pun hidup dikawasan pantai air masin dengan mendiami didalam pasir. Haiwan ini merupakan haiwan yang mempunyai 'siphon' dimana ia memakan plankton dan tumbuhan air lain dengan menyedutnya. Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama diTerengganu, Selangor, Sarawak (Ambal) dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesis siput buluh turut terdapat di negara lain seperti California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong. Kajian menunjukka berlakunya penurunan populasi hidupan itu di negara kita dan seluruh dunia akibat faktor pencemaran, perubahan cuaca dan beberapa faktur lain. Satu laporan penyelidikan yang dilakukan di Asajaya bermula pada bulan Oktober 2005, misalnya menunjukkan penurunan dari 6,768 ekor ambal perhektar pada tahun 2005 kepada 4,868 perhektar pada 2006, dan merupakan antara projek utama Unimas. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Siput Buloh untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.

Di Malaysia lazimnya musim siput buluh dikatakan bermula pada bulan Ogos sehingga bulan Mac tahun berikutnya namun paling banyak didapati pada November dan Disember. Aktiviti mencari siput buloh dilakukan oleh mereka yang tinggal dikawasan pantai berpasir atau mereka yang memang minat mencarinya. Cara mencari siput buloh ini agak unik dimana kita hanya perlu mengorek pasir sedalam kira-kira 2-3 inci bagi mencari spesis siput tersebut (Lihat foto sebelah). Siput buloh lazimnya terdapat dalam pasir laut kira-kira satu meter dari gigi air laut. Aktiviti pencarian itu memerlukan kesabaran kerana tidak semua tempat di kawasan pesisir pantai itu menjadi habitat spesis siput tersebut. Lazimnya masa paling mudah didapati pada awal pagi sebelum air laut surut kering. Kajian saya di Perak mendapati terdapat sejenis alat yg digunakan oleh masyarakat tempatan bagi mengesan atau mendapatkan kerang-kerangan yang berada di pesisiran pantai ketika air laut surut. Alat yang berbentuk seperti penyapu ini dicipta dimana dibahagian bawah atau dasarnya dipasang sekeping zink (seperti alat pengesan). Alat ini ditarik menggunakan tali yang diikat dipinggang diatas permukaan pasir berhampiran gigi air laut dan apabila terkena objek keras - itu mungkin siput atau haiwan lain) maka kita berhenti dan yg akan ditarik menggunakan tali yg diikat pinggang,berhampiran gigi air.


Kini Siput Buloh atau Ambal merupakan salah satu makanan kegemaran eksotik di banyak restoran makanan laut yang kian diancam kepupusan berikutan perubahan alam sekitar dan tiada usaha untuk aktiviti menternaknya secara komersial. Ambal ini adalah sejenis hidupan seperti siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia termasuk Sarawak dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Semasa saya bertugas di Sarawak pada 1995 - 1997 saya sering beberapa kali mengutip siput buloh atau ambal inii di Asajaya dalam Bahagian Samarahan serta Kg Bako dan Kg Buntal di Kuching. Selain itu, ambal boleh didapati di Sabah dengan nama pahat-pahat, Terengganu (siput pahat) dan yang terkini dijumpai di Kuala Langat, Selangor. Kajian terbaru mendapati harga sekilogram ambal di Sarawak dijual antara RM12 dan RM18 sekilogram bergantung kepada musim dan jenisnya. Malah, apabila dihantar ke Miri, harganya mampu melambung naik sehingga RM25.00 sekilogram. Di Melaka semalam saya makan Siput Sedut di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Duyong dijual dengan harga RM 20 sekilogram dan kata pemilik restoran kadang-kadang mmencecah RM 25.00 sekilogram. Saiz siput sedut yang dijual gred A kerana panjang sekitar 110 - 12 cm dengan isi tebal.

Laporan kajian Unimas menyatakan kutipan ambal yang melampau-lampau tanpa mengira saiz menyebabkan populasi siput tempatan itu berkurangan khususnya ambal yang matang dan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk membiak. Melalui tinjauan yang dilakukan di Asajaya, kajian ujirasa bagi ambal di kawasan berkenaan lebih manis dan kurang berpasir berbanding yang terdapat di Buntal dan Bako. Penduduk kampung di kawasan berkenaan memberitahu ini mungkin disebabkan pasir lumpur di pantai Asajaya lebih halus dan padat. Lazimnya dikawasan tersebut bulan November dan Disember adalah masa yang paling banyak penduduk kampung mencari ambal. Keuntungan yang tinggi merupakan faktor yang menggalakkan menjadikan ambal akan dikutip secara berleluasa. Dalam tempoh berkenaan, pantai di Asajaya, Bako dan Buntal meriah dipenuhi orang ramai mengutip ambal untuk kegunaan sendiri ataupun dijual termasuk saya ketika itu.

Siput buloh perlu dibersihkan dahulu dengan membuang kekotoran seperti pasir dan air laut dengan air bersih. Ia kemudian boleh dimasak terus atau disimpan sahaja dalam peti sejuk untuk pasaran domestik atau dihantar ke restoran makanan laut. Kalau di Kuching restoran makanan laut memang banyak sekali yang menghidangkan ambal ini. Bagaimana pun saya sangat berpuashati dengan hidangan siput buluh yang saya makan di Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar dan Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyong di Melaka baru-baru ini. Di Muar saya makan siput sedut dimasak cili padi serta yang di masak halia sementara di Melaka ia di Masak Sweet Sour (Lihat foto diatas dan disebelah). Ia dimakan dengan nasi lemak bungkus yang memang sungguh menyelerakan. Sesungguhnya haiwan ini yang semakin pupus ditelan zaman mungkin tidak akan dapat dinikmati jika tiada program menternak yang sesuai untuk mengekalkan keujudannya. Semuga pembaca Blog Anim Agro Technology mendapat menafaat dari rencana ini. Wasallam!.
Siput Buloh di masak cili api - pedas....
SIPUT BULOH... AMBAL IA SAMA...
BENTUK BULOH...PEPAHAT JUGA...
BOLEH DIMASAK CILI... JUGA HALIA..
RM 20 SEKILOGRAM... JANGAN TANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Restoran Ikan Bakar Muara Sg Duyong,
Muara Sg Duyong, Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...