Support My Blog

Sunday, June 24, 2018

AGRIMATHS - TANAMAN PADI (Part 7)

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada pegawai pertanian, penyelifik, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia juga turut menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.


Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin yang penting dalam negara kerana  beras adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Dalam negara seluas lebih 600,000 hektar padi ditanam di lapan buah jelapang padi dimana ia membekalkan sekitar 70% daripada SSL negara. Terdapat juga padi huma ditanam dikawasan pendalaman dan Sabah serta Sarawak. Padi Sawah adalah lebih dominan dengan sistem pengairan disediakan oleh kerajaan dan padi ditanam 2 kali setahun. Dalam Agrimath dinyatakan keluasan setiap lot tanah yang tidak seragam mengikut lokaliti. Kebanyakan lot sawah dalam ekar (O.4 hektar) sementara di kedah 1 relong (0.288 ha) dan keluasan di Pulau Pinang juga 1 Relong (0.535 hektar). Penulis blog ada menulis beberapa artikel mengenai tanaman padi dimana ia boleh dirujuk (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Sistem tanaman tabur terus (direct seeding) kini menjadi pilihan utama kaedah menanam di Malaysia tetapi kaedah mencedung masih lagi diamalkan dibanyak lokasi. Agrimaths menyatakan bagaimana cara untuk pengiraan keperluan biji benih dimana beberapa faktur yang menentukan keperluan benih sehektar bergantung kepada kadar biji benih, peratus percambahan biji benih, 
 peratus biji benih tulin, keluasan penanaman dan kaedah menanam. Kadar benih digunakan juga bergantung kepada varieti padi dimana pada masa ini varieti MR219, MR297 dan juga MR220CL merupakan antara verieti padi yang luas ditanam. Jika 100 kg benih digunakan sehektar dan peratus percambahan adalah 85% maka boleh dikira keperluan benih yang hendak dibeli. Kini di Malaysia benih padi dikawal oleh beberapa pembekal yang dilantik oleh kerajaan untuk tujuan mengawal permutuan padi. Harga benih padi bermutu kini dikawal harganya oleh pihak kerajaan. Dalam agrimaths dibuat soaljawab dimana jika menanam dngan kaedah mencedung biasanya memerlukan sekitar 49 kg benih sehektar semantara kaedah menanam dengan jentera menanam dikatakan menggunakan 98 kg benih padi (2 kali ganda) sementara kaedah menanam tabur terus 171.5 kg sehektar. 


Dalam butang Agrimaths bertajuk Harga Dasar Padi dan Penggredan dinyatakan dimana penetapan harga belian padi yang seragam di Malaysia. Kadar harga padi ditetapkan pada RM1,200 satu tan dimana ada beberapa aspek permutuan dilakukan.  Padi akan digredkan mengikut kandungan padi muda, kandungan kekotoran padi, tahap basah dan sebagainya.  Permutuan padi dilakukan tertakluk dibawah akta 522 Kawalan padi dan Beras 1994 dimana memang dibolehkan pemotongan yang munasabah mengikut piawaian padi yang dihasilkan.  Permutuan kepada padi ini bagaimana pun banyak menimbulkan banyak pertikaian dikalangan pesawah dan pihak pembeli. Permutuan Padi dilakukan berdasarkan kepada analisa bertujuan bagi mendapatkan bekalan padi yang berkualiti untuk pastikan pesawah hanya bekalkan padi berkualiti. Faktor-faktor yang mempengaruhi permutuan sebenar padi ada beberapa perkara.  Potongan kerana padi rosak seperti jumlah padi perang atau padi patah, jumlah hampa berat dan juga jumlah hampa ringan. Padi rosak termasuk padi yang telah bertukar warna dari warna biasa kepada hitam atau merah kehitaman atau mulai mereput. Potong dilakukan kerana harga padi yang diberikan adalah untuk padi berkualiti sahaja. Jika padi rosak maka harga beras akan menjadi rendah akibat kesan mutunya. Ia juga menyebabkan pendapatan ramai pesawah menurun.  Potongan akibat kekotoran seperti kandungan jerami, batu, tangkai padi, sampah dan sebagainya dilakukan untuk kualiti padi yang akan dibayar. Begitu juga dengan potongan untuk kandungan padi muda dan padi tidak cukup masak. Paling penting adalah potongan wap basah dinilai yang diukur dengan menggunakan Alat Pengukur Wap Basah (Moisture meter). Ia dilakukan jika wap basah apabila diuji melebihi 14% dan kurang dari ini adalah diistilahkan sebagai padi kering. Artikel ini juga bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11 dan Part 12. Tulisan ini disediakan di negara Republic Czech tetapi diposting dari Halstatt, Austria dalam lawatan keluarga selama 2 minggu di Eropah. Semuga kali ini tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...


MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
No 11, 4th Floor, The Amazon Apartment,
(A Air BnB Homestay), Prague,
Republic Czech.
(2 Syawal 1439H).
Posted from:
Top 3, 10, Favoriten,
Karmaschgasse, 72/3,
Vienna, Austria.
(10 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...