mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, June 29, 2018

AGRIMATHS - CENDAWAN (Part 12)

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan kerajaan dalam usaha bagi mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada lebih ramai para pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan lamanweb www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa lagi perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini dalam 12 siri tulisan mengenai Agrimaths ini adalah siri yang terakhir dalam siri Agrimaths dan diposting juga hari terakhir semasa lawatan saya selama 15 hari ke 5 negara di Eropah. Pada subuh kali ini dari tingkat 5,Central Spot Prague, Krakovska 3, Praha, Czech Republic saya menulis dan menguoas lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untuk semua penggiat dalam sektor pertanian.


Cendawan (Mushroom) merupakan satu komoditi yang bernilai tinggi dimana terdapat kini tumpuan bagi peningkatan huluan dan hiliran dalam menentukan pendapatan negara serta KDNK meningkat. Pada masa ini ada 17 jenis cendawan yang boleh dan disyorkan untuk ditanam secara komersil di Malaysia iaitu berasaskan kepada agroiklim  sama ada dikawasan bersuhu rendah ditanah tinggi atau pun ditanah rendah yang panas sedikit. Apa pun tanaman cendawan memerlukan teknik kawalan persekitaran yang disesuaikan untuk ianya sesuai dikomersilkan. Penulis blog merupakan salah seorang yang ada pengalaman dan pakar didalam memberikan khidmat kepakaraan didalam penanaman cendawan terutamanya untuk Tiram Kelabu (Pleurotus pulminarius)  semasa bertugas di Projek Khas Pertanian Pagoh (Sila lihat foto paling atas dan sebelah). Banyak lagi rencana mengenai cendawan yang saya tulis untuk mereka yang membuka aplikasi Agrimaths sebagai pautan lebih terperinci mengenai industri cendawan. Penulis yang juga merupakan seorang penceramah didalam penanaman cendawan terutama Tiram Kelabu dan cendawan Vorvariella boleh dibaca dengan pautan (Sila klik disini)(Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Jabatan Pertanian ada menyatakan 17 jenis cendawan yang boleh dikomersilkan adalah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Tiram Kuning, Cendawan Tiram Merah, Cendawan Jeli Hitam, Cendawan Ganoderma, Cendawan Tiram Putih, Cendawan Abalone, Cendawan, Shiitake, Cendawan Enoki (Golden Needle), Cendawan Butang Putih, Cendawan Butang Perang, Cendawan Jerami, Cendawan Tiram Raja, Cendawan Bunga Kobis, Cendawan Seri Pagi, Cendawan Berangan dan Cendawan Kukur. Terkini ramai yang memajukan jenis Cendawan Volvariella. Hampir 65% cendawan dikomersilkan adalah tiram kelabu. Teknologi penanaman cendawan tiram kelabu pada masa kini membolehkan ia enjadi pilihan utama dikalangan ramai para pengusaha selain daripada pasaran yang baik untuk cendawan ini.


Pengeluaran cendawan Tiram Kelabu kini menjadi satu bidangusaha yang semakin mendapat tumpuan terutama untuk ramai usahawan muda. Mereka juga sering hadir bertanya penulis bloh boleh untung tidak tanam cendawan tiram kelabu?. Dalam ceramah dan memberi penerangan kepada mereka, apa yang penting untuk peserta baru adalah ilmu pengetahuan bagaimana menanam dan menjaga cendawan, lokasi sesuai, modal mencukupi untuk membina rumah cendawan dan dimanakah akhirnya pasaran cendawan akan dijalankan. Ini kerana jika anda mulakan pada skala kecil sebagai permulaan dengan sebanyak 1,000 bongkah dengan andaian harga bongkah RM1.50 sudah pasti kos diperlukan diperingkat awalan adalah amat tinggi. JIka harga jualan RM15/kg dan hasil 180 gram sebongkah dan 3 rak besi pada harga RM250 satu. Kini dengan andaian tiada kos pekerja dan tiada sistem mister dan tiada kos rumah cendawan tiram kelabu maka ianya boleh dijimatkan. Anggaran kasar kos diperlukan untuk memulakan tanaman cendawan tiram kelabu adalah membeli bongkah (RM1,500), bayaran untuk membina rak besi (RM750) iaitu rak-rak besi dengan 5 para dan satu para dlm 70 bongkah yang disusun dalam 4 tingkat. Kos bayaran bil air (RM10 sebulan), Beli Net hitam (RM100 segulung untuk dijadikan dinding keliling pada rumah cendawan. Penulis blog pernah buat anggaraan hasil jualan 180g untuk 1,000 bongkah memberikan kiraan iaitu  180g x RM15 x 1,000 = RM2,700 satu musim tanaman. Jumlah kos awal  dan kos operasi selama 3 bulan sebanyak RM2,360. Analisa cashflow mendapati untuk 1,000 bongkah cendawan tiram kelabu memberikan untung kasar pulangan sebanyak RM340. Untung kasar ini adalah termasuk kos barangan yang anda boleh guna untuk penanaman akan datang seperti rak dan netting. Bagaimana pun lazimnya penanam cendawan komersil akan bermula  dengan 10,000 bongkah cendawan secara berperingkat. Penanaman cendawan perlukan komitment tinggi dan berisiko untuk dijaga kerana jika berlaku serangan penyakit dan harga jatuh dipasaran boleh merugikan pengusaha dengan mudah.


Cendawan Volvariella atau biasanya dipanggil cendawan jerami telah pun kini diperkenal kepada pekebun kecil sebagai tanaman alternatif bagi menambah pendapatan mereka. Cendawan ini amat sesuai diusahakan kepada pekebun getah sebagai bidangusaha tambahan kepada mereka. Sebelum ini cendawan ini telah pun ditanam menggunakan jerami padi sebagai media tanaman, namun kini lebih mudah apabila tandan sawit yang hanya perlu diperap digunakan sebelum disusun untuk dijadikan batas penanaman (Sila klik disini). Beberapa pekebun kecil getah yang menjalankan projek ini gembira dengan pendapatan tambahan hasil tanaman cendawan dijalankan dibawah bimbingan daripada Jabatan Pertanian.  Penanaman cendawan volvariella atau pun jerami ini sebenarnya menggunakan konsep ringkas 3T iaitu Tanam, Tunggu dan Tuai menjadikan inovasi teknologi bagi tanaman ini lebih istimewa. Inovasi yang dimulakan pada tahun 2014 dengan tiga kali percubaan yang kemudiannya diperkenal kepada orang ramai itu menggunakan adaptasi daripada teknologi yang digunakan di Thailand dan Indonesia. Melalui teknologi ini petani tidak memerlukan kos yang tinggi selain proses pengurusannya yang lebih mudah jika ianya hendak dibandingkan dengan jenis cendawan lain. Bukan itu sahaja, teknologi yang diamalkan ini juga dapat memaksimumkan penggunaan tanah di kebun getah. Inovasi yang telah diolah dan ditambah baik ini menggunakan semula bahan buangan dari ladang kelapa sawit iaitu tandan sawit yang dijadikan batas untuk menanam cendawan. Hasil tandan yang telah digunakan pula boleh dijadikan baja kompos. Tandan sawit yang disusun menjadi batas di ruang antara pokok getah mulanya akan disiram dan ditutup dengan plastik hitam selama sembilan hari. Dalam tempoh itu, batas tersebut akan disiram setiap tiga hari. Dari segi teknologi penulis blog dapati selepas beberapa hari cendawan akan mula tumbuh dan hasilnya boleh bertahan hingga sebulan. Setiap batas mampu menghasilkan sehingga dua kilogram cendawan sehari. Anggaran sekiranya pekebun mempunyai 20 batas tandan sawit, ia mampu menjana pendapatan sehingga RM2,700 sebulan. Apa yang lebih istimewa menurut peserta projek adalah cendawan Volvariella ini 100 peratus organik kerana tidak menggunakan sebarang baja mahupun racun serangga. 


CENDAWAN KUKUR (Schizophyllum commune) adalah sejenis cendawan pada kayu reput dari keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan Schizophylaceae mempunyai banyak spesis yang Tumbuh pada batang kayu untuk proses pereputan. Di Malaysia cendawan kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular di kutip untuk dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat. Banyak gelaran diberikan kepada jenis cendawan ini mengikut lokaliti seperti Jamur Gerigit (Jawa Muar), Cendawan Tapak Tiung (Negeri Sembilan), Kulat Sisir, Kulat Sisik dan banyak lagi. Saya mengenali akan cendawan ini dari zaman kanak-kanak lagi kerana sering mengutip sendiri di kawasan kebun getah keliling kampung di Muar dahulu terutama selepas musim hujan. Memang seronok mengutip cendawan ini dengan tangan dan mengumpulkannya dalam bekas sebelum dimasak segar. Pada penulis blog proses menanam cendawan sisir sama dengan tanaman cendawan tiram cuma pengeluaran hasilnya saja yang berbeza. Kini dia sudah faham dimana kalau cendawan tiram boleh mengeluarkan hasil hingga lapan kali tetapi cendawan sisir hanya dua kali saja malahan pengurusan tanamannya juga agak rumit. Dua tanaman ini tidak boleh berada dalam satu ‘rumah bongkah’ yang sama. Perlu difahami dimana oleh kerana spora cendawan sisir amat kuat maka ia boleh mematikan cendawan tiram. Sebelum ini pernah pembenihan dua cendawan dilakukan di tempat sama, biarpun dalam jarak masa seminggu dan sudah dibersihkan, namun cendawan tiram tidak sesuai hidup. Teknologi bancuhan beg media juga biarpun menggunakan bahan asas yang sama namun nisbahnya berbeza dan nisbah bahan makanan cendawan sisir lebih daripada tiram. Kesemuanya adalah berkonsepkan Organik. Sehingga kini dia sudah mempunyai 2,000 bongkah dan setiap 1,000 bongkah mengeluarkan15 kilogram (kg) untuk tuaian pertama sementara tuaian kedua 10kg. Lazimnya selepas sebulan diperam beg media akan ditoreh dan dalam masa seminggu sudah boleh dikutip hasilnya namun cendawan ini hanya mengeluarkan hasil sebanyak dua kali saja. Artikel ini bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10 dan Part 11. Artikel terakhir dalam 12 siri tulisan mengenai Agrimaths ini juga dibuat posting pada hari terakhir dalam lawatan keluarga penulis blog ke Eropah bermula 1 - 15 Syawal tahun 2018 ini. Diharap siri penulisan Agrimaths dan kupasan panjang saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam dari Eropah!!!...



MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

Ditulis oleh,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Apartment No 30, Pratesterm Apartment,
Wolfgang Schmazl Casse,
18 - 20,  Leopoldstradt,
Vienna, Austria
(5 Syawal 1439H).

Posted from:
Room 210, 2nd Floor,
Hotel Central Spot Prague,
Krakovska, Prague 01,
Prague, Czech Republic.
(13 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...