KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, June 23, 2018

AGRIMATHS - LEBAH DAN KELULUT (Part 6)

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada lebih ramai pegawai pertanian, petani, usahawan, peladang, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan iaitu www.doa.gov. my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia turut menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.


Lebah Madu dan Kelulut merupakan dua jenis serangga pendebunga tanaman yang berfaedah disamping ianya mampu untuk menjana madu lebah dan produk lain. Penulis blog ada menulis banyak artikel mengenai lebah dan kelulut iaitu mencecah lebih dari 150 artikel sejak 10 tahun dulu. Penulis juga seorang tenaga pengajar dan pakar didalam penternakan lebah dan kelulut semenjak tahun 1980'an lagi bermula dengan lebah keran sehingga kini kepada lebah Import dan juga Kelulut. Dalam Agrimaths dipaparkan hanya sebahagian kecil maklumat mengenai dunia perlebahan dan bloh saya jauh lebih banyak info didalamnya.  Di Malaysia terdapat 3 jenis lebah yang berupaya mengeluarkan madu dengan banyak iaitu Lebah Hutan atau Lebah Tualang (Apis dorsata), Lebah Eropah atau Lebah Import (Apis mellifera) dan juga Lebah Keran (Apis cerana). Hanya lebah hutan yang tidak boleh dipelihra kerana sifatnya yang sangat agresif dan tinggal tempat tertentu ealau pun ia mampu menghasilkan madu yang banyak dan berkualiti. Spesis lebah komersil yang sesuai diternak adalah Lebah Eropah dan juga jenis Lebah Keran menggunakan haaif yang berbeza rekabantuknya. Lebah Eropah dilaporkan mampu menghasilkan sebanyak 40 - 60 kg madu lebah setahun bagi ssetiap satu koloni. Bagaimana pun penulis blog menjumpai dimana pengusaha mampu mendapat sehigga 120 kg setahun satu koloni dikawasan hutan akasia. Lebah keran yang kecil pula hanya mampu menghasilkan madu sekitar 1 - 10 kg setahun satu koloni  sahaja. 


Agrimath mencadangkan bagaimana cara hendak menternak lebah madu dikawasan seluas 1 ekar (o.4 hektar). Dikawasan dusun dan kawasan kelapa lazimnya lebah keran mampu menghasilkan sebanyak 6 kg madu satu haif sebulan. Bagaimana pun pengalaman penulis blog ia amat sukar diperolehi juika tiada pengurusan baik dengan melakukan penguruan baik seperti menyediakan makanan tambahan. Lazimnya penghasilan madi lebah hanya 9 bulan dalam setahun dimana pada bulan tengkujuh (musim hujan) memang madi tidak dihasilkan sebaliknya penternak perlu memberikan makanan tambahan dimusim ini. Harga madu lebah keran berbeza dengan harga madu lebah import dan lebah tualang apa lagi kalau hendak dibanding dengan madu kelulut. Biasanya ia msdu lebah keran dijual dengan harga RM40.00 sekilogram. Kualiti madu lebah kini telah ada satu standard atai piawaian oleh SIRIM yang membolehkan madu tersebut dapat dipasarkan dengan baik dan terjamin. Penulis blog ada buat tinjauan penternakan lebah keran di Ladang Nanas di Simpang Renggam, Kluang, Johor dimana ia didapati menghasilkan madu lebah (Sila lihat foto disebelah). Penternakan lebah kelulut (lebah tempatan) ini sesuai diletakkan dikawasan tanaman belimbing, kelapa, akasia dan juga kawasan rumput israel. Kini penternakan lebah keran semakin kurang mendarik minat apabila ramai usahawan beralih kepada menternak Kelulut.


Ternakan Kelulut (Genus : Trigona spp) merupakan satu bidangusaha yang menjadi popular. Walau pun hasil madu kelulut rendah berbanding dengan madu lebah dari Apis spp tetapi harga jualan madunya adalah lebih tinggi. Madu kelulut mengandungi  antioksidan yang lebih tinggi dimana ia dijual dengan harga sekitar RM150 - RM200 sekilogram. Kelulut merupakan serangga yang tidak menyengat dimana secara semulajadi akan tinggal didalam lubang pada batang kayu dan juga dicelah-celah batu. Kini sudah ada teknologi menternak lenah kelulut dimana ia masih menggunakan log kayu tetapi dipasang dengan kotak kayu empatsehi (super) untuk kelulut menyimpan madunya yang mudah untuk kutippan hasil (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti menternak kelulut lebih mudah berbanding dengan aktiviti menternak lebah madu. Saya ada menulis lebih dari 100 artikel mengenai teknologi penternakan kelulut untuk dijadikan bahan bacaan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi pautan. Beberapa spesis kelulut yang paling popular diternak adalah Trigona itama (Saiz kecil) dan juga Trigona thorasica (Bersaiz besar sedikit). Penulis blog yang juga mahir dalam penternakan kelulut sering memberikan ceramah dalam kursus anjuran Jabatan dan juga swasta. Dalam Agrimaths dipaparkan juga 4 spesis kelulut yang disyorkan untuk diternak iaitu T. itama, T, thoracica, T, terminata dan T. laeviceps. Disyorkan diletakkan 6 koloni dalam satu hektar (Dusun buah-buahan dan mixed crop) ia mampu menghasilkan 0.5 kg/ koloni/ bulan dimana lazimnya madu dihasilkan selama 9 bulan sahaja setahun. Bulan tengkujuh selalunya kurang atau tiada penghasilan madu kelulut. Dalam analisa kewangan dinyatakan purata pendapatan menternak kelulut adalah sebanyak RM 7,209 sebulan dengan kadar pulangan dalam (IRR) sekitar 427% (Ini merupakan IRR sangat tinggi dalam sektor pertanian). Bagaimana pun gangguan beberapa masaalah seperti perosak seperti Black Soldier Fly atau Lalat Soldadu Hitam (Sila klik disini) dan juga Kumbang Pendebunga Haptoncus (Sila klik disini) telah sedikit sebanyak menyebabkan industri ternakan kelukut dinegara kita diancam. Ada boleh terus membaca banyak artikel dan foto didalam penulisan saya.  Artikel ini bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...



MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 11, 4th Floor, 
(An AirBNB rental),
The Amazon Praha,
Prague, 
Czech Republic,
(2 Syawwal 1439H).
Published from:
House No 3, Dormio Rest House,
Obertraun, Halstatt,
Austria.
(9 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...