Support My Blog

Sunday, July 17, 2016

PENJAGAAN POKOK RAMBUTAN

RAMBUTAN (Nephelium lappaceum Linn) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Buah rambutan ini di percayai berasal dari nama " Buah dan Rambut"yang mempunyai isi Daging dan biji boleh dimakan segar atau diproses. Pokok rambutan dari jenis pokok saka yang mana boleh mencapai sehingga 20 meter ketinggiannya. Pokok rambutan yang diurus dengan baik mampu mencapai umur sehingga 25 tahun atau lebih. Industri tanaman rambutan di Malaysia kini semakin kurang popular kerana penulis dapati ia cuma dapat memberikan pulangan keuntungan yang amat rendah berbanding dengan tanaman lain. Rambutan boleh ditanam daripada biji atau dari benih cantuman yang baik mempunyai kanopi terbuka. Pokok Rambutan tergolong dalam famili Sapindaceae. Pokok rambutan dari penilaian selalunya memang mempunyai 2 musim buah yang utama iaitu bulan Jun hingga Ogos dan musim kedua pada bulan Disember hingga Januari. Musim boleh berubah bergantung kepada faktor iklim semasa dan kesuburan serta pengurusan agronomi pokok. Jarak tanaman yang sesuai bagi pokok rambutan ialah 9 meter x 9 meter dengan menggunakan sistem barisan empat segi ataupun tiga segi. Artikel ini saya menulis lagi didalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa tips penjagaan tanaman rambutan untuk bacaan semua berdasarkan bahan rujukan dan pengalaman penulis sendiri. Penjagaan tanaman rambutan agak kurang diberi perhatian pemilik pokok rambutan dikamponr dimana mungkin rambutan mereka boleh dikelaskan semula sebagai 'rambutan organik' kerana tidak pernah diberi baja dan racun kimia.


Secara umumnya, jenis pokok rambutan kahwin atau pokok rambutan klon boleh mengeluarkan buah pada umur 3 tahun lebih selepas ditanam. Bagi tujuan untuk mengalakkan pengeluaran buah rambutan yang banyak dan lebat sebaiknya kerja penyelenggaraan perlu dilakukan seperti memangkas, membaja, kawalan penyakit dan perosak dengan  cara mengikut pakej amalan agronomi tanaman rambutan. Tempoh kematangan buah rambutan adalah diantara 100 -130 hari iaitu 3-4 bulan dari bunga kembang (anthesis) sehingga buah masak. Pokok rambutan mudah dibiakkan dengan menggunakan biji dan digalakkan kaedah cantuman matatunas. Pemilihan matataunas yang subur, matang dan pokok penanti rambutan berkualiti yang berkualiti membolehkan kadar peratus cantuman yang berjaya adalah tinggi. Kaedah pembiakan ini memerlukan dua komponen yang utama iaitu pokok penanti dan matatunas dari pokok baka yang terpilih (Sila lihat foto disebelah). Cantuman matatunas yang berjaya akan di letakkan di dalam rumah naungan sementara. Anak pokok rambutan perlu diselenggara dengan baik dan teratur supaya pokok cepat membesar. Apabila anak pokok mencapai umur 5 bulan selepas dicantum, ia boleh ditanam dikebun atau ladang. Setakat ini, klon buah rambutan yang popular di Malaysia ialah R99 (Gula Batu), R156 (Muar Gading), R162 (Oh Heok), R191 (Anak Sekolah) dan Rambutan Seedless. Setiap buah rambutan mempunyai perbezaan dari segi bentuk buah, rasa isi, ketebalan isi, warna kulit buah, bentuk daun dan pokok. Penanaman pokok rambutan di Malaysia aktif dalam tahun 1970-1980'an melalui program AIDS dan SGBB Jabatan Pertanian Malaysia. Program ini memberikan bantuan anak benih pokok rambutan berkualiti dan input baja dimana ia menggantikan secara signifikan pokok rambutan lama yang masam.


Antara beberapa tips penjagaan tanamn rambutan adadlah dalam menentukan sistem pengairan, kawalan rumpai, pemangkasan, pembajaan, kawalan perosak dn penyakit, memetik hasil dan aktiviti lepas tuai. Pengairan bagi tanaman rambutan adalah penting dimana untuk tujuan mempastikan pokok rambutan hidup bail ia perlu ditanam pada musim hujan supaya mendapat bekalan air yang secukupnya. Pokok rambutan memang memerlukan sekurang-kurangnya 18 liter air sehari terutama di peringkat awal penanaman. Oleh sebab itu, pokok rambutan perlu di siram 2 kali sehari iaitu awal pagi dan lewat petang. Pemasangan sistem pengairan titis amat digalakkan dalam penanaman rambutan komersil. Aktiviti kedua terpenting adalah pemangkasan pokok rambutan yang perlu dibentuk dari awal pertumbuhan dengan membiarkan 3 hingga 4 dahan utama manakala dahan yang meninggi dipotong. Tunas yang tumbuh pada dahan utama perlu dipangkas rapat pada permukaan dahan. Ranting yang melempai ke bawah dan tidak produktif perlu dipangkas. Bagi pokok rambutan yang telah mencapai umur matang tetapi tidak berbuah dicadangkan supaya bahagian dahan dan ranting yang tidak diperlukan perlulah dipangkas untuk membantu pokok berbunga serta berbuah. Banyak pokok rambutan dikeliling rumah kurang diberi baja. Proses pembajaan baja tumbesaran iaitu NPK Hijau 15:15:15 hanya perlu diberikan kepada pokok mengikut kadar tertentu pada peringkat umur 1 tahun hingga 3 tahun dengan kekerapan 4 kali setahun. Manakala baja buah iaitu NPK Biru 12;12:17:2 pula, ianya perlu di tabur di keliling kanopi pokok pada peringkat umur 4 tahun dan keatas dengan kekerapan 3 kali setahun. Selepas habis musim buah sebaiknya baja organik dan baja buah perlu di tabur untuk mengantikan baja yang telah hilang.


Pokok rambutan juga kadangkala diserang perosak dan penyakit. Kawalan penyakit dan perosak seperti serangga yang menyerang pokok rambutan dikenalpasti terdiri dari ulat buah, kumbang pemakan daun, ulat lipat pucuk perlu dikawal dengan menggunakan racun serangga yang sesuai. Penyakit yang menyerang pokok rambutan seperti kulapuk berdebu, kulapuk hitam. penyakit kanker rambutan dan penyakit bntik alga perlu dikawal dengan menggunakan racun kulat yang sesuai dan kerja penyelenggaraan yang teratur. Kerja penyelenggaraan yang teratur perlu dilakukan supaya anak pokok subur, tidak berpenyakit dan cepat membesar. Apabila anak pokok mencapai umur antara 5-7 bulan selepas dicantum, ia oleh ditanam di kebun. Penulis pernah membuat tinjauan di Baling, Kedah dengan AO Daerah mendapati ada satu syarikat tempatan (Anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah) membeli buah rambutan di Daerah Baling (Varieti Deli Baling) dengan harga RM 0.80 sekilogram. Katanya harga tersebut merupakan harga asas untuk kilang beroperasi dan tidak boleh lebih daripada itu untuk buah rambutan di proses dan ditinkan. Bayangkan kalau kos memetik sahaja sudah RM 0.50 sekilogram, pekebun rambutan cuma dapat RM 0.30 sekilogram sahaja. Kalau sekali petik dapat jual 500 kg cuma dapat hasil jualan RM 150.00 sahaja satu pokok semusim setahun. Kalau di tolak kos baja, racun rumpai, merumput, cantasan dan lain-lain apa yang tinggal?. Masa depan tanaman rambutan memerlukan kaedah lain untuk diteruskan penanamnanya agar tidak pupus. Satu perancangan teliti untuk meningkatkan produktiviti dan klon yang sesuai untuk pasaran ekspot serta domestik perlu di tanam. Kajian analisa kos pengeluaran dan pendapatan bagi rambutan mendapati harga titik pulang modal pengeluaran rambutan tahun 2011 adalah sebanyak RM 1.29 sekilogram. Dibawah daripada harga tersebut maka petani akan mengalami kerugian. Analisa mudah juga menunjukkan dari tahun pertama sehingga tahun ke 5, petani masih tidak dapat apa-apa pulangan pendapatan. Purata wang timbunan kos pengeluaran juga hanya dapat balik selepas tahun ke 13 penanaman rambutan. Kadar B/C Ratio adalah RM 1.16 dengan kadar IRR pada nilai 4% iaitu kadar yang sangat rendah. Semuga artikel ini membantu keperluan ilmu anda. Wasallam!!!.
DURIAN BELANDA... DITUAI DIA...
2.5 BULAN...SELEPAS DIDEBUNGA...
GUNA PISAU TAJAM... GALAH JUGA...
HARGA MAHAL... HEBAT KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Tanaman Durian Belanda,
Sg Jerik, Maran,
Pahang, Malaysia.
(13 Syawal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...