DAGING IMPORT merupakan jenis daging yang banyak dijual dan dimakan oleh rakyat Malaysia. Ini kerana tahap sara diri bagi daging lembu di Malaysia ketika ini adalah sebanyak 27% bermakna kadar import daging adalah sebanyak 73% (Lamanweb: http: //www.moa. gov. my.web). Pelbagai strategi telah dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran dan tahap sara diri 40% menjelang 2015. Bagi menampung keperluan negara, Malaysia perlu mengimport daging dari luar negara seperti India (80,000 tan metrik atau 80% daging kerbau) dan selebihnya diperolehi daripada Australia, New Zealand, Uruguay, Argentina dan Brazil. Sebahagian kecil daging import ini diproses menjadi produk tambah nilai dan dieksport semula. Pengimportan daging kerbau dari India telah lama dijalankan semenjak awal 80-an lagi. Sehingga kini, semua proses pengimportan termasuk pengeluaran dokumen seperti Sijil Kesihatan Veterinar, Sijil Halal dan label pembungkus daging yang dikeluarkan oleh pihak di India jelas menyatakan daging yang diimport adalah daging kerbau. Perkataan 'Buffalo Meat' digunakan dan bukannya Indian Beef memandangkan ia merupakan isu sensitif di India. Di samping itu, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang mengeluarkan permit import jelas mencatitkan perkataan daging kerbau dalam permit yang dikeluarkannya. Lanjutan daripada itu, pemeriksaan bagi tujuan verifikasi juga dijalankan dipintu-pintu masuk negara yang kini dipertanggungjawabkan kepada MAQIS. Isu yang sama ini juga pernah banyak kali dibangkit dan dijelaskan oleh Menteri Pertanian di dalam Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan dari beberapa Ahli Parlimen. Pada masa ini Malaysia membenarkan pengimportan daging dari Indua dengan mengambil kira beberapa kaedah-kaedah pencegahan penyakit tersebut dari merebak ke dalam negara. Malaysia kini masih tidak bebas daripada Penyakit Kuku dan Mulut (PKM) / Foot and Mouth disease (FMD) dan berusaha untuk mencapai status bebas penyakit PKM / FMD menjelang 2015. Indonesia merupakan sebuah negara tidak membenarkan pengimportan daging kerbau dari India untuk mengekalkan status bebas PKM / FMD iaitu sejenis penyakit ternakan yang mudah menular di kalangan ternakan yang berkuku seperti lembu, kambing, unta dan sebagainya.
Sebelum pengimportan dibenarkan, pegawai-pegawai dari JPV, JAKIM dan Kementerian Kesihatan akan menjalankan pemeriksaan ke atas loji-loji yang memohon untuk eksport ke Malaysia. Hanya loji yang mematuhi syarat-syarat Sanitari dan Pitosanitari (SPS) dan Halal sahaja yang diluluskan. Ini memberi jaminan pengimportan daging kerbau ini tidak akan berlaku sebarang risiko penularan penyakit ke Malaysia dan selamat untuk dimakan.

Terdapat perbezaan antara daging lembu dan kerbau dari aspek teksturnya terutama sekali apabila ternakan semakin tua. Walau bagaimanapun, kualitinya juga bergantung pada pelbagai faktor lain dan bukan hanya disebabkan penggunaan ternakan tersebut untuk membajak dan sebagainya sahaja. Antara faktor tersebut adalah umur sembelihan dan pemakanan. Sebanyak 60 buah syarikat pengimport telah dibenarkan mengimport daging dari luar negara. Walau bagaimanapun, hanya 20 pengimport sahaja yang aktif mengimport daging memandangkan bidang ini melibatkan pengendalian bahan mudah rosak atau perishable goods yang memerlukan penyediaan logistik yang sesuai dan mencukupi. Kos untuk membangun dan menyelenggarakannya adalah tinggi dan hanya segelintir sahaja syarikat-syarikat Bumiputera seperti Ramly Food Sdn. Bhd. yang masih aktif. Melalui aktiviti-aktiviti bersama dengan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) serta beberapa pendekatan lain, diharap akan dapat meningkatkan penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang ini. Kerajaan kini giat melaksanakan pelbagai strategi untuk meningkatkan pengeluaran daging untuk memenuhi keperluan tempatan. Sementara itu, negara masih perlu mengimport daging daripada luar negara. Walau bagaimanapun, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama JPV akan memastikan daging yang diimport ini selamat untuk dimakan.
Dalam penulis mendapatkan info mengenai pengimportan daging, penulis merujuk kepada laporan akhbar yang mempaparkan status industri ini. Laporan akbar ini bertajuk 'Daging import India adalah daging kerbau'. Laporan dipetik dari Alor Setar pada18 Julai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan daging import dari India yang berada di pasaran ialah daging kerbau dan bukannya daging lembu seperti yang mungkin difikirkan oleh ramai pengguna. Sehubungan itu pengguna ada juga dinasihatkan agar tidak terkeliru dengan istilah daging import atau Indian Beef dari negara berkenaan. Daging import dari India atau dikenali sebagai daging kotak sebenarnya ialah daging kerbau dan bukannya lembu. Awang Selamat dari Utusan Malaysia dirujuk telah menulis mengenai kekecewaan seorang pensyarah yang membuat kajian berkaitan daging import kerana hampir 80 peratus daripadanya adalah dari India. Pensyarah itu memberitahu Awang Selamat bahawa beliau kecewa kerana rakyat kita disajikan dengan daging kelas ketiga. Lebih menyedihkan, selama ini kita tidak dimaklumkan bersungguh-sungguh bahawa daging yang diimport dari India adalah kerbau. Menurut Awang Selamat, berdasarkan kajian pensyarah itu juga, ramai pengguna tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Kini dianggarkan 80,000 tan daging import India dibawa masuk setiap tahun dan kebanyakannya bergred utiliti. Rakyat boleh buat pilihan kerana mereka tidak perlu terkeliru. Kini pegawai-pegawai bertauliah daripada Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dihantar ke India bagi memastikan daging yang diimport ke Malaysia adalah halal. Mereka menjalankan proses pemeriksaan meliputi ciri-ciri kebersihan serta cara penyembelihan mengikut prosedur dan hukum syarak yang betul supaya menepati piawaian yang ditetapkan. Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan persatuan pengguna, daging kotak ini haruslah dilabelkan sebagai daging kerbau supaya tidak mengelirukan. Masalah yang timbul adalah kemungkinan wujud sesetengah pihak yang tidak mematuhi garis panduan ini dan enggan pula untuk melabelkan kotak tersebut.
Kini dilaporkan terdapat juga peniaga yang menyahbekukan daging itu dan menjualnya ke pasaran sebagai daging lembu. Selain menjalankan pemantauan mengenai bekalan di pasaran keutamaan akan diberikan kepada pengeluar dan penternak tempatan jika ia tidak mencukupi. Kalau ada kes bekkalan belum mencukupi maka akan di keluarkan kuota untuk permit import. Dalam kes lain dinegara India semua tahu bahawa lembu adalah ternakan suci bagi penganut agama Hindu yang merupakan agama rasmi negara tersebut. Mana mungkin lembu menjadi ternakan eksport India. Ada dulu yang mendakwa bahawa daging import yang kita makan merupakan daging kerbau dimana didakwa kebanyakannya adalah sudah tua pula. Ini kerana ada dakwaan dan kajian yang menunjukkan daging kerbau tua amat kurang khasiatnya jika dibandingkan dengan daging lembu import dan tempatan yang lebih berkhasiat. Di negara jiran kita termasuk Indonesia telah lama melarang import daging kerbau. Negara itu cuma mengimport daging lembua yang berkualiti dari Australia. Asas kepada isu asas mengapa Malaysia mengimport daging kerbau dari India antaranya adalah tawaran harga lebih murah. Walau faktor harga murah dijadikan kewajaran bagi lambakan daging kerbau di negara ini tetapi permintaan daging masih tinggi. Akhbar tersebut juga menyentuh persoalan yang berkaitan keselamatan makanan (food security) yang merupakan asas atau antara tonggak utama dalam pertahanan menyeluruh sesebuah negara. Akbar tersebut mendakwa penternakan lembu dan kambing tempatan perlu diperhebatkan lagi sebagaimana yang dibuktikan menerusi kejayaan Thailand. Kini industri penternakan termasuk yang diusahakan oleh penduduk kampung boleh mendapat manfaat. Potensinya amat besar dimasa akan datang. Wasallam!!!...
DAGING IMPORT... KERBAU JENISNYA...
KUANTITI BANYAK.... DARIPADA INDIA...
HARGA MURAH... KINI MAHAL JUGA...
PENGELUARAN TEMPATAN...KURANGNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jualan Khas Daging Raya,
Duyong, Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.
(29 Ramadan 1437H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.