KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, July 24, 2016

KUTU THRIPS - APA DIA?..

KUTU THRIPS adalah sejenis serangga halus daripada order Thysanoptera yang merupakan sejenis perosak yang penting dalam industri tanaman dan ternakan. Ramai juga diantara kita mungkin tidak pernah nampak kutu thirps ini kerana saiznya yang sangat halus sekitar 1 mm (milimeter) dan ianya merupakan serangga yang tidak boleh terbang (Sila lihat foto diatas). Laporan saintis mendapati serangga Thrips ini mempunyai lebih 5,000 spesis yang mana tabiat semulajadinya adalah ia mempunyai organ untuk menyedut cairan dalam tumbuhan atau haiwan dengan menyucuk (puncturing). Kesan daripada cucukan ini seterusnya akan merosakan sel tisu dan akan berlaku serangan urutan (secondary infection) oleh patogen lain seperti kulat, bakteria dan sebagainya. Bagaimana pun terdapat beberapa spesis thrips yang berfaedah kerana ianya mempunyai tabbiat dengan memakan serangga perosak tanaman yang lain seperti kutu daun, kumbang dan sebagainya. Serangga kecil kutu thrips ini mempunyai kaki dimana ia mampu bergerak perlahan kerana saiznya yang amat kecil tetapi uniknya ia boleh diterbangkan oleh tiupan angin daripada satu pokok kepokok yang lain jika cuaca dang angin sesuai. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Kutu Thrips ini untuk bacaan dan rujukkan bersama.

Thrips dewasa merupakan serangga kecil berukuran 0.5 - 14 milimeters tetapi kebanyakan spesis berukuran sekitar 1 milimeter sahaja. Bentuk badannya seperti serangga lain yang mempunyai bahagian kepala, thorax dan abdomen dengan mempunyai 3 pasang kaki untuk bergerak dan kadang-kadang ada spesis yang mempunyai kepak. Serangga ini jenis adalah jenis Hemimetabolic. Dibahagian kepala mempunyai alatan struktur mandible atau penyucuk (narrow stylet) yang mampu menembusi tisu tumbuhan atau pun tisu haiwan untuk menyedut cairan didalamnya sebagai makanannya. Kebanyakan spesis thrips bergantung kepada lokaliti dan persekitarannya. Semasa berbincang dengan Prof. Dr. Monica dari Natherland iaitu pakar dalam bidang ini, beliau yang membuat penerangan mengenai beberapa spesis kutu thrips yang menyerang tanaman melon di Projek SPH Tertutup JV Malaysia-Belanda di Serdang, Selangor ada menyatakan terdapat spesis  Western Thrips dan juga Tropical Thrips yang berbeza marfologinya. Beberapa jenis tropical thrips yang menyerang tanaman keluarga Melon seperti Timun, Tembikai dan sebagainya kini telah mereka dikenalpasti. Serangan thirps terhadap tanaman melon di dalam Struktur Pelindung Hujan (SPH) secara fertigasi adalah masaalah utama industri ini. Kutu Thrips dikawasan tanaman melon berbagai jenis diantaranya seperti foto disebelah. Kaedah penggunaan Struktut Pelindung Hujan (SPH) dikawasan tropika yang panas adalah khususnya untuk menghalang kemasukkan kutu thtips dan beberapa serangga perosak lainnya menyerang tanaman. Kelambu dengan ukuran saiz lubang 32 mesh menghalang kemasukkan kutu thrips menyerang tanaman.

Kitaran hidup kutu thrips apa yang penulis belajar dulu ada empat peringkat iaitu TELUR, LARVA, PUPA dan DEWASA. Telur kutu thrips sangat halus (0.02 mm) berbentuk sama ada selinder, panjang atau buah pinggang. Telur ini dimasukkan kedalam tisu daun dimana pada peringkat larva akan menjadikan tisu lembut daun sebagai makanannya. Terdapat beberapa spesis juga yang bertelur dibahagian bawah permukaan daun. Telur ini perlukan masa selama satu hari sehingga seminggu untuk menetas dimana ia bergantung kepada keadaan cuaca dan faktur seperti persekitaran yang lain. Selepas menetas akan menjadi larva atau nymph. Peringkat seterusnya adalah peringkat pupa dimana ada pupa yang jatuh ketanah dimana bahagian bawah daun tumbuhan atau pada tempat ianya bertelur. Selalunya pada peringkat pupa kutu thrips adalah tidak aktif dan tidak makan. Seterusnya adalah peringkat dewasa dimana ia mampu bergerak keseluruhan bahagian pokok. Kitaran hidup kutu thrips adalah selama 2 minggu sahaja terutama pada musim panas dan kering. Kutu Thrips selalunya boleh dilihat keujudannya dalam kawasan kebun dengan memasang Pelekat Kuning (Yellow Sticker). Pelekat kuning ini akan menarik kutu thrips melekat pada permukaan lekit dan keujudannya perlu dianalisa (Sila anda lihat foto disebelah). Pemeriksaan pada bunga dan bahagian bawah daun juga boleh melihat akan kehadiran kutu thrips.

Kutu thrips merupakan serangga yang merosakan banyak jenis tanaman sayuran, tanaman buah-buahan dan tanaman ornamental hiasan. Pengalaman penulis mendapati kutu thrips menyerang pokok cili dan dipercayai sebagai agen membawa patogen perosak yang menyebabkan daun cili menjadi kerinting (Sila anda terus lihat foto disebelah). Thirps dengan menggunakan mandible akanmeyedut cairan air sap tumbuhan yang mengakibatkan kecacatan pada daun, buah, pucuk malahan ada sesetengah tumbuhan bahagian batang. Akibatnya dimana kawasan tisu yang diserang akan menjadi kecut, bengkok, cacat rupa, berwarna kehitaman, tidak seragam dan rendah kualitinya. Serangan teruk pada bahagian pucuk akan menyebabkan pertumbuhan keseluruhan pokok terbantut. Serangan pada pokok Cili Merah (Capsicum annum) dan tanaman Cili Padi (Capsicum frustecens) boleh menyebabkan masaalah penyekit Kerinting Daun dimana ianya juga mampu untuk berasimilisasi dengan Virus Tristeza yang menyebabkan kerinting pada daun. Serangan kutu thrips pada bunga cili juga menyebabkan bunga cili rosak dan akibatnya ada buah cili yang rosak dan rendah kualitinya. Pemeriksaan kerap pada bunga cili dan bahagian bawah daun cili memgenai kehadiran kutu thrips perlu dilakukan dengan kerap dimana jika ada keperluan mesti dikawal dengan baik. Kerosakan serangan kutu thrips yang serius menyebabkan kualiti hasil rosak seperti buah yang kulitnya berkedut, calar, berwarna kehitaman, ada titik-titik dan sebagainya. Jika tidak anda boleh diperhatikan kadar populasi serangan dalam kawasan kebun pada semua peringkat, ianya akan menyebabkan kerugian banyak kepada petani kerana kesan kerosakan pada bahagian pucuk, daun dan hasil tanaman. Di Malaysia teknologi penanaman beberapa jenis tanaman bernilai tingi seperti Tomato, Melon, Cili Benggala dan Tomato Chery didapati menghadapi masaalah serangan kutu thrips jika tidak dipantau dan dibuat kawalan. Faktur suhu yang panas, kelembaban tinggi dan ketiadaan hujan (pengairan dan baja guna fertigasi) merupakan kondisi terbaik untuk kutu thrips membiak dan bergerak.


Pemantauan populasi kutu thrips boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah pemeriksaan bilangan ekor pada bunga, pucuk atau daun tanaman dibantu dengan kanta pembesar untuk melihatnya atau memasang STIKER PELEKAT KUNING . Serangga ini akan bergerak dan menuju kearah sticker tersebut dan kita boleh kira berapa jumlah yang melekat dan jika mencapai bilangan 'maximum treshold level' perlu dibuat kawalan. Kaedah kawalan sebaiknya mengamalkan konsep Pengawalan Perosak Bersepadu (IPM) dimana penggunaan racun serangga adalah pilihan yang terakhir. Perlu diingat walau pun banyak terdapat bilangan kutu thrips pada tumbuhan tidak semestinya akan berlaku kerosakan teruk pada hasil tanaman. Ini bergantung kepada jenis tanaman, peringkat kitaan hidup thrips dan juga keadaan cuaca persekitaran. Kawalan kultura dengan membuang bahagian yang diserang thrips adalah digalakan. Penggunaan musuh semulajadi seperti beberapa jenis kumbang (bugs) membantu dalam usaha untuk mengurangkan populasi. Anda boleh baca tulisan saya mengenai kutu thrips dalam Blog Anim Aggro Techlology. Tulisan ini diharap memberikan maklumat yang berguna kepada pembaca. Wasallam!!!.

KUTU THRIPS...KENALKAN ANDA?...
HISAP CAIRAN...MANDIBLE ALATNYA....
POPULASI BANYAK...DIKAWALANNYA....
IA PEROSAK...AWASI KEUJUDANNYA...


M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(19 Syawal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...