KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, July 15, 2016

KACIP FATIMAH - APA KHASIATNYA

KACIP FATIMAH (Labisia pumila) merupakan sejenis herba yang popular berkhasiat daripada keluarga Pumilaceae. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang lazimnya terdapat dalam hutan dan belukar di kawasan negara kita dan beberapa negara jiran. Tumbuhan ini dibiakkan dengan biji benih dan mudah didapati dikawasan rendah yang agak lembab dan dibawah naungan hutan. Tumbuhan ini popular kerana ia mempunyai khasiat yang berkesan terhadap pembiakan wanita dan setaraf dengan tongkat ali. Sebut sahaja Tongkat Ali atau Kacip Fatimah kepada warga Malaysia, pasti ia membuatkan mereka tersenyum. Ini kerana kedua-dua herba ini mempunyai hubung kait dengan budaya atau amalan mereka yang sudah berkelamin. Kadang-kadang dengan hanya mendengar namanya sahaja, seringkali ia sudah memberikan gambaran asas mengenai kegunaan herba-herba ini. Gelaran "KACIP" memberikan makna mengepit dan "FATIMAH" adalah nama perempuan Melayu dimana ia akan memberikan makna tersendiri yang anda boleh fikirkan. Laporan ada menyatakan herba-herba ini berkhasiat untuk meningkatkan libido (syahwat) dan kesihatan baik bagi lelaki mahupun perempuan. Galakan menanam herba Kacip Fatimah dilakukan oleh Jabatan Pertanian dalam projek NKEA EPP1 pembangunan industri herba. Pada masa ini Pusat Pertanian Parit Botak di Batu Pahat, Johor merupakan pusat pengeluaran benih kacip fatimah terbesar didunia secara komersil. Bagi mereka yang masih lagi sangsi dengan ubatan tradisional mengenai herba berkhasiat Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia pumila Benth akan terjawab setelah bertemu dengan Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar, daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau yang telah menjalankan kajian secara klinikal dimana dia boleh menerangkan dengan baik. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" laporan mengenai perkara tersebut yang pernah dikeluarkan dalam akhbar tempatan untuk bahan bacaan dan rujukkan.


Laporan akhbar tersebut menyatakan beliau telah banyak untuk menghabiskan masa lebih daripada lima tahun mengkaji dan menerbitkan berdozen kertas kerja berkenaan herba ini. Selain memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Fellowship Naib Canselor dan baru-baru ini, beliau diangkat sebagai pemenang pingat perak di Ekspo Teknologi Malaysia 2013. Daripada hasil inovasinya dalam perkembangan tumbesaran Kacip Fatimah maka sejenis tumbuhan lembam berakar pendek yang tumbuh meliar di dalam hutan dan mempunyai biji berwarna merah menjadi bahan berguna untuk kebaikan manusia (Sila anda lihat foto sebelah). Beliau juga memenangi pingat perak di ekspo yang sama untuk satu lagi kajiannya bertajuk “Novel Antioxidant Activities and Secondary Metabolite Enhancement ofLabisia Pumila Benh Under Manipulation of Greenhouse Irradiance”. Walaupun khasiat Kacip Fatimah terkenal di seluruh dunia bagi kegunaan wanita sebelum dan selepas bersalin, namun ia masih perlu banyak kajian dan menjalani ujian makmal bagi membolehkan perladangan secara komersil dibangunkan dalam penghasilan bahan mentah bagi tujuan perusahaan farmaseutikal. Pada masa ini, beberapa projek kendaliannya menyentuh kesan pelbagai faktor alam sekitar terhadap kandungan fitokimia dalam Kacip Fatimahyang juga merupakan waktu terbaik untuk menentukan “indeks penuaian metabolit sekunder tinggi”. Beliau turut berkata, lebih banyak kajian diperlukan bagi memperkukuhkan penemuan sebelumnya, “sama seperti penemuan saintis lain, kajian kami juga mendapati khasiat Kacip Fatimah bersifat anti-kanser, anti-kulat dan anti-radang, disamping khasiatnya yang merangsang estrogen.” Kajian lanjut perlu diteruskan secara klinikal untuk mendapatkan khasiat sebenar penggunaan kacip fatimah.

Kajian terhadap keupayaan Kacip Fatimah untuk melindungi sel semasa rawatan kemoterapi atau mengurangkan kesan kemo-ketoksinan ketika pesakit barah menjalani rawatan. Beliau mendapati keberkesanan bagi tujuan perubatan ada pada tiga jenis Labisia pumila Benth, yang mempunyai kandungan fitokimia seperti phenolic dan sebatian flavonoid. Dalam amalan perubatan tradisional, daun Kacip Fatimah direbus bersama dengan ramuan herba lain dan campurannya diminum atau digunakan untuk mandi. Walau bagaimanapun, herba yang hidup meliar ini terdedah kepada kepupusan akibat eksploitasi secara berleluasa seperti yang terjadi kepada Tongkat Ali, walaupun begitu, ia masih boleh diselamatkan dengan penanaman secara domestik berskala besar. Bahan-bahan mentah yang digunakan untuk kita dapat menghasilkan kapsul Kacip Fatimah (untuk kegunaan semasa dan selepas bersalin) juga kebanyakannya diperolehi dari hutan. Dr. Hawa ZE yang merupakan seorang pakar dalam fisiologi persekitaran tumbuhan dan metabolit sekunder, juga merupakan perintis di Malaysia dalam pembangunan Teknik Novel Perkayaan Karbon Dioksida bertujuan merangsang pertumbuhan dan ciri farmaseutikal, terutama bagi tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan mendapati bahawa teknik ini boleh menjadi cara terbaik untuk penananam Labisia pumila Benth. dan herba-herba lain bagi keguaan industri dalam penghasilan ubat-ubatan, terutama dalam pengeluaran kompaun khusus yang disasarkan.

Daripada kajian dengan kaedah terkininya itu, ia membekalkan lebihan dos karbon dioksida secara strategik terhadap tumbesaran Kacip Fatimah yang ditanam dalam ruangan tertutup dan antara lainnya seperti mengurangkan masa untuk penuaian daripada 16-18 bulan kepada 7-8 bulan serta mampu mengurangkan kos. Ia juga akan meningkatkan jumlah dan kadar sebatian fitokimia khusus sebanyak 180 ke 1,000 peratus dengan terhasilnya daun yang lebih lebar dan juga kadar peningkatan jumlah dan jisim daun. Selain itu ia mampu untuk membekalkan kadar pemulihan sebatian fitokimia tertinggi dan menghasilkan tumbesaran yang seragam, kental, dengan kadar metabolit sekunder yang tinggi. Ini ketara jika dibanding penanaman dalam kondisi yang normal dengan penghasilan kadar metabolit sekunder yang rendah dan benih yang lemah dimana ia memastikan ketulenan zarah tumbuhan dan pengeluaran berterusan. Beliau juga turut berkata, daun yang dituai dari pokok selepas tujuh bulan ditanam dengan menggunakan kaedah keratan daun, mengandungi fitokimia yang sangat tinggi. Pada masa ini, pasukan penyelidiknya sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemuncak dan peringkat paling sesuai untuk menentukan “indeks penuaian metabolit sekunder tinggi” bagi tujuan perindustrian.

Terdapat beberapa penyelidik lain yang cuba mencambahkan herba melalui pengkulturan tisu (Tissue culture) dimana mereka juga telah cuba menggunakan kaedah keratan daun. Masih banyak lagi kajian perlu dilakukan terhadap Kacip Fatimah, sama seperti herba Tongkat Ali, Misai Kuching, Hempedu Bumi, Pegaga, Mengkudu, Roselle, Mas Cotek, Halia dan Daun Belalai Gajah. Kesemua tumbuhan herba ini adalah tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan herba yang dikenal pasti sebagai 10 jenis herba paling utama untuk dibangunkan bagi tujuan komersil selaras dengan sasaran Bidang Ekonomik Utama Negara di bawah kelolaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melaksanakan projek pembangunan herba dibawah projek NKEA iaitu dalam EPP1. Kementerian terbabit juga mensasarkan 10 jenis ubat-ubatan farmaseutikal dan 5 ubatan botanikal menjelang 2020 yang mana mana geran-geran penyelidikan disediakan bagi para saintis membuat kajian berkenaan salah satu daripada 10 herba berkenaan. Kacip Fatimah memberikan khasiat tersendiri dimana ia adalah kenyataan dan telah dipraktikkan oleh beberapa generasi di dunia Melayu sebelum ini seperti amalan pemakanan majun dan jamu (dua ramuan herba). Kepada mereka yang berminat untuk menanam herba boleh mencubanya dengan mendapatkan batuan kepakaran dari pihak berkenaan dan bantuan modal daripada EPP7. Wasallam!.

KACIP FATIMAH...SEJENIS HERBA...

POKOKNYA RENEK..BENIH DIMANA...
UNTUK WANITA...BAIK DI GUNA...
DALAM BOTOL...BELI SAHAJA...

By,
M Anem,
Room 207, Hotel King,
No 30, Lebuh Air Keroh,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(20 Rejab 1435H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...