MESIN MENGURAI SABUT KELAPA (Coconut dehusker) merupakan sejenis alatan yang membantu kita memproses sabut kelapa (Cocos nucifera) kepada produk lain yang berguna. Sisa buangan yang kurang bernilai daripada hasil pertanian seperti sabut kelapa sering menjadi longgokan sampah atau dibakar. Penanaman pokok kelapa pula dilihat hanya berpotensi pada buah sahaja iaitu kelapa muda untuk mendapatkan airnya, sementara kelapa tua pula digunakan bagi mendapatkan santan. Biarpun mendapat jolokan pokok seribu guna, namun tidak ramai mengeksploitasi sepenuhnya kegunaan kelapa terutama sabut kelapa yang biasanya akan dibuang sebaik dikupas ataupun dibakar. Sabut kelapa sering dimanfaatkan pada waktu tertentu saja terutama ketika musim perayaan khususnya dalam menghasilkan kuih tradisional masyarakat tempatan seperti pembuatan bahulu dan akok. Padahal sabut kelapa mempunyai nilai yang tinggi terutama dalam industri pertanian bagi dijadikan medium pengganti tanah menerusi kaedah teknik fertigasi dengan cara menggunakan cocopeat. MARDI, Jabatan Pertanian dan beberapa syarikat swasta (ZDA) telah berusaha dengan memberi nilai tambah kepada produk hiliran industri kelapa dengan penciptaan teknologi pemprosesan sabut kelapa dikenali mesin decorticator dan mesin dehusker. Artikel kali ini saya menulis lagi satu alat teknologi dalam "Anim Agro Technology" semula satu jenis mesin dibangunkan Pegawai MARDI Serdang iaitu oleh Dr Md Akhir Hamid menghasilkan tiga komponen atau bahan baru berasaskan sabut kelapa seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan.
Terdapat juga sejenis mesin mengupas kelapa oleh syarikat inovasi Zull Design Autotronic (ZDA) telah mencipta mesin yang dinamakan mesin pengupas sabut kelapa. Pada asasnya mesin kelapa meskipun biasa kelihatan di pasaran tetapi pengguna boleh mencubanya kerana boleh membantu mereka meringankan kerja dan beban mengupas sabut kelapa. Apatah lagi mesin tersebut mampu mengupas sebanyak 200 biji kelapa dalam masa satu jam. Mengupas sabut kelapa adalah kerja yang mengambil masa lama jika dibuat secara manual dengan menggunakan penyadap kelapa. Upah membuang kulit dan sabut kelapa kini semakin tinggi kos upah setiap biji kelapa kerana kekangan kos upah. Penggunaan mesin mengupas sabut niji kelapa amat membantu petani dan usahawan yang mengambil upah memajak pokok kelapa. Mesin ciptaan ZDa ini dikenali sebagai 'Mesin pengupas sabut kelapa' dengan sistem kawalan secara semiautomatik. Mesin ciptaan baru ini menggunakan kuasa eletrik 220-240 VAC dan mampu untuk memproses sebanyak 200 biji/jam. Struktur mesin ini diperbuat daripada keluli tahan karat. Saiz Mesin pengupas kulit biji kelapa ini berukuran 890 milimeter (mm) panjang dan juga 770 tinggi x 1200 mm lebar. Mesin ini mampu dibeli oleh petani atau kelompok atay syarikat yang terlibat dengan industri pengeluaran biji kelapa tua sama ada untuk pasaran segar atau diproses dikilang.
Pembinaan sebuah kilang pemprosesan sabut kelapa di Stesen MARDI Hilir Perak bernilai RM400,000 membuktikan potensi bahan terbuang itu untuk dijadikan bahan bernilai seperti cocopeat, gentian panjang (Fibre) dan pendek (Short Fibre). Pegawai MARDI Hilir Perak, En Tajul berkata terdapat tiga komponen baru sabut kelapa dapat dihasilkan menerusi pemprosesan secara basah atau kering. Mereka menempatkan mesin pemprosesan sabut kelapa untuk menghasilkan tiga komponen berbeza. Biarpun ada tiga komponen yang mampu dihasilkan namun permintaan yang tinggi adalah pada gentian panjang dan cocopeat. Kini kajian dilakukan untuk tujuan proses kering dimana perlukan sebanyak 100 kilogram sabut dan ia mampu menghasilkan 35 peratus lebihan cocopeat, 25 peratus gentian panjang dan 20 peratus gentian pendek dan baki 20 peratus lagi akan hilang akibat menjadi habuk yang terbang kerana ringan. Masa yang diambil bagi memproses sabut kelapa ini adalah purata 45 minit. Penghasilan secara basah pula lebih kepada mendapatkan cocopeat yang boleh dihasilkan dalam jumlah tinggi berbanding gentian. Bilangan purata bagi 100 kilogram sabut dapat menghasilkan dalam 50 peratus cocopeat, 20 peratus gentian dan 10 peratus lagi gentian pendek serta selebihnya hilang. Pemprosesan secara basah lebih cepat berbanding kering dan mudah diselenggarakan. Masa purata yang diambil adalah 29 minit.
Pada masa ini kilang berkenaan masih dalam peringkat penyediaan dan perlu penambahbaikan kelengkapan. Proses pemasangan peralatan seperti ‘Air-cyclone/dust-collector’ berupaya untuk membantu memerangkap kembali data ‘losses’ daripada kedua-dua kaedah pemprosesan itu. Selain mampu menambah bilangan pada pengeluaran cocopeat dan lebih memudahkan lagi kerja-kerja uji-lari mesin. Rata-rata pengusaha yang terbabit menjayakan industri seumpama ini lebih cenderung menjalankan pemprosesan secara kering. Ini kerana permintaan terhadap gentian dan harga pasaran yang lebih baik jika dibandingkan dengan cocopeat. Selain mampu mengurangkan kerosakan yang berlaku pada mesin dan tempoh ‘hayat-run/hours’ yang lebih lama. Mesin yang ditempatkan di sini dalam skala yang kecil dan ia adalah lebih kepada memfokuskan kepada kajian dan kerja-kerja pembangunan dan penyelidikan. Tujuan kajian adalah bagi mendapatkan data kecekapan operasi mesin untuk aktiviti penambahbaikan selain hasil cocopeat dan gentian yang lebih baik serta berkualiti. Hasil cocopeat yang diperoleh pula dibekalkan untuk Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS 3) di Sepang, Selangor. Syarikat tidak berhasrat mengkomersialkan cocopeat dan gentian kelapa bagi mendapatkan keuntungan semata-mata. Kini sudah ada perubahan dalam mempelbagaikan lagi bentuk penggunaan sabut kelapa. Jika dulu kelapa dipandang dari sudut kegunaan buah, lidi dan ketupat pada musim perayaan saja. Apa yang penting adalah nilai tambah produk berkenaan juga mampu untuk dihasilkan dengan banyak selain mampu menjana pertambahan ekonomi negara dalam sektor pertanian yang menjadi tulang teras kemajuan ekonomi negara. Sehingga kini produk cocopeat dijual pada RM3.00 bagi 5 - 10 kilogram. Harga bagi sabut kelapa gentian yang panjang pula mampu mencecah hingga RM750 - RM1,200 dan kebanyakan produk ini akan dieksport ke negara luar seperti China bagi tujuan penghasilan produk baru. Kajian lanjut adalah bagi memproses sabut kelapa kepada aktiviti penghasilan pulpa, kertas serta ‘fibre board’ berasakan sabut kelapa. Pada masa ini negara seperti Thailand, India, Sri Lanka dan Indonesia atau lebih dikenali sebagai negara pesaing utama kepada produk berasaskan kelapa ini. Semuga artikel olahan penulis kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.
MESIN DICIPTA...PROSES KELAPA...
SABUT DIBUANG... MESIN DIGUNA...
COCOPEAT...ANTARA PRODUKNYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Kelapa Matag,
PPK Bagan Datoh, Perak,
Malaysia.
(10 Ramadan 1437H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.