Support My Blog

Wednesday, June 1, 2016

STATISTIK PERTANIAN PAHANG

NEGERI PAHANG merupakan sebuah negeri yang aktif dalam sektor pertanian. Bilangan jumlah penduduk direkodkan pada 2014 adalah seramai 1.548 juta orang dengan daerah Kuantan adalah kawasan paling ramai iaitu 490,800 orang. Daripada jumlah tersebut terdapat seramai 57,829 keluarga tani dengan seramai 5,981 orangan bilangan nelayan laut dan 2,437 orang nelayan sungai. Daripada seluas 3,596,585 hektar keluasan negeri, seluas 1,967,897 adalah sesuai untuk pertanian dengan tidak sesuai pula seluas 1,628,688 hektar. Daripada rekod tahun 2014 menunjukkan seluas 928,502 hektar adalah gunatanah pertanian dengan keluasan hutan simpan 1,562,902 hektar (Sumber: Laporan Maklumat Asas Sektor Pertanian Negeri Pahang 2014). Rajah dibawah menunjukkan pecahan tentang jenis tanaman mengikut ketamaan. Kelapa sawit (Elaeis guneensis) merupakan tanaman paling luas dimajukan dengan kawasan seluas 818,986 hektar terutama oleh pihak FELDA (298,959 ha) diikuti dengan Estet Swasta/Pekebun Kecil/MPOB (244,022 ha), RISDA (160,828 ha), FELCRA (37,470 ha) dan bakinya oleh GLC (LKPP, LPP, Yayasan Pahang, PKNP, PASFA dan sebagainya). Pahang berjaya menghasilkan sebanyak 2,889,343 metrik tan minyak sawit pada tahun 2014 dengan kemuncak pada Ogos sebanyak 307,877 mt sebulan. Harga purata dicapai untuk BTS (1% OER) adalah RM25.72/mt semantara harga purata mintak sawit mentah adalah RM 2,408/mt, Harga Isirong sebanyak RM1,736.75/mt dan harga purata minyak isirong adalah RM3,538.29/mt. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai maklumat statistik pertanian Negeri Pahang untuk dijadikan sumber rujukkan.


Tanaman kedua terpenting di Pahang adalah Getah (Hevea brasilliensis) dengan keluasan 105,350 hektar melibatkan kawasan RISDA termasuk pekebun kecil (64,070 ha), LGM dan Estet Swasta (23,840 ha), FELCRA (9,346 ha) dan FELDA (7,904 ha). Bakinya adalah oleh GLC seperti LKPP (188 ha) dan LPP (1 Ha). Getah paling luas ditanam di Daerah Maran (17,329 ha) diikuti dengan Daerah Lipis (16,474 ha), Temerloh (16,393 ha) dan Raum (15,670 ha). Rekod menunjukkan purata harga getah sepanjang tahun 2014 adalah RM558.61/metrik tan dengan harga tertinggi dicapat pada RM582.82/mt dan harga terendah pada RM533.62/mt. Tanaman Padi (Oryza sativa) merupakan tanaman penting dengan 2 jelapang padi iaitu di bawah IADA Pekan dan IADA Rompin. Jumlah keluasan fizikal sawah padi di Pahang adalah 11,564 ha dan yang lazim ditanam seluas 11,731 ha. Pengeluaran padi dilaporkan pada tahun 2014 sebanyak 28,273 mt. Antara jenis padi ditanam pada musim utama 2014 adalah varieti MR220CL2 (6,195 ha), MR220CL1 (3,827 Ha), MR263 (1,572 ha), MRQ76 (60 Ha), MR 253 (50 ha) dan MR219 (27 Ha). Purata penghasilan padi dari IADA Rompin adalah 5.26 mt/ha sementara bagi kawasan IADA Pekan adalah sekitar 3.6 mt/ha.



Bagi tanaman buah-buahan bermusim, seluas 23,410 hektar dilaporkan ditanam pada 2014. Tanaman Durian (Durio zibethinus) di Pahang seluas 18,378 hektar dengan di Daerah Raub sahaja mempunyai seluas 13,374 hektar (73% dari keseluruhan kawasan). Durian 'Musang King' dari kawasan Raub merupakan durian paling berprestij dengan harga mencecah lebih RM30.00 sekilogram pada waktu puncak. Tanaman Rambuatan (Nephelium lappaceum) dengan keluasan 1,300.3 hektar kedua terluas dimajukan dengan Daerah Termerloh mempunyai keluasan 288.3 ha diikuti dengan Bentong (225.2 ha) dan Jerantut (230 ha). Buah Dokong (Lansium domesticum) pula ditanam dengan keluasan 1,197 hektar terutamanya di Lipis (317 ha) dan Jerantut (280 Ha). Tanaman Cempedak (Artocarpus cempeden) pula seluas 586.6 ha dengan daerah Bentong paling luas menanam cempedak seluas 196 Ha. Buah Manggis (Garcinia maggostana) ditanam seluas 590.5 ha dengan Daerah Lipis mempunyai seluas 132 ha, Raub (94 ha) dan Jerantut (87.2 ha). Keluasan tanaman mesta pula seluas 60.9 ha iaitu di Temerloh (26.4 ha) dan di Maran (12.5 Ha). Lain buah bermusim yang ditanam adalah Langsat (464 Ha), Duku Langsat (203 ha), Mangga (414 ha), Pulasan (27.8 Ha) dan Anggur (2.3 ha) serta Longan (2.2 Ha).

Buah-buahan tidak bermusim adalah seluas 6,888.4 Ha menjadikan jumlah semua buah-buahan di Pahang seluas 30,298.9 hektar pada tahun 2014. Pisang adalah terluas ditanam dalam kategori ini iaitu seluas 3,964 ha diikuti dengan Nangka (711 ha), Tembikai (663 ha) dan Betik (470 Ha). Selain itu tanaman Salak juga ditanam seluas 204 ha dan tanaman nenas 126 hektar. Dikawasan tanah tinggi Cameroon Highland dilaporkan keluasan 339 hektar Strawberri yang mengamit pelancong. Tanaman Kelapa (Cosos nucifera) di Pahang pada 2014 seluas 3,694 hektar terutama di daerah Rompin dan Pekan. Ini menjadikan jumlah luas tanaman industri sebanyak 7,591 hektar dimana koko seluas 1,547 ha, Teh (1,678 ha), Kopi (3 ha) dann Cendawan (22 ha). Pahang adalah antara negeri yang banyak menanam dan mengeksport sayuran. Seluas 4,810 ha sayuran jenis buah ditanam dan seluas 9,707 ha sayuran daun juga ditanam pada 2014 untuk kawasan tanah rendah. Bagi kawasan tanah tinggi seluas 40,525 hektar CHE sayuran ditanam dengan sayuran daun seluas 10,888 ha dan sayuran jenis buah/umbisi seluas 3,255 ha. Tanaman kobis bulat paling luas ditanam dengan 7,255 ha diikuti dengan Poh Choy (1,060 ha), Saderi (544 ha) dan sebagainya. Laporan menunjukkan jumlah nilai pengeluaran bagi buah-buahan sebanyak 192,521 mt, sayuran/tanaman kontan sebanyak 1,609,645 mt dan padi sebanyak 28,273 mt menjadikan jumlah bahan makanan dihasilkan sebanyak 1,830,441 mt pada 2014. Diharap maklumat ini berguna kepada semua. Wasallam!.
LUAS DITANAM... TANAMAN MAKANAN...
TANAH RENDAH.., SAWIT KEHADAPAN...
TANAH TINGGI... BANYAK SAYURAN...
PADI DAN BUAH...TIDAK KETINGGALAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pantai Teluk Cempedak,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(28 Syaaban 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...