KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, June 20, 2016

GETAH - PENYAKIT POKOK GETAH (Part 2)

POKOK GETAH (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli. Getah merupakan sejenis tanaman yang boleh hidup dikawasan tropika dan memerlukan hujan sebanyak 180 cm - 250 cm setahun. Ia juga memerlukan suhu diantara 25 - 30 darjah Celcius. Kesesuaian ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah ialah 500 meter. Semakin tinggi getah ditanam maka akan semakin berkurangan perolehan hasil dan kecergasan pertumbuhannya. Keperluan tanah yang sesuai untuk tanam getah ialah jenis loam yang mempunyai saliran yang baik, tidak asidik, tidak banjir da tanah subur. Pokok getah ialah jenis pokok saka dan ketinggiannya boleh mencapai 18 meter. Umur pokok getah yang ekonomik ialah diantara 20 hingga 30 tahun. Pokok getah menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar dan lain-lain industri berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah terdiri daripada jenis separuh keras dan boleh dijadikan perabut. Dalam pada itu lazimnya pokok getah mampu mengeluarkan lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang selalu membentuk 30 darjah pada ufuk. Pokok getah mencapai usia 5-6 tahun boleh diitoreh dengan goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks. Dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks. Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazon kini menjadi tanaman penting di Malaysia dimana peningkatan permintaan semenjak tahun1839 dan telah pun mendorong perkembangan ekonomi. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis penyakit yang mungkin menyerang tanaman getah untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda. 


PENYAKIT CENDAWAN GETAH
Tanaman getah yang ditanam menghadapi perlnagai jensi serangan perosak termasuk oleh cendawan. Umumnya penulis mendapat tahu dimana ada 4 jenis penyakit yang disebabkan oleh cendawan pada tanaman pokok getah. Penyakit tanaman getah yang disebabkan oleh patogen cendawan ada 4 semuanya iaitu Penyakit cendawan lapuk Penyakit Calar Hitam Nekrosis Panel Torehan dan Penyakit Cendawan Angin.


i. Penyakit cendawan lapuk
Kulat yang menyerang penyakit cendawan lapuk ialah jenis Ceratocystis fimbriota. Pokok getah yang sering diserang penyakit cendawan lapuk ialah Klon PR 107 danRRIM 600. Penyakit cendawan lapuk biasanya menyerang panel torehan pada musim hujan, lebuih-lebih lagi jika keadaan ladang itu adalah semak. Panel torehan akan menjadi lapuk dan terdapat tompok-tompok halus berwarna putih iaitu ke atas sedikit daripada alur torehan (Sila anda lihat foto saya paparkan disebelah). Tompok-tompok ini kemudian berubah menjadi kelabu. Apabila membesar tompok-tompok ini merupakan aliran yang tidak lurus selari dengan alur torehan. Spora kulat ini boleh merebak dengan cepat dengan diterbangkan oleh angin dan serangga. Selain itu, jangkitan penyakit cendawan lapuk juga berlaku melalui perkakas-perkakas menoreh terutama pisau.

ii. Penyakit Calar Hitam
Kulat yang menyerang penyakit calar hitam ialah sejenis kulat dikenali juga sebagai Phytophthora palmirora. Penyakit calar hitam juga menyerang panel torehan. Tanda serangan dimana cendawan yang berwarna hitam akan tumbuh dipanel torehan yang tidak diuruskan dengan baik. Klon pokok getah yang peka kepada penyakit ini terdiri daripada klon PB 86, PR 107, AVRUS 2037, RRIM 600 dan RRIM 623. Pekebun kecil dinasihatkan membuat kawalan cendawan ini dengan menggunakan bahan limia sesuai.

iii. Nekrosis Panel Torehan
Kulat yang menyerang nekrosis panel torehan ialah jenis dinamakan sebagai Fusarium solani. Penyakit ini menyerang panel torehan yang baru dibuka dan kadang kala pokok-pokok lama. Pokok-pokok yang sering diserang penyakit nekrosis panel torehan ialah daripada Klon PB 5/51, PB 28/83, PR 107, RRIM 605, RRIM 612, RRIM 623 DAN RRIM 628. Penyakit panel torehan menyerang alur torehan panel yang baru dan pada alur sempadan panel. Kadang kala penyakit ini menyerang luka-luka pada pancuran. Luka-luka yang bergaris pusat antara 0.5 hingga 1.5 cm yang berwarna perang tua atau kelabu boleh dilihat pada sepanjang alur torehan dan pada alur sempadan panel torehan. Kawalan dengan membuang bahagian yang diserang cendawan iji dan dirawat dengan racun kimis sesuai (Sila lihat foto disebelah). Serangan oleh cendawan ini menjadikan hasil torehan berkurangan.

iv. Penyakit Cendawan Angin
Kulat penyakit cendawan angin memang selelu didengar iaitu bernama Corticium salmonicolor. Penulis dapati penyakit cendawan angin biasanya menyerang dahan dan cabang pokok getah yang berumur antara tiga hingga lapan tahun. Penyakit ini melarat pada musim hujan. Pokok getah yang sering terdedah kepada ancaman penyakit ini terdiri daripada klon RRIM 501, RRIM 600, RRIM 607, PB 28/59 dan PR 255. Cendawan angin (Sila lihat foto diatas) merupakan masaalah tanaman pokok getah yang perlu dikawal dengan syor pihak berkuasa RISDA. Begitulah 4 jenis penyakit cendawan yang akan menyerang pokok getah untuk dikenali dan diketahui. Sila baca artikel berkaitan dengan penyakit tanaman getah dalam Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4. Wasallam!...
PENYAKIT GETAH... APA DIA...
ADA DI AKAR... BATANG JUGA....
DAUN DIATAS... PUN TERKENA...
BACA ARTIKEL... BARU LEGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(6 Rejab 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...