Support My Blog

Tuesday, June 21, 2016

GETAH - PENYAKIT POKOK GETAH (Part 3)

POKOK GETAH (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli. Getah merupakan sejenis tanaman yang boleh hidup dikawasan tropika dan memerlukan hujan sebanyak 180 cm - 250 cm setahun. Ia juga memerlukan suhu diantara 25 - 30 darjah Celcius. Kesesuaian ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah ialah 500 meter. Semakin tinggi getah ditanam maka akan semakin berkurangan perolehan hasil dan kecergasan pertumbuhannya. Keperluan tanah yang sesuai untuk tanam getah ialah jenis loam yang mempunyai saliran yang baik, tidak asidik, tidak banjir da tanah subur. Pokok getah ialah jenis pokok saka dan ketinggiannya boleh mencapai 18 meter. Umur pokok getah yang ekonomik ialah diantara 20 hingga 30 tahun. Pokok getah menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar dan lain-lain industri berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah terdiri daripada jenis separuh keras dan boleh dijadikan perabut. Dalam pada itu lazimnya pokok getah mampu mengeluarkan lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang selalu membentuk 30 darjah pada ufuk. Pokok getah mencapai usia 5-6 tahun boleh diitoreh dengan goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks. Dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks. Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazon kini menjadi tanaman penting di Malaysia dimana peningkatan permintaan semenjak tahun1839 dan telah pun mendorong perkembangan ekonomi. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis penyakit batang pokok getah yang mungkin menyerang tanaman getah untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.


PENYAKIT BATANG POKOK GETAH

i. Penyakit Batang Lapuk Ustulina
Penyakit ini disebabkan oleh sejenis kulat (fungi) yang menjadikan batang getah menjadi lapuk dikenali sebagai Ustulina deusta. Penyakit ini menyerang mana-mana bahagian pokok getah terutama dibahagian batang dan dagan. Lazimnya spora kulat ini akan berterbangan dimana ia akan menembusi ke dalam batang pokok getah melalui tisu yang terdedah (Sila lihat foto disebelah). Ia akan kelihatan seperti luka-luka atau bekas kesan penyakit-penyakit yang lama. Selain itu juga terdapat juga pokok getah seperti tercedera disebabkan oleh kilat atau kebakaran sering diserang oleh penyakit ini. Selalunya lateks yang dirembeskan pada batang pokok getah akan menunjukkan serangan penyakit ini. Lateks yang beku pada celah pokok berbau busuk sehingga menyebabkan terdapatnya kepingan-kepingan kerak cendawan berwarna putih kelabu yang menyaluti bahagian yang diserang. Akhirnya pokok itu bertukar menjadi hitam kelabu. Batang pokok getah pula akan patah apabila kulat ini menembusi jauh ke dalam kayu.


ii. Penyakit Batang Lapuk Phellinus

Kulat yang menyerang penyakit batang lapuk phellinus ialah dikenali dengan nama Phellinus noxius. Penyakit batang lapuk phellinus sering menyerang pokok getah yang telah dewasa. Spora kulatnya akan menyerang dan menjangkiti bahagian-bahagian batang atau dahan pokok getah yang luka, terutamanya yang cedera akibat tiupan angin. Bahagian yang tercedera itu akan merebak ke dalam batang dan turun kebawah hingga ke pergelangan dan akar. Kayu pokok getah akan berupa seperti sarang lebah akibat serangan kulat tersebut. Kerosakan pada batang pokok hetah bagaimana pun boleh diatasi dengan membuat pemerhatian dan rawatan. 

Penanaman getah di Malaysia masih merupakan satu industri yang signifikan dalam negara. Walau pun harga getah semasa artikel ini ditulis adalah rendah tetapi pelbagai usaha lain dijalankan oleh pekebun kecil atau penoreh getah mempelbagaikan sumber pendapatan. Antaranya seperti menanam cendawan Volvariella, projek pemprosesan makanan dan sebagainya. Sila baca sama artikel mengenai penyakit pokok gatah dalam Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 serta Part 5. Wasallam!.
PENYAKIT GETAH... APA DIA...
ADA DI AKAR... BATANG JUGA....
DAUN DIATAS... PUN TERKENA...
BACA ARTIKEL... BARU TAHUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(6 Rejab 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...