(6) STRAWBERRI 'FLORIDA ELYANA'
Kultivar 'Florida Elyana' adalah jenis strawberi yang besar saiz buahnya dengan warna merah yang kuat (Sila lihat foto disebelah). Ia dilaporkan sesuai ditanam dibeberapa negara lain selain di USA seperti telah berjaya ditanam di Morocco, Mesir, sepanyol dan beberapa negara lain. Ia juga mempunyai ciri tangkai buah yang panjang membolehkan proses memetik dan menuai menjadi mudah. Kelebihan jenis ini adalah kerana ia tahan terhadap beberapa penyakit utama tanaman strawberri seperti reput akat, reput buah, antraknos dan sebagainya. Ia masih belum ditanam di Cameroon Highland kerana kurang sesuai.
(7) STRAWBERRI 'FLORIDA RADIANCE'
Kultivar ini dinamakan sebagai 'Florida Radiance' kerana rupabentuk buah itu sendiri yang didakwa amat menarik (Sila lihat foto disebelah). Jenis 'Florida Radiance' ini mempunyai tangkai buah yang lebih panjang untuk memudahkan aktiviti memetik hasil dan kurang mencederakan pokok. Bentuk buahnya hampir menyamai dengan kultivar 'Strawberry Festival' yang agak popular ditanam di Florida, USA. Ia memberikan hasil maksia dalam bulan Febuari setiap tahun. Kultivar ini belum ditanam di negara kita kerana kurang sesuai iklimya. Jenis ini sederhana tahan dari serangan reput akar dan serangan penyakit Antraknos tetapi mudah diserang oleh Bottrytis dan reput akar.
(8) STRAWBERRI 'WINTERSTAR'
Strawberri kultivar 'Winterstar™' mungkin antara jenis yang lama diperkenalkan di USA dan masih ditanam di negara tersebut. Jenis ini mempunyai ciri buah yang mempunyai kualiti baik dari segi warna, saiz dan juga jangjkahayat penyimpanannya. Ia selalu menghasilkan buah yang lebih seragam saiz dan bentuknya (Sila lihat foto disebelah). Isinya lebih pejal dan agak rangup dan tidak mudah menjadi hitam selepas beberapa lama dipetik. Ia memberikan rasa manis yang lama kerana kandungan asid adalah agak rendah. Kultivar ini diminati oleh petani kerana dikatakan tahan dari serangan penyekit reput akar, antraknos tetapi ia mudah diserang oleh Botrytis dan Reput Arang (charcoal rot). Ia belum dicuba ditanam dinegara kita kerana kurang sesuai.
(9) STRAWBERRI 'ROSA LINDA'
Kultivar strawberri 'Rosa Linda’ lazimnya ditanam musim awal dimana ia memberi hasil baik. Jenis ini menghasilkan buah yang padat, sederhana lembut dan uniknya ia mampu menghasilkan buah bersaiz kecil dengan bayak pada penghujung musim penanaman (Sila lihat foto disebelah). Ia menghasilkan buah yang kuat aromanya dan wangi seperti nama 'Rosa Linda' yang memberi makna sebagai 'Bunga Ros yang romantik' dalam bahasa Sepanyol. Ia memberikan seperti 'bau seperti bunga rose' semasa digigit dalam mulut. Jenis ini tahan dari serangan penyakit Botrytis dan tidak ditanam di Malaysia pada masa ini.
(9) STRAWBERRI 'ROSA LINDA'
Kultivar strawberri 'Rosa Linda’ lazimnya ditanam musim awal dimana ia memberi hasil baik. Jenis ini menghasilkan buah yang padat, sederhana lembut dan uniknya ia mampu menghasilkan buah bersaiz kecil dengan bayak pada penghujung musim penanaman (Sila lihat foto disebelah). Ia menghasilkan buah yang kuat aromanya dan wangi seperti nama 'Rosa Linda' yang memberi makna sebagai 'Bunga Ros yang romantik' dalam bahasa Sepanyol. Ia memberikan seperti 'bau seperti bunga rose' semasa digigit dalam mulut. Jenis ini tahan dari serangan penyakit Botrytis dan tidak ditanam di Malaysia pada masa ini.
(10) STRAWBERRI 'EARLIBRITE'
Kultivar Strawberri ‘Earlibrite’ diistiyharkan di Florida USA sebagai pilihan alternatif kepada kultivar ‘Sweet Charlie’ yang disebabkan oleh masaalah semasa pengangkutan dan aktiviti lepas tuai. Ini kerana jenis Sweet Charlie' agak lembut tekstur buahnya yang menyebabkan ia mudah busuk. Jenis ini menghasilkan tuaian tinggi dimana berbuah pada musim awal (Disember - Febuari) di negara tersebut. Ia mempunyai ciri buah yang kuat merah warnanya dan saiz sederhana besar (Sila lihat foto disebelah). Kultivar ini dipanggil sebagai 'Earlibrite' kerana ia cepat berhasil awal dengan banyaknya. Nama jenis ini juga dikaitkan dnegan seorang saintis terkenal dinegara tersebut dikenali sebagai Earl Albreghts iaitu pakar sains tanah yang terlibat dengan proses biakbaka strawberi. Jenis ini tidak ditanam di Malaysia.
Sila baca sama artikel sama Part 1. Wasallam!...
VAEIETI STRAWBERI... BANYAKNYA..
JENIS FESTIVAL.. ADA DI MALAYSIA...
PENANAM TANYA... INFO DISEDIA...
BAHAN RUJUKKAN... DARI SAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room D10, Hotel Rosa Pasadena,
Brinchang, Cameroon Highlands,
Pahang, Malaysia.
(10 JamadilAkhir 1437H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.