Support My Blog

Saturday, June 11, 2016

ANIM AGRO - 8 JUTA !!


BLOG "ANIM AGRO TECHNOLOGY" MENCAPAI 8 JUTA PENGUNJUNG!.
Itulah hakikat rekod yang dicapai penulis pada 10 Jun 2016 bersamaan dengan 5 Ramadan 1437 Hijrah. Rekod sebenar telah dicapai beberapa bulan sebelum ini kerana lebih dari 170,000 artikel awal telah tidak direkodkan dalam kaunter bloggers/overviewstats. Rekod ini mencecah angka 8 juta pada jam 8.25 pagi pada 10 Jun 2016 dan merupakan satu kepuasan penulis dalam menyumbangkan maklumat tentng teknologi pertanian kepada semua. Artikel pertama bertajuk 'Agro Tunnelling the world' telah dikeluarkan pada 5 Julai 2009 dengan 252 pengunjung. Sehingga hari ini artikel bertajuk 'CILI PADI - SENANG TANAMNYA' yang ditulis pada 9 Januari 2014 mendapat pautan tertinggi dengan jumlah 31,067 diikuti dengan artikel bertajuk 'KELAPA - MENANAM MATAG DAN BENIH' sebanyak 30,479 yang diterbitkan pada 28 Januari 2015 dan artikel bertajuk 'AYAM KAMPONG - CARA TERNAKKAN' sebanyak 18,016 yang ditulis pada 6 Jun 2014 (Sila rujuk rajah dibawah). Artikel lain yang banyak pageviews adalah seperti 'RACUN RUMPAI' dan juga artikel bertajuk 'RUMPUT MIANG MEXICO - MERBAHAYA!'. Lima artikel ini telah mencapai kunjungan sebanyak 108,769 orang pembaca. 


Dari segi kunjungan sehingga blog ini ditulis seramai 8,004,915 telah berkunjung pada sebanyak 2,437 artikel daripada sebanyak 3,935 artikel yang telah ditulis. Baki artikel sebanyak 1,588 akan diterbitkan setiap hari untuk hampir 4 tahun akan datang. Setiap satu hari diposting 1 artikel sahaja (Kadang-kadang 2 artikel) tanpa miss selama 9 tahun. Purata pautan dalam satu hari adalah diantara 6,500 hingga 11,000 sehari dan lazimnya rendah pada hari Sabtu dan Ahad (Cuti).



Dari segi kedudukkan blog 'Anim Agro Technology' didapati dikalangan 30 juta blog ia mendudukki tangga ke 981,293 didunia (Sila lihat rekod dibawah). Blog ini sangat popular di Malaysia dimana trafik hampir 95.1% adalah dari Malaysia kerana ia ditulis dalam Bahasa Malaysia. Bagaimana pun ia jung dibaca oleh ramai dari Indonesia ditangga ke 2, USA di tangga ke 3, India ke 4, Singapore ke 5 dan Brunei ke 6. Apa yang unik adalah kunjungan dari Russia, Germany, United Arab Emirates dan Netherlands yang juga amat baik bagi blog ini. 



Komitment yang berterusan penulis untuk menyumbangkan imlu dan kepakaran dalam sektor teknologi pertanian akan diteruskan dengan doa dan sokongan daripada pembaca semua. Semuga Allah akan terus memberikan kesihatan, kelapangan masa, idea-idea bernas dan kemampuan untuk terus menulis dimasa akan datang. Amin!!!.


BLOG PERTANIAN... CAPAI 8 JUTA...
SELEPAS 9 TAHUN... ITU ANGKANYA...
DIREKODKAN ...PADA BULAN PUASA...
SEMUGA BERKAT... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 105, Hotel Skyview,
Jalan Kapar, Chukai,
Kemaman, Terengganu,
Malaysia.
(6 Ramadan 1437H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...