KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, June 22, 2016

GETAH - PENYAKIT POKOK GETAH (Part 4)


POKOK GETAH (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli. Getah merupakan sejenis tanaman yang boleh hidup dikawasan tropika dan memerlukan hujan sebanyak 180 cm - 250 cm setahun. Ia juga memerlukan suhu diantara 25 - 30 darjah Celcius. Kesesuaian ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah ialah 500 meter. Semakin tinggi getah ditanam maka akan semakin berkurangan perolehan hasil dan kecergasan pertumbuhannya. Keperluan tanah yang sesuai untuk tanam getah ialah jenis loam yang mempunyai saliran yang baik, tidak asidik, tidak banjir da tanah subur. Pokok getah ialah jenis pokok saka dan ketinggiannya boleh mencapai 18 meter. Umur pokok getah yang ekonomik ialah diantara 20 hingga 30 tahun. Pokok getah menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar dan lain-lain industri berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah terdiri daripada jenis separuh keras dan boleh dijadikan perabut. Dalam pada itu lazimnya pokok getah mampu mengeluarkan lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang selalu membentuk 30 darjah pada ufuk. Pokok getah mencapai usia 5-6 tahun boleh diitoreh dengan goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks. Dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks. Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazon kini menjadi tanaman penting di Malaysia dimana peningkatan permintaan semenjak tahun1839 dan telah pun mendorong perkembangan ekonomi. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis penyakit daun getah yang mungkin menyerang untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.



Penyakit Daun Getah
Pokok getah sama seperti tanaman lain tertakluk kepada serangan beberapa penyakit pada bahagian daun, akar dan batangnya. Penyakit yang menyerang daun pokok getah selalu berlaku pada musimim tertentu dan juga peringkat awal penanaman. Terdapat 4 jenis penyakit yang menyerang bahagian daun getah iaitu (1) Penyakit Luruhan Daun Oidium disebabkan kulat Oidium heveae, (2) Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum dimana ianya disebabkan kulat Colletotrichum gloeosporiodes, (3) Penyakit Luruhan Daun Phytophthora disebabkan kulat Phytophthora botryosa atau Phythopthora palmivora dan (4) Penyakit Luruhan Daun Corynespora disebabkan oleh kulat Corynespora cassiicola. Diantara beberapa tanda serangan pada bahagian daun adalah seperti terdapat daun rosak disebabkan oleh bintik, tompok dan bahagian daun yang mati. Jika bahagian daun-daun yang teruk dijangkiti maka akhirnya ia akan gugur. Tanda lain boleh dilihat adalah dimana terdapat bahagian pucuk dan ranting akan mati. Lazimnya pokok getah yang telah diserang dengan penyakit maka pokoknya tidak subur dan seterusnya ia akan menjejaskan atau mengurangkan hasil tuaian lateks. Kesan serangan penyakit daun getah juga akan menyebabkan tanda bintik, tompok dan bahagian daun yang mati. Daun yang teruk dijangkiti akan gugur dan akan ada tanda dimana pucuk dan ranting akan mati. Selalunya pertumbuhan pokok terencat yang melambatkan tempoh matang. Selain dari mengurangkan hasil lateks selalunya pokok muda boleh mati.



(1) Penyakit Luruhan Daun Oidium 
Penyakit Luruhan Daun Oidium disebabkan sejenis kulat dikenali dengan nama Oidium heveae. Penyakit menyerang daun getah muda yang masih berwarna perang hingga berwarna kehijauan (Sila anda lihat foto disebelah). Selalunya akan kelihatan atau ujud tompok-tompok putih berdebu pada permukaan daun. Tompok-Tompok Putih dan Berdebu yang terdapat pada permukaan daun dimana ia diserang oleh Kulat Oidium heveae. Kawalan perlu dilakukan dengan syor yang doberikan.

(2) Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum
Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum ini dimana ianya disebabkan sejenis kulat iaitu Colletotrichum gloeosporiodes. Tanda asas serangan dimana dilihat terdapat bintik-bintik yang timbul pada permukaan daun (Sila anda lihat foto disebelah). Selalunya berlaku akibat daripada serangan Kulat Colletotrichum goeosporioides. Jangkitan kulat ini pada daun yang sangat muda menyebabkan daun berkerut, berkeriput dan bertukar menjadi kehitaman dan akhirnya gugur. Jangkitan pada anak daun yang lebih tua akan merosakkan sebahagian daun di mana hujung dan tepi daun menjadi hitam. Jika diteliti akan terdapat bintik-bintik yang timbul dan berlubang di tengah merupakan ciri nyata akan serangan penyakit ini.

(3) Penyakit Luruhan Daun Phytophthora
Penyakit Luruhan Daun Phytophthora disebabkan kulat Phytophthora botryosa atau Phythopthora palmivora. Jangkitan penyakit ini selalu berlaku pada tangkai daun dimana terdapat satu atau lebih lecuhan yang berwarna perang tua atau kehitaman pada tangkai daun. Serangan akan kerap kelihatan titik-titik susu getah beku di tengah lecuhan tersebut (Sila lihat foto disebelah). Akibatnya adalag daun akan gugur di mana anak-anak daun berwarna hijau masih terlekat ditangkai daun. Selalunya daun matang yang masih hijau jatuh bertaburan di atas tanah.

(4) Penyakit Luruhan Daun Corynespora
Penyakit Luruhan Daun Corynespora disebabkan oleh kulat Corynespora cassiicola. Tanda serangan dimana bahagian daun yang djangkiti oleh penyakit Luruhan Daun Corynespora kelihatan seperti gejala 'Tulang Ikan' (Sila lihat foto disebelah). Ia juga jenis penyakit sering menjangkiti daun muda dan daun tua. Ketika pokok getah masih muda atau di peringkat awal penyakit terdapat bintik-bintik bulat kecil yang semakin membesar. Tanda jangkitan selalu berlaku pada urat utama dan urat-urat kecil daun. Ini menghasilkan gejala seperti 'landasan keretapi' atau 'tulang ikan'. Gejala ini merupakan tanda utama penyakit ini dan beberapa tisu daun berdekatan dengan lecuhan bertukar warna menjadi kuning dan seterusnya perang. Akhirnya apa yang trjadi adalah daun akan gugur. Anda boleh membaca siri artikel penyakit pokok getah dalam Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5. Semuga pembaca mendapat info berguna. Wasallam!.
PENYAKIT GETAH... APA DIA...
ADA DI AKAR... BATANG JUGA....
DAUN DIATAS... PUN TERKENA...
BACA ARTIKEL... BARU LEGA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(6 Rejab 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...