Menternak KELULUT (Heterotrigona spp) kini merupakan satu usaha yang sangat diminati oleh ramai rakyat terutama gennerasi muda di Malaysia. Kelulut (Stingless bee) mampu menghasilkan madu dan pelbagai produk lain dimana ia kini dijadikan satu bidangusaha dilakukan diseluruh negara kerana ia mudah dijaga dan tidak menyengat seperti penternakan Lebah Madu (Apis cerana atau Apis mellifera). Terdapat beberapa spesis kelulut yang sesuai diternak iaitu Trigona itama, Trigona thoracica dan beberapa jenis lagi mengikut kesediaan bahan makanan dan juga sumber asal koloni diperolehi. Penulis yang juga banyak pengetahuan dan separa pakar dalam ternakan kelulut dimana ada membuat aktiviti menulis banyak artikel mengenai industri ini dan salah seorang pengajar kepada peserta kursus. Penulis juga banyak melawat projek ternakan kelulut diseluruh negara untuk memberikan khidmat nasehat teknikal dan membuat tinjauan mengenai beberapa kaedah dan teknologi penternakan kelulut. Usahawan kelulut dan lebah madu sepanjang Januari - Mei 2016 amat gembira kerana kemarau panjang dengan bunga banyak membolehkan mereka telah mendapat hasil madu yang banyak berbanding tahun sebelumnya. Bagaimana pun harga madu kelulut turun naik sepanjang 6 bulan pertama tahun ini diantara RM120 - RM200 sekilogram bergantung kepada kualiti dan lokasi. Mereka yang menternak kelulut dikawasan hutan atau belukar Pokok Akasia (Acacia mangium) dan Pokok Gelam (Melaluca cajuputi) mendapat hasil madu yang lebih tinggi berbanding dengan kawasan tumbuhan nektar lain. Penulis amat tertarik dengan kejadian serangan koloni kelulut jenis Tripona laeviceps terhadap koloni Kelulut Trigona itama dibeberapa lokasi di Pahang dalam bulan Mei - Jun 2016. Pada saya ini merpakan satu kejadian yang memang jarang dilaporkan dalam mana-mana artikel sebelum ini. Artikel malam ini selepas melawat projek kelulut di Kg Chendor, Cherating, Pahang saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" artikel ke 3,969 mengenai kejadian serangan koloni kelulut T. laeviceps terhadap kelulut T. itama yang boleh dijadikan iktibar kepada penternak kelulut lain.
Encik Zulkifli merupakan seorang petani muda yang menanam cili fertigasi secara komersil dengan sebanyak 1,700 polibeg semenjak Januari 2016 dimana beliau berkecimpong bidang ini sejak 2014 lagi. Semakan penulis dari rekod ladang penanaman cili fertigasi pada musim lepas beliau berjaya menghasilkan cili dengan purata 4.1 kg sepokok. Penanaman selama 11 bulan masa itu menjanjikan harga purata cili diladang sekitar RM5.00 sekilogram. Bagi meningkatkan lagi proses pendebungaan, beliau juga menternak kelulut dimana sehingga kini ada 38 koloni atau sarang kelulut disekitar rumahnya. Dalam perbincangan tentang pengurusan kelulut, Encik Zul telah menunjukkan penulis ada 3 sarang kelulut yang telah kosong akibat berlaku serangan oleh kelulut Trigona laeviceps (TL) dua minggu lepas. Kini sebanyak 4 koloni Trigona itama (TI) milik beliau telah kosong akibat serangan yang berlaku menyebabkan kerugian kepada beliau. Penulis juga sempat meninjau TL yang sedang terbang dibeberapa sarang lain sebagai 'kelulut peninjau' dengan jelas (Sila lihat foto disebelah). Persoalan penulis adalah kenapa berlaku kes serangan ini sehingga dikira sebagai sampai ketahap 'serius'?. Ini kerana kes seperti ini belum pernah dilaporkan oleh Encik Zul sebelum ini semenjak beliau mulakan aktiviti penternakan kelulut semenjak 3 tahun lalu. Penulis ada membuat beberapa info saintifik hipoteses mengenai perkara ini untuk difikirkan bersama.
Kaedah serangan kepada koloni TI oleh koloni TL pun memang unik caranya. Serangan selalu dilakukan oleh TL pada waktu pagi ketika banyak TI keluar mencari makan dan hanya sedikit jumlah koloni dalam sarang. Kelulut TL walau pun saiznya lebih kecil tetapi dengan jumlah yang banyak akan datang 'menyerbu' kelulut TI dan berlaku pergelutan gigit mengigit sehingga kedua-duanya akan mati dan jatuh bertaburan diatas tanah. Daripada laporan dan pemerhatian Encik Zul menyatakan keduanya akan mati seakan 'berpelukkan' dan melekat sepasang-sepasang. Kelulut TL juga didapati akan menyerang TI yang baru balik mencari nektar dipintu masuk sarang dan membunuhnya. Oleh kerana lazimnya jumlah TL lebih banyak daripada TI maka akhirnya krlulut TL akan mendudukki sarang tersebut dan membunuh semua kelulut didalamnya. Ia juga akan mengambil madu dan makanan lain dalam sarang tersebut dalam masa 1-2 jam sahaja. Selepas itu sarang tersebut akan dibiarkan kosong sahaja (Sila lihat foto disebelah). Ini merupakan satu perkara alami atau semulajadi yang perlu difikirkan dan dibuat kajian akan kaedah kawalan dan pencegahannya. Kalau penternak yang baru membeli koloni tersebut dengan harga RM400 - RM800 satu sarang, bayangkan bertapa kecewanya penternak tersebut jika berlaku kes seperti ini. Encik Zul kini telah 'hilang' sebanyak 4 sarang kelulut dan ditinggalkan kosong akibat kes ini. Beliau tidak tahu darimana TL ini datang dan dipercayai bersarang dikawasan hutan belukar dan pokok akasia berhampiran. Kedatangan hujan yang mula turun setelah kemarau panjang hampir 5 bulan mungkin boleh menyebabkan kes ini berlaku.
Penulis minta En Zul membelah log kayu yang telah dikosongkan untuk melihat kesan serangan TL terhadap TI. Alangkah hebat dan terkejutnya penulis melihat dalam masa kurang daripada 2 jam serangan TL telah mengosongkan semua 'harta' dalam sarang. Madu, telur, bee bread dan sebagainya telah habis diangkut oleh TL (Sila lihat foto disebelah). Antara beberapa sebab berlakunya serangan ini adalah seperti mula berlaku kekurangan sumber makanan dikawasan sekitar. Dari segi saiz, TL adalah lebih kecil daripada TI dan tidak mampu terbang lebih jauh daripada TI. Mungkin TL telah buat tinjauan sumber makanan seperti nektar dan telah memungutnya lebih awal dan lebih cepat serta lebih jauh. Sebab lain mungkin jumlah koloni TI yang lemah dan sedikit mudah untuk TL melakukan serangan mengejut. Penulisn dapat tinjau jika koloni TI kuat dengan ada penjaga dipintu tidak diserang walau pun ia terletak bersebelahan dengan sarang yang kosong akibat serangan dengan jarak kurang 3 kaki!. Artikel ini diharap dapat dijadikan tajuk perbincangan dikalangan penternak kelulut jika ada kejadian serupa. Diharap artikel blog Anim Agro Technology ini memberi info berguna kepada semua. Wasallam!
LEBAH KELULUT... TRIGONA ITAMA...
TRIGONA LAEVIVEPS...SERANG DIA...
BERPERANG... MATI KEDUA-DUANYA...
SARANG KOSONG... TERBIAR JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Chendor, Cherating,
Pahang, Malaysia.
(28 Syaaban 1437H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.