KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, March 1, 2016

PROJEK HALIA - KG JANDA BAIK

TANAMAN HALIA (Zingerber officinale) oleh Encik Isnin dari Kg Janda Baik, Bentong, Pahang merupakan satu jenis tanaman yang diusahakan oleh beliau bersama tanaman Buah Markisa (Passiflora endulis) semenjak lebih 10 tahun lalu. Penulis berpeluang melawat aktiviti penanaman halia dan markisa pada 18 Febuari 2016 dalam program tinjauan teknologi dan pengamalan agronomi kedua jenis tanaman tersebut. Tanah seluas 1 hektar ini merupakan Tanah Pajakan Sementara (TOL) juga dimajukan dengan tanaman makanan lain sepertii sayuran buah seperti cili, petola dan sebagainya. Tanah yang bercerun ini mendapat sumber air daripada aliran anak sungai yang mengalir jernih dan dibuat empangan kecil. Air dialirkan kekawasan kebun dengan gunakan polipaip 2 inci dan tidak memerlukan pam air berjentera kerana tekanan graviti membolehkan air dialirkan kekawasan tanaman dengan baik. Laluan kebun sejauh 5 km daripada Kg Janda Baik melalui jalan tanah yang sukar tidak menghalang Encik Isnin memajukan tanaman halia dan markisa yang bernilai tinggi ini sebagai pilihannya. Selain daripada beliau, terdapat seramai 7 pengusaha lain dengan tanaman markisa, cili padi, kantan, agrotourism dan tanaman sayuran yang beroperasi dikawasan persekitaran. Salah seorang petani En Zaini menanam kantan seluas 0.5 hektar dimana ia mula dikutip hasil setiap 2 minggu untuk dihantar ke pasaran sekitar Lembah Kelang (Sila baca artikel tanaman kantan En Zaini - Sila klik disini). Tanaman halia jenis Halia Bentong merupakan satu aktiviti penanaman yang memerlukan kawasan khusus untuk mengekalkan kualitinya seperti disekitar tanah tinggi bercerun di Kg Janda Baik dan Tanah Tinggi, Bentong, Pahang. Halia Bentong telah mendapat pengiktirafan sebagai 'Geographical Indication' atau GI sebagai mengiktiraf halia tersebut amat sesuai dengan keadaan persekitaran tersebut. Dalam daftar GI dikatakan Halia Bentong sesuai ditanam dengan ketinggian 700 meter dari paras laut dan menerima hujan 187 mm sebulan atau sekitar 2,000 mm setahun. Tanah subur dan cuaca sejuk sekitar 24-28 C diperlukan halia bentong untuk ditanam. Halia Bentong telah ditanam oleh kaum China dikawasan ini bermula daripada tahun 1963. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman halia bentong oleh Encik Isnin sebagai satu kajian kes dan bahan rujukkan pembaca blog ini. 


Penanaman Halia Bentong memerlukan kemahiran dan modal yang besar berbanding dengan tanaman lain. Kos terbanyak mengikut En Isnin adalah untuk pembelian benih dimana ia memerlukan sebanyak 1 mt benih halia tua untuk ditanam dikawasan kebun seluas 1 hektar (Sila lihat foto disebelah). Lereng bukit disediakan jalur dan teres untuk menanam benih halia sekitar 4-5 cm dengan mempunyai tunas. Jarak tanaman diamalkan 0.25 m x 0.25m yang selalunya memberikan sebanyak 60,000 rumpun. Benih yang digunakan oleh En Isnin adalah hasil tuaian musim lepas dimana ia dipilih daripada rizom helia tua melebihi 12 bulan untuk dijadikan benih tanaman. Dengan menggunakan 3 pekerja upahan buruh asing, beliau telah siap menanam 80% daripada kawasan menggunakan benih sendiri. Ia memerlukan masa selama 12 tahun untuk menuai halia tua dan 6 bulan untuk halia muda. Kadang kala jika ada permintaan dengan harga baik beliau akan menuai dalam masa 8 bulan sahaja. Antara masaalah yang dihadapi dalam aktiviti penanaman halia adalah serangan penyakit reput umbisi dan kawalan rumpai terutama diperingkat awal penanaman. Menjadi amalan dimana kawasan bekas tanaman halia akan dibiarkan lama sebelum ia ditanam semula dengan tanaman halia. Sistem giliran tanaman ini dilakukan kerana menurut En Isnin jika kawasan tanah sama berterusan ditanam dengan halia ianya tidak sesuai seperti yang diharapkan. Menurutnya sebaik masa untuk kawasan dibiarkan tidak ditanam halia adalah selama 4 tahun.


Daripada segi pengurusan amalan agronomi, En Isnin yang telah menanam halia selama 10 tahun memahami jenis baja dan Amalan Pertanian Baik yang sesuai. Sumber benih halia didapati dari kebunnya atau dibeli dari penanam yang berhampiran. Lazimnya apabila sebanyak 1 metrik tan benih yang ditanam maka ia mampu menghasilkan sekitar 5 metrik tan hasil halia tua segar. Didalam kebun seluas 1 hektar ini Encik Isnin menanam seluas 0.5 hektar dengan Halia Bentong dan 0.5 hektar lagi dengan tanaman Markisa. Dibantu oleh 3 pekerja asing dan 2 ahli keluarga, sistem tanaman dijalankan berterusan dengan dua tanaman utama iaitu Halia Bentong dan Buah Markisa serta ada tanaman cili diantara tanaman markisa. Cili yang ditanam adalah dari jenis Cili Api (Capsicum frustecens) yang mendapat harga pasaran baik di Lembah Kelang. Semeasa memeriksa tuaian hasil halia yang dipikul oleh tenagakerja Nepal penulis mendapati ia adalah jenis berkualiti. Halia ini akan digredkan dahulu dengan mengasingkan umbisi halia yang rosak, ganjil, busuk atau kurang berkualiti semasa menuai. En Isnin juga pernah menuai halia ditanam dalam peringkat umur 8 bulan apabila harga tinggi dan permintaan amat banyak. Mendakwa mengenai jangkamasa tanaman halia adalah banyak bergantung kepada caa penjagaan tanaman. harga dipasaran serta tahap serangan perosak dan penyakit. Bagi tanaman markisa ia adalah dari jenis Kuning yang mula berbuah selepas 5 bulan dan akan memetik hasilnya sehingga bulan ke 16. Buah markisa dijual kepada peraih Cina di Bukit Tinggi dengan harga purata sekitar RM3.00 - RM5.00 sekilogram. Semuga tulisan ini memberi sedikit info kepada pembaca semua. Wasallam!.
ENCIK ISNIN...MENANAM HALIA...
DIJANDA BAIK... KAWASAN DIA...
HARGA BAIK... RM 30/KG SAHAJA...
BERILMU ... TIDAK BERANI CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Janda Baik,
Bantong, Pahang,
Malaysia.
(16 Jamadilawal 1437H)

  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...