KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, March 14, 2016

CENGKERIK - NILAI EKONOMI

CENGKERIK adalah serangga daripada keluarga Gryllidae iaitu sejenis serangga berwarna perang dan hitam serta mengeluarkan bunyi nyaring dengan menggeselkan anggota kepaknya. Kepada petani serangga cengkerik ini dianggap sebagai musuh yang menyebabkan kerosakan tanaman terutama pada peringkat anak benih. Cengkerik akan makan batang benih tanaman yang baru tumbuh pada malam hari dan perlu dilakukan sulaman anakbenih. Pada penulis yang kenal akan serangga cengkerik ini dimana ia mempunyai badan leper dan antena panjang dibahagian kepala (Sila lihat foto diatas). Terdapat kira-kira 900 spesies cengkerik yang telah dikenali diseluruh dunia terutama dikawasan tropika. Cengkerik biasanya adalah serangga 'nokturnal' yang membawa maksud serangga yang 'aktif pada waktu malam'. Ramai pula dikalangan orang awam yang menyatakan bahawa cengkerik selalu disalah anggap sebagai belalang kerana mempunyai struktur badan yang sama. Ciri ini juga termasuk kaki belakang besar yang berfungsi sebagai kaki untuk cengkerik dapat melompat sama seperti ciri yang ada pada belalang. Cengkerik biasa walau pun dilaporkan tidak berbahaya kepada manusia tetapi ia merosakkan tanaman yang menjejaskan nilai ekonomi petani. Artikel malam ahad ini sambil menonton pertandingan akhir diTV3 rancangan 'Mentor Milenia' saya menulis dengan niat menyebarkan ilmu didalam "Anim Agro Technology" mengenai nilai ekonomi cengkerik untuk rujukkan anda.

Diet dan kitaran hidup serangga cengkerik kini telah diketahui umum dengan ujudnya alam maya yang canggih. Kepada penulis blog ini cengkerik ialah serangga yang makan pelbagai bahan organik atau dipanggil sebagai haiwan 'pebangkai omnivor' yang makan bahan-bahan organik. Cengkerik juga dilaporkan memakan apa tumbuhan reput, kulat dan beberapa anak benih yang baru tumbuh diatas batas tanaman. Cengkerik juga dilaporkan memakan bangkai sendiri jika tiada sumber makanan lain terutama jika populasi tinggi. Cengkerik akan menunjukkan kelakuan pemangsa ke atas cengkerik yang lumpuh didalam koloninya. Penulis juga mendapati dimana cengkerik secara relatifnya mempunyai rahang yang kuat dimana ia mampu dan diketahui boleh menggigit manusia. Cara cengkerik ini uniknya adalah tanpa memecahkan kulit. Gigitannya cengkerik juga boleh menjadi sakit apabila ia terkena pada kulit sensitif seperti di jari taut selaput iaitu lokasi diantara jari dengan jari. 

Cengkerik mengawan pada lewat musim panas dan bertelur pada musim luruh dinegara temperate. Telurnya menetas pada musim bunga dan dapat mencecah 2,000 telur untuk setiap betina. Ada spesis lain seperti Acheta domestica (cengkerik rumah) yang mampu bertelur hampir berterusan tanpa henti (Sila lihat foto sebelah). Cengkerik betina dapat bertelur sekurang-kurangnya dua kali sebulan jika kawasan ada dan makanan mencukupi. Apa yang unik adalah cengkerik betina mempunyai organ bertelur yang panjang seperti jarum dipanggil 'ovipositor'. Dalam pada itu sebenarnya serangga cengkerik lebih popular digunakan sebagai sumber makanan hidup kepada haiwan peliharaan karnivor seperti ikan kelisa, katak, cicak, kura-kura, salamander dan labah-labah. Adakah anda mengetahui banyak maklumat mengenai cengkerik ini atau anda hanya mengetahui bahawa cengkerik hanya akan dikesan apabila mengeluarkan bunyi pada waktu malam?. Andda boleh baca artikel ini sehingga habis.

Cengkerik hidup segar dalam suhu 30 celcius dengan kelembapan antara 80-90%. Kumpulan cengkerik dimasukkan dalam kotak lutsinar dengan kira2 2 cm lapisan tanah dan ditutup (Sila lihat foto disebelah). Bekas atau kotak ternakan ini perlu berada dalam keadaan gelap dan 'warm' seperti habitat semulajadi cengkerik. Sebaiknya penternak komersil akan menutup kotak ternakkan dengan kadbod. Pengurusan menternak cengkerik agak mudah iaitu dengan memberikan makanan ayam dan air bersih setiap dua hari. Pemerhatian penulis di Air Keroh, Melaka mendapati dimana selepas dua (2) minggu jika ada cengkerik mati dan dikutip untuk tujuan dianalisa mengandungi nutrisi atau kandungan protin di jalankan didalam makmal. Kajian tersebut juga mendapati kandungan protin cengkerik adalah pada paras paling tinggi (69%) iaitu jauh lebih tinggi daripada makanan haiwan sedia ada dipasaran. Ianya 23% lebih tinggi dari kandungan protin didalam soyabean meal. Kajian tersebut menunjukkan cengkerik sesuai untuk dijadikan sumber protin bagi tujuan makana ternakan. Kalau anda berminat untuk menternak cengkerik boleh lakukannya dengan mudah jika telah mendapat ilmu dan kemahiran serta modal permulaan. Artikel ini diharap dapat memberikan info berguna cengkerik sebagai satu jenis hidupan yang berguna kepada manusia. Wasallam !!!...
BUNYI CENGKERK... NYARINGNYA...
BERWARNA GELAP... AKTIF GERAKNYA...
MENTERNAK CENGKERIK... APA CARA?...
BACA ARTIKEL... BARU HATI TERBUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Persimpangan Bukit Beruang,
Maleka, Malaysia.
(2 RabiulAkhir 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...