Support My Blog

Sunday, March 20, 2016

AIR DIMINUM RASA DURI


Peribahasa AIR DIMINUM RASA DURI, NASI DIMAKAN RASA SEKAM adalah satu bidalan yang amat jarang kita didengar dikalangan masyarakat moden masa kini. Bidalan ini membawa maksud sebagai "Makan dan Minum yang tidak enak kerana hati sedang Gelisah". Ini adalah satu peribahasa yang menggunakan perkataan air, duri, nasi dan sekam dimana semua berkaitan dengan kehidupan dan pertanian (Sila lihat foto diatas). Memang benar jika ada seseorang itu dilanda kegelisahan atau susah hati lazimnya merka tidak lalu untuk makan dan minum seperti biasa. Ini kerana nikmat keenakan semasa menjamu makan dan juga minuman hilang disebabkan terus otak berfikir akan sesuatu perkara yang amat serius tatau rasa amat gelisah. Pelbagai dugaan dan cabaran berlaku yang bermain didalam minda menyebabkan kita boleh hilang selera makan dan ini memang akan menjejaskan kesihatan dan penderitaan mental. Minum air dengan rasa duri amat menyakitkan jika berlaku dalam keadaan sebenar dimana duri akan menyucuk dalam tekak yang menyebabkan kesakitan. Sementara itu ketika makan nasi pula hanya dirasakan sebagai sekam padi yang keras dan tidak ada rasa malahan menyakitkan tekak juga. Apa pun ianya cuma perasaan sahaja yang mana asas mindanya hanya dirundung kegelisahan. Mungkin ramai orang pernah mengalami keadaan seperti ini dimana ianya akan pulih kembali setelah kegelisahan dan rasa sush hati itu hilang dengan sendiri atau menerima rawatan khusus. Oleh itu penderita ini perli kena banyak-banyak bersabar dan berdoa kepada Allah swt agar kita diberi ketenangan dalam menjalanni kehidupan agar sentiasa bahagia. Peribahasa i ni memang tepat digunakan pada bila-bila masa sahaja mengikut kesesuaian. Artikel subuh Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu peribahasa berbaris panjang yang diguna di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia iaitu Air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam uang dikupas secara ilmiah.


Duri (Thorn atau Spine) merupakan satu bahagian dari tumbuhan atau haiwan yang mana hujungnya tajam dan agak keras dimana ia cenderung untuk melukakan kulit atau permukaan tubuh hidupan lain termasuk kulit manusia. Pada tumbuh-tumbuhan lazimnya duri boleh dijumpai pada berbagai bahagian atau organ. Duri merupakan organ aksesori dan berfungsi sebagai alat perlindungan diri dari pemangsa mahupun sebagai alat untuk adaptasi persekitaran terutama terhadap kekeringan. Kaedah pembentukan duri lazimnya berasal dari modifikasi organ pokok tumbuhan sama ada pada bahagian daun, batang atau akar  yang dihasilkan dengan agak keras dan tajam (Sila lihat foto disebelah). Ada jenis duri yang kukuh melekat pada batang, dahan atau daun dan ada juga jenis duri yang mudah tanggal apabila terkena kepada mangsa. Ada pula sesetengah duri yang tanggal akan meninggalkan sedikit getah pada bekasnya. Duri yang berasal dari daun misalnya adalah duri pokok kaktus serta beberapa tumbuhan sakulen lainnya. Selalunya untuk duri pada daun ia menajam dan akan  kuncup di ketiaknya. Fungsi duri pada bahagian daun lazimnya hanya berfungsi untuk mengurangikan kadar transpirasi. Penulis beberapa kali kena duri kaktus dan sebagainya yang menyakitkan.


Duri pada haiwan pula berbeza sedikit dengan duri pada tumbuh-tumbuhan. Selalunya duri pada haiwan terdapat haiwan seperti landak, ikan dan veterbrate yang lain. Duri pada landak sebenarnya adalah jenis rambut yang disesuaikan menjadi besar dan keras (Sila anda lihat foto disebelah). Duri landak tersusun dari bahan yang sama dengan rambut seperti juga keratin yang sebenarnya adalah unsur protein. Duri pada ikan pula selalu dijumpai sebagai 'sengat' atau sebagai organ untuk mempertahankan dirinya daripada serangan musuh. Antara jenis ikan yang ada duri seperti Ikan puyu, Ikan Keli, Ikan Buntal, Ikan haruan dan sebagainya. Sebenarnya duri itu sama dengan struktur tulang ikan dimana ada jenis sengat ikan (duri) ini yang mempunyai bisa yang amat menyekitkan apabila terkena sengatan ikan. Berwaspada jika anda memegang ikan keli yang ada sengat kerana jika terkena sengatan ini amat menyakitkan sehingga perlu rawatan klinikal. Duri pada serangga umumnya merupakan tonjolan-tonjolan tajam yang kurang ketara seperti yang dapat dilihat pada kaki belalang.


BERAS (Rice) jika dimasak akan menjadi NASI. Beras adalah bijirin yang dihasilkan oleh sejenis tumbuhan yang di kenali sebagai Padi (Oryza sativa) dari keluarga jenis Graminae (Rumput) dan menjadi sumber makanan utama sebahagian penduduk dunia. Tanaman padi untuk beras juga seperti aktiviti tanaman bijirin seperti gandum, oats dan barli untuk makanan asasi manusia. Beras merupakan makanan utama (staple food) kebanyakan penduduk Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Timur, India Barat, Amerika Latin dan merupakan komoditi bijirin (Cereal) kedua terbanyak dihasilkan didunia selepas tanaman jagung. Dari segi sejarahnya beras telah ditanam dan digunakan oleh manusia semenjak lebih 5,000 tahun dahulu di kawasan China. Manusia terawal yang memajukan beras ialah dari China dan kemudia di kawasan India kira-kira 3,000 tahun dahulu dan diikuti di kawasan Asia kira-kira 2,000 tahun dahulu. Pengembangan tanaman padi dan beras di kawasan Eropah dan Afrika berlaku kira-kira 800 tahun dahulu tetapi di Eropah beras dijadikan makanan birijin bernilai tinggi dengan penggunaan varieti baru yang bernilai tinggi. 
Peribahasa 'Air diminum terasa duri, nasi dimakan rasa sekam' yang saya tulis ini sesuai digunakan sebagai satu ungkapan yang bermakna. Semuga artikel dari peribahasa dan dikupas dalam bentuk ilmiah ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
RASA GELISAH ... KESAN MERANA...
TAK LALU MAKAN...HILANG SELERA...
KURANG MINUM... TERUS DERITA...
PERLU DIKAWAL ...ELAKKAN SIKSA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,

Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(14 Safar 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...