KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, March 3, 2016

PADI MR 263 - VARIETI BARU

VARIETI PADI MR263 merupakan jenis varieti padi baru yang dihasilkan dalam negara kita untuk digunakan oleh pesawah. Padi (Oryza sativa) merupakan tanam penting dan strategik dalam negara kerana nasi daripada beras yang dihasilkan pesawah adalah manjadi makanan asasi rakyat Malaysia. Terdpat seluas lebih 600,000 hektar sawah padi yang ditanam diseluruh negara dengan purata penghasilan padi dalam negara sekitar 4.5 metrik tan sehektar (Sumber: Laporan CCS Padi, Jabatan Pertanian Malaysia). Penulis juga mendapati penggunaan varieti MR219 dan MR220 yang meluas dengan liputan lebih 90% daripada kawasan penanaman padi adalah varieti padi digunakan paling lama dalam sejarah. Varieti ini itelah ditanam lebih daripada 20 musim (10 tahun) dan dimana ia berkemungkinan akan jejaskan pengeluaran dan industri padi jika sekiranya berlaku serangan wabak penyakit atau perosak. Dilaporkan terdapat beberapa kes menunjukkan bahawa tahap kerintangan terhadap varieti MR219 dan MR220 terhadap penyakit karah padi semakin menurun. Kebergantungan kepada hanya satu atau dua varieti padi dalam negara amat mengundang risiko tinggi jika berlaku penuaian hasil rendah yang disebabkan oleh seragan penyakit, perosak dan faktor lain. Dibeberapa negara yang menanam padi dengan meluas, mereka sering menukarkan varieti padi dalam kurang dari 3-5 tahun demi menjaga industri pengeluaran padi. Negeri China dan Jepun sebagai contoh mempunyai berpuloh-puloh varieti padi baru untuk digunakan oleh petani mengikut jangkamasa yang ditentukan kerajaan. Adalah amat perlu pihak tertentu untuk menghasilkan varieti baru padi untuk tujuan keselamatan makanan, kedaulatan makanan dan mengurangkan risiko tidak cukup bekalan makanan asasi dalam negara. Walau pun SSL padi sekitar 70% setahun diperolehi masa kini, ianya perlu terus dipertingkatkan dengan menggunakan teknologi dan varieti baru untuk peningkatan produktiviti padi dalam negara. Pengenalan beberapa varieti padi seperti Padi Aerob, Padi Wangi dinegara kita masih belum mencapai tahap memuaskan. Artikel malam Jumaat ini saya meulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai varieti padi baru MR263 sekadar dijadikan bahan rujukkan. Risalah daripada gerai pameran Bahagian PTIF semasa sambutan 110 tahun di Dewan A, MAEPS, Serdang sempena keujudan Jabatan Pertanian Malaysia saya jadikan bahan rujukkan artikel tulisan kali ini.


Padi MR263 adalah hasil dari kacukan dua baka mutan iaitu SPM158 dan MR221. Varieti SPM158 adalah vareti yang dihasilkan dari mutasi aruhan varieti tradisional Kurau Wangi manakala varieti MR221 adalah baka hasil daripada mutasi aruhan baka kualiti Q31. Kacukan diantara SP158 dengan MR221 ini dilakukan pada Musim Utama tanaman padi tahun 2000/2001 yang bertujuan untuk meningkatkan hasil tuaian padi dalam negara. Ia juga dilakukan untuk meningkatkan kadar kerintangan terhadap perosak utama tanaman padi. Pemilihan titisan seterusnya dilakukan secara konvensional dan baka tersebut telah pun berjaya dinajukan untuk aktiviti penilaian hasil pada Musim Luar 2006 dan dinilai lagi pada sessi percubaan dalam penyesesuaian pada Musim Utama 2007/2008. Hasilnya adalah dimana padi varieti MR263 ini telah sesuai diedarkan dan ditanam dikawasan utama jelapang padi di Malaysia. Padi MR263 mwmpunyai masa matang yang cepat iaitu sekitar 97 - 104 hari selepas ditabur iaitu sekitar 8 hari lebih awal daripada MR219. Ia mempunyai ketinggian pokok lebih rendah daripada MR219 dengan 59 -71 cm berbanding dengan ketinggian 83-87 bagi varieti MR219. Pokok padi yang rendah lazimnya lebih tahan daripada masaalah rebah berbanding dengan padi yang tinggi. Walau bagaimana pun daun pengasuhnya agak panjang tetapi melentur sedikit jika terlalu panjang (Sila lihat foto hiasan disebelah). Mengenai komponen panjang tangkai padi, ia didapati memang setanding dengan MR219 dengan bentuk biji padi yang boleh dikategorikan sebagai bujur tetapi tidak sebujur MR219. Ini disebabkan oleh bijinya yang lebih pendek dan lebih lebar berbanding dengan MR219. Berat bijinya juga lebih rendah sedikit berbanding MR219. Pencirian tersebut membolehkan padi ini dijadikan varieti utama untuk ditanm oleh pesawah.


Varieti padi MR263 didapati mempunyai tahap kerintangan yang lebih baik daripada MR219 berdasarkan kepada prestasi yang ditunjukkan. Walau pun kedua-dua varieti ini dikategorikan sebagai sederhana rintang terhadap karah daun namun MR263 adalah lebih baik lagi. Namun kedua-dua MR219 dan MR263 adalah rentan terhadap karah tangkai (Sila lihat foto disebelah). Begitu juga dengan tahap kerintangan terhadap penyakit2 lain seperti hawar daun bakteria, penyakit merah virus dan serangan bena perang. Kajian psaintis juga mendapati varieti MR263 adalah lebih rentan berbanding dengan MR219 dari segi serangan Hawar Seludang. Laporan juga menyatakan peratus perolehan beras MR263 adalah lebih baik daripada MR219. Peratus perolehan beras kepala adalah 10% lebih tinggi daripada MR219. Walau pun ukuran biji berasnya hanya 6.21 mm panjang tetapi ia masih lagi dikategorikan dalam kategori beras panjang. Kandungan Amilos dalam beras varieti MR263 adalah rendah sedikit (1%) kurang daripada MR219. Beratnya juga sama kategori dengan beras MR219. Menganalisa mengenai kualiti, dari segi kelembutan dan juga kelekitan apabila dimakan adalah setanding. 


Prestasi hasil daripada percubaan dalam penyesesuaian baka padi varieti MR263 dilaporkan hanya sebanyak 2.63 metrik tan sehektar. Penanaman padi ini dinilai di lima lokasi iaitu di MADA, IADA Pulau Pinang, IADA PBLS, IADA Seberang Perak dan KADA. Pada umumnya hasil MR263 adalah lebih tinggi daripada hasi varieti MR219 yang mencatatkan 5.58 mt sehektar. Walau pun berlaku perbezaan hasil dituai varieti baru ini dengan MR219 akan tetapi kebanyakannya menyatakan dan medapati ia memang lebih tinggi hasilnya. Kajian menunjukkan varieti MR263 sesuai ditanam disemua kawasan jelapang padi  dan juga dikawasan tanah kurang subur berbanding dengan varieti MR219. Pakej amalan teknologi seperti 'Rice Check', MyGAP dan amalan agronomi tanaman padi varieti MR219 boleh digunakan untuk varieti MR263 kerana keduanya mempunyai keupayaan dan juga cara tindakbalas terhadap pembajaan yang sama. Penulis berharap dengan ujudnya varieti MR263 ini membolehkan pesawah akan dapat hasil pendapatan lebih baik dan kestabilan bekalan beras negara. Malaysia mensasarkan untuk meningkatkan tahap pengeluaran tanaman padi dan mengurangan pengimportan dimana akan datang. Wasalam!.
VARIETI MR263... BARU JENISNYA...
TANAM DI KADA...DAN JUGA MADA...
5.63 MT SEHEKTAR...POTENSINYA...
PESAWAH TANAM... JADI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 111, Hotel Leverage,
Jalan Mergong, Alor Setar,
Kedah, Malaysia.
(7 Safar 1437H)      

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...