KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, February 15, 2016

ALAT PENGANGKUT PAM AIR - 'HUNTER'

ALAT 'PUMP HUNTER' merupakan satu inovasi ciptaan pegawai-pegawai di Jabatan Pertanian Negeri Sembilan yang berjaya mengatasi masaalah mengangkut pam air daripada kawasan projek-projek pertanian yang sukar untuk dilakukan. Inovasi ini telah dibentangkan dalam Pertandingan Inovasi Jabatan Pertanian Tahun 2015. Melihat foto diatas mungkin ramai kurang tahu apakah kegunaan alat ini yang nampaknya mudah di buat dan simpel sahaja. Alat ini merupakan satu inovasi yang dicipta berasaskan kepada permasaalahan untuk mengambil pam-pam air yang rosak untuk diselenggara oleh unit kejenteraan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Pam Air merupakan komponen penting didalam projek-projek pertanian seperti Projek Tanaman Sayuran Berkelompok dan Projek TKPM dimana ia selalunya mermerlukan jenis pam air besar untuk membekelkan air kepada tanaman bagi keluasan yang besar. Sebanyak 452 projek pertanian telah dibekalkan dengan pam air besar yang mampu membekalkan air kepada lebih daripada 1,200 hektar kawasan pengeluaran makanan. Pam Air ini diletakkan ditepi kolam besar atau tepi sungai dimana sumber air diperolehi. Kedudukan pam air ini yang jauh dikawasan sukar untuk di lalui dengan kenderaan menyebabkan ia merupakan 'task' sukar untuk membawa pam air ke bengkel Jabatan Pertanian. Lazimnya penggunaan jentera seperti JCV akan digunakan untuk mengangkat pam air seberat 1.5 - 2.0 mt ini keluar dari rumah pam kepada lori. Ini memerlukan sewaan yang tinggi setiap kali untuk membawa pam air keluar dari kawasan projek untuk diselenggara secara berjadual atau diperbaiki kerana telah rosak teruk. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai inovasi sekumpulan pegawai dalam mengatasi masaalah untuk mengeluarkan pam air menggunakan teknologi Pump Hunter yang murah, cekap dan praktikal.  


Idea untuk mencipta 'Pump Hunter' ini dibincangkan dikalangan ahli kumpulan ketuka menghadapi masaalah untuk membaw keluar pam air yang berat dari kedudukannya dikawasan sukar untuk lori sampai kelokasi. Menggunakan bahan struktur besi dari trailer terpakai, ia telah diubahsuai dengan membuat tapak letak pam air, dipasang dua tayar, winch penarik pam berantai serta ciri-ciri keselamatan yang lain (Sila lihat foto diatas dan disebelah). Ia boleh ditarik dengan trekter, 4-WD atau lori dengan menyambung pada bahagian gandar. Dalam beberapa keadaan, cara untuk meyambung dengan belakang trekter adalah teknik yang paling sesuai dilakukan kerana trekter amat mudah untuk menghampiri rumah pam. Pump Hunter kemudian dicat dengan warna kuning agar ia kelihatan lebih menarik sesuai dengan namanya serta fungsinya. Setakat ini banyak ujicuba dilakukan dan sebenarnya alat ini telah digunapakai lebih dari 16 kali diseluruh negeri untuk mengambil pam air bagi tujuan selenggaraan. Alat ini amat membantu kumpulan unit kejenteraan untuk membawa keluar pam air dengan mudah, praktikal serta selamat. 


Apabila adal keperluan untuk membawa keluar pam air dari kawasan projek, unit kjenteraan pertanian di Chembong Negeri Sembilan akan membuat siasatan dahulu akan lokasi serta nombor pendaftaran pam air yang hendak dibawa keluar. Pam Air yang berat ini lazimnya diletakkan ditepi sumber air dalam rumah pm berkunci. Pump Hunter akan dibawa kelokasi dan pam air ditanggalkan dengan 'suction hose' dan 'delivery piping system' untuk dibawa keluar. Dengan menggunakan 'winch manual', maka pam air akan dinaikan keatas pump hunter dengan mudah walau pun ia melibatkan tenaganita terlatih. Pam Air yang berat ini akan naik dalam masa kurang 1 jam keatas pump hunter dan kemudian dipasang ciri keselamatan agar pam air diatas pump hunter tidak terjatuh atau tergelincir. Apabila siap dinaikkan, trektar atau 4-ED atau lori akan menarik keluar dari kawasan sukar ketepi jalan untuk dibawa terus bagi tujuan penyelenggaraan atau perlupusan (jika pam iar sudah sangat uzur). Alat ini hanya perlukan dua orang operator sahaja dan mudah dikendalikan. Ianya menjimatkan masa, kos dan mengurangkan risiko. Kerja-kerja untuk mengeluarkan pam air yang berat dan berisiko ini telah dapat di permudahkan dengan adanya alat Pump Hunter ini. Sebarang pertanyaan mengenai pump hunter ini anda boleh menghubungi Pengrah Pertanian, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Semuga tulisan ini menambahkan lagi ilmu pengetahuan anda dalam teknologi pertanian. Wasallam!. 

Pump Hunter mudah ditarik Trekter
Pump Hunter mendaki bukit yang sukar.
PAMP HUNTER... NAMA DIBERIKAN...
CIPTAAN MUDAH...ANAK TEMPATAN...
TEMPAT SUKAR... BUKAN HALANGAN...
PAM DIBAWA  KELUAR... MUDAHKAN?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 260, Ritz Garden Hotel,
Manjung, Perak,
Malaysia.
(20 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...