KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, December 10, 2015

PERUBAHAN IKLIM - FENOMENA



PERUBAHAN IKLIM atau 'climate change' atau 'Global warming' merupakan satu fenomena global yang semakin diperkatakan pada masa ini. Perubahan iklim adalah proses perubahan jangka panjang iklim dalam tempoh masa dari beberapa dekad ke berjuta tahun lamanya dimukabumi. Ia juga boleh merujuk kepada perubahan nyata dalam purata keadaan iklim, keberangkalian keadaan melampau atau pun mana-mana bahagian dalam sistem iklim dipermukaaan bumi, diudara dan lautan. Daripada rujukan rasmi lain ada menyatakan ia termasuk apa-apa perubahan bermusim jangka panjang dalam corak suhu (temperature pattern), pemendakan (sedimentation), kelembapan (Humidity), angin (wind) dan musim (seasons). Perubahan suhu merupakan satu fenomesa dimana suhu dimukabumi lazimnya akan terus meningkat lebih tinggi berbanding dengan sebelumnya. Kenaikan suhu dibumi akan menyebabkan perubahan sistem dan kehidupan dengan nyata dan menyebabkan kecairan ais dikutub. Ini menyebabkan paras air laut akan meningkat dan menyebabkan beberapa kawasan rendah pesisir pantai akan tenggelam. Ia berkait seterusnya dengan pemendakan dan perubahan kepada kelembapan sesuatu kawasan yang mengubah vegetation tumbuhan dan kehidupan organisma. Putaran angin dan kejadian ribut taufan juga semakin kerap melanda beberapa lokasi dimana taufan kencang ini akan merosakkan tanaman dan harta benda. Akibat perubahan iklim ini menyebabkan musim berubah secara perlahan-lahan dimana kawasan lazim pertanian dijangka semakin berkurangan akibat kesesuaian iklim berubah. Isu mengenai perubahan iklim sentiasa dibincangkan diperingkat global, nasional dan lokaliti dimana ia perlu melibatkan semua pihak daripada perancang, pelaksana dan kesedaran orang ramai. Ia memerlukan kempen berterusan kepada penduduk dunia agar cuba sedaya usaha mengurangkan kesan perubahan iklim ini dalam kehidupan mereka. Artikel subuh Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perubahan iklim dunia dan perkara berkaitan dengannya sebagai bahan bacaan.


Perubahan iklim kini boleh berlaku pada rantau atau lokasi tertentu atau pun ia berlaku diseluruh bumi. Apa yang nyata adalah perubahan-perubahan ini boleh berpunca daripada proses-proses dinamik yang sedang berlaku di Bumi dimana ada daya-daya luaran termasuk kelainan pada kepanasan cahaya matahari dan baru-baru ini juga kesan perlakuan dan kegiatan manusia. Penebangan kawasan hutan, asap daripada industri kilang, pencemaran udara, kesan rumah hijau (green house effect) dan beberapa faktur lain mengundang berlakunya perubahan iklim. Dalam penggunaan perkataan mengenai iklim terkini, khususnya jika dibincangkan didalam konteks dasar alam sekitar, istilah "perubahan iklim" selalu merujuk kepada perubahan iklim masa kini yang ramai akan tertumpu kepada perkara asas mengenai pemanasan global sahaja (global warming). Mungkin dikalangan orang ramai dan penduduk kampong dan petani kurang mengetahui akan perkara ini secara khusus. Umumnya dimana ada siaran media eletronik dan media cetak serta terkini capaian kepada internet melalui telefon pintar penulis boleh katakan perkara perubahan iklim ini sudah diketahui umum. Bagaimana pun kefahaman ini setakat asas sahaja berbanding dengan mereka yang pakar dalam bidang kaji cuaca. Pengalaman penulis bertemu dengan beberapa ramai petani dan usahawan mereka tahu akan perkataan El-nino, La-Nina, Kemarau, Banjir, Taufan dan sebegainya sebagai perubahan iklim secara mikro. Selalunya maklumat mengenai sukatan suhu diambil melalui pelbagai zaman dengan beberapa info dikutip dari sumber-sumber data yang ada danmelihat rekod suhu. Kutipan data ini diambil dan dianalisa untuk melihat trend perubahan iklim mengikut masa, kawasan, kesan lain dan sebagainya.


Mungkin banyak sebab yang menjurus kepada berlakunya perubahan iklim (climate change). Kini soalan ini begitu banyak diperdebatkan kerana perubahan iklim boleh berlaku disebabkan proses semula jadi dan kegiatan manusia dan juga sistem iklim yang kompleks. Forum Climate Change 2015 yang diadakan di Paris pada 30 November 2015 dihadiri oleh banyak negara dan juga pemmpin-pemimpin dunia. Ia membincang isu perubahan iklim secara global yang menuntut [penglibatan semua negara. Kini terdapat bukti baru dan kuat bahawa pemanasan iklim selama 50 tahun lepas adalah disebabkan oleh kegiatan manusia sendiri. Daripada kajian yan dijalankan saintis dengan mengambil dan menganalisa ketulan ais yang diambil dari Kutub purba Antartika menunjukkan tahap karbon dioksida yang tinggi dari 650,000 tahun dahulu. Lebih banyak karbon dioksida kini berada di atmosfera dimana ini bermakna suhu permukaan bumi yang semakin panas. Dalam laporan 2007 Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), badan itu menyimpulkan lebih daripada 90 peratus penyebab pemanasan sejak 50-60 tahun adalah disumbangkan oleh manusia.


Sumbangan manusia kini termasuk peningkatan tahap gas (Gases) yang memerangkap haba (gas rumah hijau) seperti karbon dioksida di atmosfera bumi. Satu cara manusia menyumbang kepada gas rumah hijau adalah dengan membakar bahan api. Contohnya penggunaan arang batu, minyak petrolium dan gas asli untuk menghasilkan elektrik, memanaskan rumah, memberi kuasa kepada kilang dan kereta. Perubahan corak penggunaan tanah menyumbang juga. Pokok dan tumbuhan adalah hidupan yang menggunakan karbon dioksida (CO2) dan kemudian melepaskan oksigen (O2). Apabila pokok dipotong untuk tujuan pembangunan, pertanian dan tujuan lain kama ia tidak lagi boleh menggunakan karbon dioksida dan juga melepaskan oksigen. Pokok-pokok ini sebenarnya dapat melepaskan karbon dioksida apabila ia mereput dan dibakar. Sebenarnya dengan meningkatnya karbon dioksida dan gas rumah hijau lain meningkat, lebih banyak haba terperangkap dan suhu dunia pun naik. Ini menyebabkan perubahan ketara dalam panjang dan pendek musim. Kenapa perubahan iklim membimbangkan kepada hidupan dimukabumi merupakan perkar yang perlu ada kesedaran awam (public awareness). Sebenarnya perubahan iklim membawa kesan yang serius kepada dunia. Contohnya, saintis dari IPCC meramalkan pemanasan laut dan pencairan glasier kerana pemanasan global dan perubahan iklim boleh meningkatkan aras laut kepada 7-23 inci menjelang tahun 2100. Di seluruh dunia, masyarakat yang menghuni persisiran pantai dan infrastruktur yang menyokong mereka (seperti bangunan dan rumah, jalan, pelabuhan dan loji rawatan air) boleh terjejas. Mereka mungkin menghadapi banjir atau ribut kuat yang merosakkan. Di kawasan mendatar, pantai mungkin beralih beberapa batu ke kawasan dalaman. Kesan lain adalah seperti banjir, kemarau yang boleh menjadi lebih kerap dan teruk. Perubahan suhu juga memberi kesan kepada kelembapan tanah yang boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia dan benda lain termasuk ekosistem semula jadi, pertanian dan bekalan makanan, hutan, sumber air, penggunaan tenaga dan pengangkutan. 


Kadar kematian akibat perubahan iklim dengan kenaikan suhu telah dikaji dengan teliti pada tahun 2000 (Sila lihat rajah dibawah). Benua Afrika merupakan antara lokasi yang akan terjejas teruk akibat perubahan iklim dimana kadar kematian dianggarkan sekitar 70-120 orang setiap 1 juta orang yang ditandakan dengan warna merah kuat. ini diikuti dengan kadar kematian sekitar 40 - 70 orang setiap 1 juta yang ditandakan dengan warna oren. Kemudian jika kadar kematian diantara 2-4 orang setiap 1 juta ditanda dengan warna hijau dan antara 0-2 orang setiap 1 juta ditandakan dengan warna hijau. Negara kita Malaysia dengan penduduk seramai 30.3 juta pada tahun 2015 diberikan warna HIJAU dimana kemungkinan kadar kematian diantara 0-2 orang setiap sejuta orang atau hampir tiada langsung. Negara maju kebanyakannya adalah kurang risiko kematian akibat perubahan iklim kerana mereka mempunyai stok bekalan makanan yang mencukupi dan pelan tindakan yang dirancang dengan strategik. Sekian. Wasallam!.



PERUBAHAN IKLIM...SATU DUNIA...
KENAIKAN SUHU... AMAT DIRASA...
BANJIR KEMARAU...IA KETARA...
SEMUA ORANG... KENA WASPADA...

By,

M Anem,
Senior Agronomist,
Room 268. Hotel Serena Faisalabad,
Faisalabad, Punjab,
Pakistan.
(4 Disember 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...