KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, December 26, 2015

KELDAI

KELDAI (Equus africanus asinus ) atau DONKEY adalah merupakan sejenis haiwan mamalia dari keluarga Equidae dan amat jarang ada di Malaysia sebagai haiwan peliharaan. Keldai sering dikaitkan dengan haiwan yang amat taat kepada manusia dan ia juga merupakan haiwan jinak yang digunakan untuk pengangkutan dan juga kerja-kerja lain. Dikebanyakan negara yang ada keldai, mereka gunakan untuk menarik kereta kuda ataupun membajak ladang dalam sektor pertanian. Dalam beberapa laporan dinyatakan bahawa keldai boleh memiliki anak campuran dengan kuda. Anak kuda betina dan keldai jantan disebut sebagai 'baghal' atau 'mule' yang mana kita faham dalam bahasa kita sebagai 'bodoh'. Selalu juga kita ada mendangar orang mengatakan 'Baghal engkau' yang membawa maksud 'bodoh engkau'. Anak keldai betina dan kuda jantan disebut 'hinny'. Baghal juga merupakan jenis haiwan yang telah digunakan untuk tujuan pengangkutan manusia dan benda dengan cekap dan amat reliable. Haiwan ini telah dijdaikan haiwan pengangkutan dan dipelihara oleh manusia semanjak 5,000 tahun dahulu. Ia telah disebarkan keseluruh dunia dimana populasinya hanya banyak dibeberapa negera tertentu yang masih memerlukan keldai ini sebagai haiwan untuk pengangkutan awam. Penulis yang baru-baru ini melawat negara Pakistan di Faizalabad dan Lahore dan Punjab memasukki beberapa kampong dan mendapati penggunaan keldai sebagai penarik kereta membawa pelbagai hasil pertanian seperti kapas yang masih sangat signifikan (Sila lihat foto dibawah). Artikel pada subuh ini saya menulis kali ke 3,698 dalam "Anim Agro Technology" mengenai keldai untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.


Keldai merupakan sejenis haiwan yang berkaki empat dengan mempunyai pelbagai saiz dan ketinggian. Lazimnya ketinggiannya adalah diantara 80 - 100 cm dengan berat badan diantara 80 - 480 kg bergantung kepada jenis dan cara pengurusannya. Jangkahayat keldai dinegara miskin didunia adalah pendek sekitar 12-15 tahun berbanding dengan jangkahayat umur dinegara maju sekitar 30 - 50 tahun disebabkan oleh cara penjagaan dan makanan yang diberikan serta pengurusan kesihatan haiwan tersebut. Keldai boleh sesuai berada dikawasan gurun sederhana dengan menghasilkan bunyi yang walau pun tidak berapa kuat tetapi boleh didengar sejauh 3 kilometer jauhnya. Keldai mempunyai saiz telinga yang besar yang membolehkan ia mendengar bunyi dari keldai lain dengan jelas. Keldai akan mempertahankan dirinya jika diganggu oleh pemangsa cara dengan menendang menggunakan kaki belakang dan depan serta boleh mengigit gunakan giginya. Keldai liar sering dijadikan makngsa oleh haiwan pemangsa lain seperti serigala, hyena, singa dan harimau. Bagaimana pun keldai juga merupakan haiwan yang boleh berlari agak laju untuk menyelamatkan dirinya. Paling hebat adalah dimana keldai mampu menarik bebanan yang lebih berat atau isipadu banyak ditarik dibelakangnya dalam sektor pertanian (Sila lihat foto disebelah). Keldai juga apa yang saya perhatikan di Pakistan, mudah mengikuti arahan tuannya terutama dalam kesesakan lalulintas di Bandar Faisalabad, Lahore dimana ketika lampu trafik merah, kuning ia akan berhenti mengikut arahan tuannya. Ia juga tidak hairan dengan kesesakkan kenderaan bermotor seperti motorsikal, kereta, lori, bas dan sebagainya. Ia akan terus bergerak diatas jalanraya dengan arahan yang jelas dari tuannya. 


Keldai akan matang dalam masa 12 - 14 bulan sebelum ia bersedia untuk terus beranak. Jangkamasa mengandung selama 12 bulan dimana selalunya hanya melahirkan seekor sahaja. Amat jarang keldai melahirkan dua ekor anaknya (Sila lihat foto disebelah). Keldai dilihat sebagai haiwan yang jinak, bijak, playful dan mudah diajar apabila pemilik keldai telah dapat kepercayaan daripada keldai tersebut. Bagaimana pun sebenarnya amat sukar untuk mennjinakkan keldai yang baru hendak kenal dengan pemiliknya dan perlukan banyak latihan serta kesabaran. Dari segi populasi terdapat sebanyak 41 juta ekor keldai diseluruh dunia dengan negara China sahaja mempunyai sebanyak 11 juta ekor. Ini diikuti dengan negara Pakistan, Ethiopia dan Mexico. Kajian oleh FAO mendapati populasi keldai semakin meningkat saban tahun terutama dibeberapa negara tertentu yang menghadapi krisis tenaga walaupun secara realitinya ia menurun darpada 43.7 juta pada 1995 kepada hanya 41 juta pada 2006. Pakistan antara negara yang mana populasi keldai meningkat kerana negara tersebut mempunyai krisis tenaga (Bekalan eletrik di hotel sya menginap - Serena Hotel Faisalabad pun dicatu dengan menggunakan generator setiap 8 jam beroperasi). Kita di Malaysia menerima bekalan eletrik 24 jam sehari, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun dengan jarang-jarang ada gangguan bekalan eletrik. Baru tahu nikmat sebenar tinggal di Malaysia.


Keldai adalah kenderaan pengangkutan yang termurah didunia terutama digunakan untuk sektor pertanian (Sila lihat foto disebelah). Ia juga digunakan sebagai sumber tenaga untuk menenggala (plough) tanah, memusingkan pengisar gandum, melerai bijirin dan juga menjalankan pam air dinegara miskin. Ia berbeza dengan kedudukan keldai dinegara maju dimana ia dijadikan haiwan peliharaan (pets), dijadikan haowan dalam sektor pelancongan untuk kanak-kanak menunggangnya dan beberapa tujuan lain. Dilaporkan tidak banyak keldai diternak untuk tujuan mendapatkan daging dan susunya. Hanya sekitar 1,000 ekor daripada 41 juta ekor keldai yang disembeli untuk dijadikan daging keldai dengan anggaran pengeluaran daging sekitar 100 mt sahaja. Itu pun hanya beberapa negara sahaja yang makan daging keldai sebagai makanan eksotik mereka seperti di China dan Italy. Keldai adalah jenis haiwan meragut dimana kebanyakannya ia hanya meragut tumbuhan yang rendah kualitinya dinegara miskin berbeza dengan negara kaya. Ia boleh makan jerami padi atay hay terutama pada musim sejuk dan masih bertenaga untuk berkerja kuat. Keujudan keldai dinegara tertentu masih dilambangkan sebagai kemiskinan dimana keldai masih memainkan peranan penting dalam kehidupan harian mereka berbanding dengan negara maju yang menggunakan jentera moden. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.
HAIWAN KELDAI... JINAK DAN MANJA...
NEGARA PERTANIAN.. BANYAKNYA DIA..
JUMLAH POPULASI... ADA 41 JUTA...
MASIH BERFUNGSI... PELBAGAI GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(10 RabiulAwal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...