KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, December 13, 2015

AIR ADA PASANG ADA SURUT


Perumpamaan AIR ADA PASANG ADA SURUT sering digunakan oleh masyarakat kita dalam membuat ayat atau kiasan. Perumpamaan ini memberi makna atau maksud sebagai "Nasib seseorang tidak tetap. Ada kalanya untung adakalanya rugi". Perkara ini sering berlaku dalam dunia perniagaan dan juga karier seseorang dalam menjalani kehidupan seharian. Ia juga dikaitkan dengan rezeki yang diterima oleh seseorang atau syarikat atau negara yang sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi dunia dan tempatan. Kiasan ini paling selalu digunakan dalam dunia perniagaan dimana setiap satu pusingan tanda aras ekonomi dunia akan turun dan naik (Lazimnya pusingan setiap 10 tahun sekali). Banyak faktor yang menyebabkan keadaan ekonomi dunia ini turun naik diantaranya faktur iklim. bencana alam, pasaran harga minyak, peperangan, krisis ekonomi dan beberapa lagi. Sebagai contoh syarikat gergasi PETRONAS telah membuat keuntungan besar semenjak beberapa puluh tahun tetapi pada tahun 2015 dilaporan hanya untung sedikit akibat harga pasaran minyak mentah dunia yang jatuh teruk. Keadaan ini mngkin memberikan keuntungan kepada orang lain (pengguna) tetapi tidak kepada pemain industri. Peribahasa lama ini atau perumpamaan ini amat sesuai dilihat oleh semua orang dimana ia membolehkan kita untuk membuat perancangan dalam menjalani ujian hidup. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" mengenai sebuah peribahasa lama yang dibincangkan sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Pasang surut laut merupakan suatu fenomena pergerakan naik turunnya permukaan air laut secara berkala yang diakibatkan oleh kombinasi gaya gravitasi dan gaya tarik menarik dari benda-benda astronomi terutama oleh matahari, bumi dan bulan. Kejadian ini menyebabkan ujudnya keadaan air pasang (naik tinggi) dan air surut (air turun rendah) terutama di permukaan laut dan pesisir sungai atau kuala. Pengaruh benda angkasa lainnya dapat diabaikan karena jaraknya lebih jauh atau ukurannya lebih kecil (Sila lihat foto disebelah). Faktor non-astronomi yang mempengaruhi keadaan air pasang dan surut terutama di lokasi perairan separa-tertutup seperti teluk adalah bentuk garis pantai dan topografi dasar perairan. Puncak gelombang disebut pasang tinggi dan lembah gelombang disebut pasang rendah. Perbezaan vertikal antara pasang tinggi dan pasang rendah disebut rentang pasang surut (tidal range). Jangkamasa waktu pasang surut adalah waktu antara puncak air tertinggi dan seterusnya surut paling rendah dipermukaan air yang sering disebut sebagai 'air mati'. Proses pasang dan surut ini berulang setiap 12 jam dan berubah-ubah mengikut lokasinya. Terdapat beberpa laporan yang penuis rujuk dimana jangkamasa waktu pasang dan surt adalah diantara selama 12 jam 25 minit hingga 24 jam 50 minit.

Kejadian 'Pasang Penoh' atau juga dipanggil sebagai 'Pasang purnama' atau dalam bahasa inggersi sebagai 'spring tide' terjadi ketika bumi, bulan dan matahari berada dalam suatu garis lurus. Pada masa ini permukaan air akan naik pasang tinggi atau juga sangat tinggi (Sila lihat foto disebelah). Sebaliknya jika berlaku keadaan surut maka paras permukaan air adalah dalam keadaan sangat rendah.  Kejadian pasang surut purnama ini terjadi semasa keadaan bulan baru dan bulan purnama (bulan penoh). Terdapat juga keadaan pasang 'pasang perbani' atau neap tide yang terjadi ketika bumi, bulan dan matahari membentuk sudut tegak lurus. Padamasa itu akan dihasilkan pasang tinggi yang rendah dan pasang rendah yang tinggi. Pasang surut perbani ini terjadi pasa saat bulan 1/4 dan 3/4. Jenis pasang surut ini ditentukan oleh kekerapan berlakunya air pasang dan surut setiap hari. Hal ini disebabkan berlaku perbezaan tidakbalas pada setiap lokasi terhadap kejadian fenomena pasang dan surut. Terdapat kawasan dimana ia mengalami satu kali pasang dan satu kali surut dalam satu hari. Kawasan ini dikatakan kawasan yang mengalami kejadian pasang dan surut harian tunggal (diurnal tides). Bagaimana pun ada juga kawasan yang terjadi dua kali pasang dan dua kali surut dalam sehari dimana ia dikatakan kejadian pasang dan surut harian berganda (semidiurnal tides). Bagaimana pun ada dilokasi lain dimana ia merupakan peralihan antara jenis pertama dengan jenis kedua. Keadaan ini dipanggil sebagai fenomena jenis pasang surut campuran (mixed tides).

Kejadian pasang surut membolehkan air berarus dan ia amat signifikan oleh nelayan dalam menangkap ikan. Pengalaman penulis yang pernah bertugas di Daerah Mersing dan sering turun kelaut agak mahir dalam mengenali air pasang dan surut untuk aktiviti memancing ikan (Sila lihat foto disebelah). Sewaktu tiada arus iaitu Pasang Penoh dan Air Mati semasa surut terendah lazimnya ikan laut tidak akan makan umpan pancing yang diberikan. Kemudian ketia arus mulai naik atau turun baru ada arus dimana masa ini jika memancing maka akan ada ikan yang makan umpan pada pancing. Peribahasa ini sesuai dihgunakan oleh pemancing hobi dilaut dimana ia kadang-kadang memberikan tangkapan ikan melalui cara memancing yang baik atau kadang-kadang tiada tangkapan langsung. Itulah sebabnya aktiviti memancing perlukan kemahiran, kelengkapan alatan, umpak yang baik, tekong bot yang handal dan doa untuk mendapatkan rezeki daripada Allah jua. Dalam perniagaan juga sering berlaku keadaan dimana berlaku kadang-kadang untung dan kadang-kadang kurang pendapatannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog. Wasallam!...
ADA AIR PASANG...ADA SURUT...
MASA SENANG. JANGAN KEDEKUT...
MASA SUSAH...JANGANLAH TAKUT...
FAHAMI PERIBAHASA...KENA IKUT...
  
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(14 Safar 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...