KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, December 4, 2015

LIDAH BUAYA - APA GUNANYA

LIDAH BUAYA (Aloe vera) merupakan sejenis tumbuhan jenis herba yang semakin popular dikalangan usahawan untuk menanamnya. Tumbuhan ini adalah jenis herba lembut daripada keluarga Xanthoreaceae yang mudah ditanam dan dijaga. Beberapa petani tempatan di Johor dan Pahang serta Perak menanam lidah buaya scara komersil untuk diproses menjadi pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Kini masih belum banyak kajian klinikal dan testimoni dilakukan tentang kegunaan produk lidah buaya. Perkara ini adalah penting dijalankan oleh pengusaha tanaman lidah buaya untuk tujuan promosi dan pasaran produk berasaskan lidah buaya. Lidah buaya adalah tumbuhan yang telah lama digunapakai oleh masyarakat tempatan. Antaranya adalah untuk beberapa tujuan termasuk untuk menyuburkan rambut, pemulih luka serta untuk perawatan kulit. Tumbuhan yang mendapatkan nama Latin Aloe vera ini boleh tumbuh dengan baik pada kawasan kering seperti negara Afrika apa lagi kalau ditanam dinegara kita yang tanahnya subur dan banyak air. Tanaman ini memang mudah ditanam di Malaysia, Indonesia dan negara-negara ASEAN yang lain sebagai tanaman herba yang boleh dikomersilkan. Pemerhatian oleh penulis menunjukkan perkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi penanaman lidah buaya cepat berkembang kerana ia mudah dipelajari dan juga mudah diusahakan oleh petani biasa asalkan ada jaminan pasaran bahan mentah.  Kalau dulu ia cuma dianggap tanaman hiasan sahaja kini lidah buaya telah diproses dan diangkat untuk menjadi produk bernilai tinggi seperti produk untuk perawatan kulit, menjadi bahan asas farmasi dan bahan asas kosmetik dalam industri rawatan kecantikan. Pada masa sama pengusaha menggunakan lidah buaya sebagai bahan makanan ataupun minuman kesihatan. Tahukah anda bahawa lidah buaya merupakan satu dari 10 jenis tanaman terlaris di dunia?. Mungkin ramai kurang pasti akan perkara ini disebabkan ianya masih baru lagi di negara kita. Artikel pagi Selasa ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat dan kegunaan tumbuhan lidah buaya sekadar pencetus minda pembaca blog ini secara santai.

Apakah yang sebenarnya terdapat dalam tanaman herba lidah buaya yang berlendir dan berwarna hijau ini?. Kalau anda ambil bahagian daun dan apabila dipotong akan menghasilkan lendir yang pekat dan isi seperti agar-agar atau Jelly (Sila lihat foto disebelah). Kegunaan asas lidah buaya memang banyak dibuat kajian dimana memang disahkan ia mengandungi bahan kimia seperti enzim, asid amino dan polisacaride. Bahan seperti vitamin juga ujud dalam tumbuhan ini untuk digunakan. Kajian juga menunjukkan bahan dari tanaman ini berfungsi sebagai anti peradangan, anti kulat, anti bakteria dan membantu didalam meregenerasi sel-sel yang mati dalam tubuh manusia. Pengambilan lidah buaya dengan cara diambil minuman tanpa gula (pemanis tiruan) dipercayai baik bagi penderita diabetes, hipertensi/hipotensi dan kanser. Bagi tujuan stimulasi kekebalan tubuh dan HIV/AIDS ia didakwa amat berkesan. Bagaimana pun banyak para pengeluar produk berasaskan lidah buaya hanya menggunakan testimoni untuk promosi produk yang dihasilkan. Ujian klinikal yang benar-benar memberikan jawapan masih belum banyak dilakukan. Ini menyebabkan produk lidah buaya seperti juga produk herba tempatan lain masih sukar untuk menembusi pasaran antarabangsa. Banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkaitan bagi mendapatkan hasil kajian klinikal untuk mengukuhkan lagi produk lidah buaya dipasaran global.


Apa pun kita akan terus membincangkan beberapa menafaat mengenai produk dari lidah buaya ini. Antara dakwaan adalah dimana ia mampu mencegah kebotakan rambut (Sila anda lihat foto disebelah). Bahan dari tanaman ini mampu untuk mencegah kebotakan disebabkan oleh kandungannya bahan berguna seperti vitamin pada rambut yang mulai beruban atau mudah gugur. Anda boleh menyapukan terus lendir atau jus lidah buaya di sekitar kulit kepala secara rata dan sebaiknya dibiarkan selama 20 minit kemudian dibilas menggunakan air bersih. Kalau masih kurang pasti kesannya boleh dijadikan seperti shampoo rambut untuk menghasilkan kesan lebih baik. Tumbuhan Lidah Buaya juga mampu mengubati gigitan kesan serangga seperti nyamok, semut dan serangga kecil lain. Caranya dengan menyapukan lendir pada lokasi dimana ada kesan gigitan serangga tersebut. Rasa yang sejuk dan lembab dari gel lidah buaya ini boleh mengubati luka yang timbul akibat gigitan serangga atau kesan lainya. Ia juga mempu mengurangkan rasa pedih dan gatal pada luka akibat gigitan serangga tersebut. Ketiga adalah dakwaan dimana lidah buaya mampu untuk melawan racun dalam tubuh. Ini kerana racun yang masuk ke dalam tubuh manusia akan mengakibatkan kerosakan organ dalaman sehingga ia perlu dibuat pecegahan. Salah satu teknik boleh diguna adalah dengan gunakan lidah buaya iaitu dengan membuat dan minum jus gel lidah buaya yang segar. Kandungan bahan antioksidan didalamnya sangat baik untuk meghapuskan radikal bebas (toksik) sehingga mampu mengeluarkan racun dari dalam tubuh.


Kalau kekurangan unsur vitamin dalam badan adalah baik untuk mengambil bahan lidah buaya. Ini kerana ia boleh memenuhi keperluan vitamin untuk tubuh manusia kerana didalamya ada terdapat vitamin A, B1, B6, B2, B12, C dan E serta Asid folate yang kesemuanya sangat diperlukan oleh tubuh (Sila lihat foto disebelah). Selain itu juga lidah buaya kaya dengan bahan Natrium, zat besi, kromium, kalium, manganese, magnesium dan zink yang akan menyeimbangkan keperluan elektrolit pada tubuh. Gunakan lendir lidah buaya bangi mengatasi jerawat. Caranya dengan menyapukan gel lidah buaya yang sudah terpotong menjadi beberapa bahagian di permukaan kulit wajah yang ada masaalah jerawat dan dibiarkan selama 15 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Selain itu lendir lidah buaya adalah bahan pelembab kulit secara semulajadi. Ia mampu untuk mengatasi kulit kering dan mampu menjaga kadar kelembapannya. Caranya dengan menyapukan gel lidah buaya pada kulit yang kering dan dibiarkan beberapa minit dan basuhlah menggunakan air bersih. Kepada mereka yang ada masaalah pencernaan (susah buang air besar) adalah disyorkan untuk anda cuba mengambil jus lidah buaya secara teratur dimana ia akan menjaga sistem pencernaan dengan baik. Ini kerana ada kandungan mineralnya membantu melancarkan organ pencernaan untuk bekerja secara optimal. Kelapan adalah dakwaan dimana lendir lidah buaya adalah sebagai bahan antioksidan semulajadi yang sangat baik untuk mencegah radikal bebas yang tidak lerai di dalam tubuh. Ia juga mampu untuk meminimakan aktiviti penyebaran sel-sel kanser dalam tubuh. Mengambil jus lidah buaya secara teratur adalah digalakkan untuk mendapatkan khasiatnya.


Adakah anda mempunyai masaalah kelumumur?. Ramai orang dikawasan Asia Tropika yang mempunyai iklim panas dan lembab dengan isu kelumumur atau bahasa Indonesia dipanggil sebagai 'ketombe'. Ia menjadi masaalah kepada mereka yang ada kelumumur kerana mengakibatkan rasa kegatalan pada kepala terutama mereka yang bertudung dan berpeluh. Berbagai produk kimia moden dengan iklan shampoo didakwa mampu menghilangkan masaalah kelumumur. Apa kata anda menggunakan lidah buaya untuk mengatasi masaalah ini. Ini kerana banyak testimoni yang menyatakan lendir lidah buaya mampu untuk menghilangkan kelumumur. Ini adalah sama dengan kesan penggunaan buah mengkudu. Kesan lendir dari lidah buaya boleh diguna untuk mengatasi masalah kelumumur dengan menyapukannya pada rambut. Sapukan pada permukaan kulit rambut secara menyeluruh dan diamkan selama 1 jam dan kemudian perlu dibilas dengan menggunakan shampoo biasa sehingga bersih. Ulangi proses sehingga masaalah kelumumur pada anda selesai. Pastikan menggunakan bahan asli lidah buaya yang segar yang ditanam dirumah anda sendiri. Demikianlah beberapa kegunaan Lidah Buaya yang ditulis untuk tujuan Kesihatan dan Kecantikan yang perlu anda tahu. Anda juga sebaiknya mampu menggunakan bahan semulajadi ini sebagai rawatan alternatif terutama bagi menjaga tahap kesihatan dan kurangkan menggunakan produk dari bahan kimia. Penulis berharap coretan kali ini memberikan info berguna kepada anda pembaca blog 'Anim Agro Technology' iaitu artikel ke 3,515 ini. Wasallam!.





LIDAH BUAYA... IA ADALAH ALOE VERA...
MUDAH DITANAM... DIMANA-MANA...
LENDIR DIGUNA... RAWATAN SEGERA...
MARI MEMBACA... APA KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room Orchid, Hotel Concorde,
Shah Alam, Selangor,
Malaysia.
(25 Zulkaedah 1436H)
Posting dari:
Serena Hotel, Faisalabad,
Punjab, Pakistan pada 4 Dec 2015
(Workshop on Climate Change - resilient to Agriculture System 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...