KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, December 11, 2015

LINTAH DARAT

Ramai orang di Malaysia mungkin pernah mendengar atau menggunakan bidalan LINTAH DARAT iaitu sebuah peribahasa dua patah perkataan. Perkataan atau sebutan 'lintah darat' ini bermaksud "Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi". Ia memang sering ada digunakan dalam bahasa persuratan, media cetak dan media elektronik dalam menyatakan berlakunya perbuatan kurang baik dikalangan peniaga atau jurujual yang selalu mengambil keuntungan yang berlebihan menyebabkan kerugian kepada pembeli. Selalu terbayang bagaimana karakter lintah darat yang dilakonkan dalam filem dan drama dimana mereka akan kelihatan bengis dan jahat tetapi sebenarnya bukan begitu. Lintah darat digunakan oleh bijak pandai zaman dahulu bagi menjelaskan haiwan ini akan terus melekat dan mengigit mangsanya sama ada disedari atau tidak sehingga ia kenyang dan jatuh ditanah. Sihat lintah yang pelahap ini memang sama dengan haiwan 'pacat' yang berada pada tanah dikawasan hutan lembap. Kedua-dua hidupan ini memang hebat kerana ia dikatakan mengigit dengan gigi tajam pada kulit manusia dan haiwan lain tanpa dirasai kerana dipercayai ada cecair yang dikeluarkan menyebabkan  ia tidak rasa sakit dan darah yang keluar tidak membeku (No Blood clotting). Ia akan menyedut darah untuk kegunaan biologi bagi proses kehidupan lintah bagi menghasilka populasi mereka. Lintah adalah haiwan yang hidup dalam air tetapi boleh mengigit mangsa didarat dan lama hidup diatas darat. Peniaga yang mempunyai sikap seperti lintah darat lazimnya akan menjual produk mereka dengan keuntungan berkali ganda atau memberikan hutang dengan kadar bunga yang amat tinggi atau menjual barang bukan oriinal dengan harga yang mahal dan pelbagai lagi bentuk penipuan dan keuntungan. Pada penulis pasaraya besar merupakan antara contoh lintah darat yang kurang disedari oleh ramai pengguna. Selalunya mereka akan mengadakan 'Jualan Promosi', "Jualan Akhir Tahun" atau pelbagai kempen lagi pada waktu tertentu. Walau pun ada kemungkinan ia menjual barangan dengan harga potongan 10 - 70% dengan benar tetapi penulis sering membuat perbandingan harga. Kadang-kadang seluar slack panjang lelaki yang biasa berharga RM100 sehelai akan di naikkan harga kepada masa promosi dengan harga RM300. Tag pada promosi adalah diskaun sebanyak 20 - 50% seluar tersebut yang sebenarnya harganya adalah jauh lebih mahal (RM150.00 jika potongan 50%). Ini adalah jenis Lintah Darat profesional yang kurang dirsai oleh pengguna. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" secara teknikal hidupan lintah yang boleh digunakan sebagai bahan rujukkan pembaca semua. 


Terdapat banyak jenis lintah yang ujud didunia dimana di Malaysia saya akan bincangkan dua Jenis iaitu LINTAH BIASA dan LINTAH BULANLINTAH (Hirudo medicinalis) merupakan sejenis haiwan analid dari subklas Hirudenea yang terdapat di negara kita dan ramai orang takut kena gigitan lintah (Sila lihat foto disebelah). Lintah atau dipanggil sebagai 'Leech' dalam bahasa Inggeris merupakan haiwan yang boleh hidup pada air tawar, air laut dan juga dikawasan daratan (Mungkin anda tahu haiwan seperti lintah iaitu 'pacat' dikawasan hutan). Lintah mampu menghisap darah sebanyak 5-15 ml iaitu sebanyak 4-5 kali ganda dari berat badan lintah setiap kali makan. Ini yang ajaib mengenai lintah yang dulu liar dan kini mula di ternak untuk tujuan komersil menghasilkan minyak lintah dan juga dijadikan bahan perubatan serta kesihatan dengan teknik berbekam yang juga menggunakan lintah. Kalau dahulu saya cukup takut dan geli kena gigitan lintah ketika kerja dalam sawah padi di Sawah Ring, Muar tetapi kini ternakan lintah telah pun di komersilkan oleh ramai usahawan di Malaysia. Lintah merupakan golongan Olegochaeta iaitu haiwan yang mempunyai kulit analid sebagai organ badan yang mampu mengembang dan merembeskan cecair. Saya ada menulis artikel mengenai lintah (Sila klik disini). Lintah seperti juga cacing merupakan haiwan Hemaprodit iaitu mempunyai kedua-dua organ pembiakan Jantan dan Betina setiap ekor yang cepat membiak dengan sendiri. Saiz badan lintah bergantung kepada spesis lazimnya sekitar 5.0 - 10.0 cm dengan warna kulit coklat kehitaman atau hitam atau kekuningan bergantung kepada keadaan keliling. Bahagian kepala mempunyai mulut dan bergigi untuk menghisap darah daripada mangsa sehingga kenyang. Setelah kenyang maka lintah lazimnya akan melepaskan gigitan dan akan meneruskan proses penghadaman melalui 34 segmen yang terdapat pada badan lintah.


LINTAH BULAN (Arion sp.) atau SLUGS merupakan sejenis haiwan dalam kumpulan Molluska Gastropod yang terdapat di kawasan lembab dimana tidak mempunyai cengkerang atau mempunyai yang ada sedikit cengkerang. Artikel mengenai lintah bulan saya terbitkan pada Marcg 2015 (Sila klik disini). Dalam bahasa kampung sering juga haiwan ini dipanggil sepagai Siput Bulan yang sering melekat pada cawan getah didalam kebun getah dijumpai ketika menoreh getah. Saya kenal akan haiwan ini dan memang 'Geli Sangat' kalau terpegang pada cawan getah ketika memungut getah lantun dahulu dikampong. Walau pun haiwan ini 'mengejutkan' kita ketika terpegang tetapi kita tidak sampai hati dan kesian hendak membunuhnya. Haiwan ini juga sering didapati disekitar pasu bunga dikeliling rumah terutama pada malam hari yang makan pucuk tanaman. Mungkin tidak ramai diantara kita mengenali marfologi dan taksonomi serta habitat haiwan ini yang merupakan sejenis seranagga dalam habitat semulajadi. Apa yang istmewa tentang haiwan ini adalah kerana ia mengeluarkan Lendir (mucus) dari bahagian kakinya untuk pelbagai guna. Terdapat dua jenis lendir yang dihasilkan iaitu lendir cair dan lendir pekat. Lendir cair dikeluarkan dibahagian tengah kaki sementara lendir pekat dikeluarkan dibahagian kepala dan ekor badan. Lendir ini bersifat 'hygroscopic'yang membolehkan haiwan ini bergerak dan melekat pada bahagian bawah daun atau memanjat batang tumbuhan. Populasi haiwan ini meningkat dalam keadaan musim hujan dan lembab kerana ia tidak aktif dalam keadaan cuaca panas kering. Lendir ini melekat kuat pada pokok atau kayu, rasa yang tidak sedap, badannya dikeraskan atau dikentalkan dan menyebabkan pemangsa tidak mampu menyerangnya. Antara musuh semulajadinya adalah seperti katak, semut, tikus, Landak, mengkarong, ular dan haiwan-haiwan pemangsa lain. Bidalan ini amat sesuai digunakan pada bila-bila masa dan ulasan teknikal tulisan saya membantu pembaca mengenali lintah seperti disebut dalam peribahasa. Wasallam!.

LINTAH DARAT... SATU PERIBAHASA...
ORANG JAHAT... SIFAT YANG ADA...
UNTUNG LEBIH...BAGI PENIAGA...
PERLU DIPANTAU...OLEH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(2 Safar 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...