KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, December 28, 2015

KENAL JENIS KOPI



TANAMAN KOPI (Coffea spp) adalah jenis tanaman yang semakin kurang popular dikalangan pekebun kecil di Malaysia kerana keluasannya semakin menurun saban tahun. Kini terdapat hanya 3,714 hektar kawasan tanaman kopi tempatan yang mampu membekalkan sekitar 3% sahaja keperluan kopi negara. Ini bermakna negara masih perlu mengimport sebanyak 97% biji kopi mentah untuk kegunaan tempatan dan dieksport semula. Pada masa artikel ditulis saya baru sahaja minum kopi (black coffee) yang masih 'fresh' dan panas dari pemberian rakan. Minuman kopi adalah minuman yang kedua terpenting di Malaysia kerana   selepas minuman air mineral atau air suam atau air kosong. Kalau dahulu saya tidak suka minum air kopi kerana pahit dan kadang-kadang rasa pening tetapi kini sudah tidak lagi selepas mengetahui cara minum kopi yang betul. Rupanya minum kopi tanpa bubuh gula dan susu pekat manis adalah cara terbaik meminum dan menikmati rasa kopi sebenarnya. Ini kerana serbuk kopi hitam yang dijual ipasaran rupanya sudah ada 50% campuran dengan gula pasir semasa menggorengnya bergantung kepada kaedah pemprosesan kopi oleh pengilang. Kalau dicampur lagi dengan gula 2-3 sudu lagi atau ditambah susu pekatan manis bermakna kandungan gula dalam air kopi yang dikatakan 'Kaw-Kaw' itu rupanya sangat tinggi kandungan gula. Saya ada menulis artikel mengenai kopi ini sebanyak 58 artikel dimana artikel tersebut kebanyakannya saya buat posting sepanjang bulan Disember 2014 dan beberapa siri kemudian. Banyak lagi artikel yang 'queue' untuk dibuat posting dalam 4 tahun akan datang mengenai kopi yang telah siap ditulis. Ianya akan dikemaskini sebelim diposting nanti. Artikel kali ini saya ambil beberapa slide daripada ceramah saya kepada pegawai-pegawai pengembangan, pemborong-pemborong kopi dan pengilang biji kopi di Malaysia dan juga kepada ramai juga dari kategori pendengar yang lain. Apa yang saya paparkan dalam "Anim Agro Technology" kali ini adalah mengenai ringkasan 3 jenis kopi yang memang perlu anda tahu sebagai peminum atau tidak suka kepada kopi.

(1) KOPI ARABICA
• 70% ditanam untuk pengeluaran dan pasaran dunia
• Ditanam luas di Brazil, Peru, Honduras dan lain kawasan
• Sesuai hidup dikawasan beriklim sejuk (18-20 C)
• Sesuai ditanam di Tanah Tinggi yang dingin
• Produktiviti diantara 350 - 400 kg/ha/tahun
• Harga Biji Kopi Mentah Sederhana 
dipasaran (Purata    
  harga import di Malaysia diantara RM10 - RM16/kg)
• Mempunyai rasa asidik dan dan aroma yang kuat 
• Orang USA/Eropah paling suka dengan jenis ini 
• Mudah dituai dengan mesin kerana masak serentak
• Saiz biji yang sederhana besar


(2) KOPI ROBUSTA
• Menguasai 28% pengeluaran dan pasaran dunia
• Popular di tanam di Indonesia, Vietnam, Brazil (Conilon)
• Sesuai dikawasan beriklim sejuk (Suhu 21-24 C)
• Sesuai di Tanah Sederhana rendah
• Produktiviti sekitar 900 - 1,300 kg/ha/tahun
• Harga murah sedikit dari Arabica (RM8 – RM15/kg)
• Mempunyai nilai rasa sederhana enak 
• Merupakan kopi yang utama untuk 'Kopi Instant'
• Mudah dituai hasilnya kerana masak hampir serentak
• Saiz biji yang agak kecil

(3) KOPI LIBERICA
• Hanya menguasai 2 % penanaman dan pasaran dunia
• Pokok Tahan lasak dan berbuah 2x/tahun
• Sesuai di Tanah Rendah (Terutaman Coastal Area)
• Produktiviti sekitar 400 – 800 kg/ha/tahun
• Harga biji mentah agak rendah dipasaran
• Harga Liberica dipasaran (RM12 - >RM20.00)
• Mempunyai nilai rasa paling pahit
• Mempunyai nilai rasa sederhana enak
• Mempunyai saiz biji yang paling besar dan kulit tebal
• Masak tidak serentak dan dipetik secara manual
• Jenis yang banyak ditanam di Semenanjung Malaysia

JENIS KOPI... ADA 3 YANG UTAMA...
PALING POPULAR... ITU ARABICA....
KEDUA HEBAT... ITU KOPI ROBUSTA...
PALING SEDIKIT... JENIS LIBARICA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2213, Hotel New York,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(14 Muharam 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...