KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, December 27, 2015

ADA PADANG ADA BELALANG


ADA PADANG ADA BELALANG, ADA AIR ADA PULA IKAN adalah satu peribahasa berasaskan kepada pertanian yang menyebut belalang dan ikan. Peribahasa lama ini dicipta oleh bijak pandai Melayu zaman dahulu kerana mereka memberikan pembayang yang dekat dengan cara kehidupan harian mereka. Peribahasa ini memberi maksud sebagai : "Dimana pun berada pasti akan tersedia rezeki buat kita". Ia dikaitkan dengan ekosistem semulajadi dimana keujudan sesuatu kehidupan itu semestinya sesuai dengan habitat hidupan tersebut untuk hidup, cari makan dan membiak. Selalunya belalang (Grasshoper) yang berdarah sejuk akan suka berada dikawasan tanah adang berumput untuk cari makan diwaktu panas. Belalang ini mempunyai sepasang kaki besar dibelakangnya untuk melompat naik dan seterusnya menggunakan kepaknya untuk terbang. Belalang merupakan serangga perosak bagi kebanyakan tanaman dalam sektor pertanian. Ikan pula memang perlukan air untuk hidup sama ada air tawar, air payau atau air masin. Ikan yang mempunyai sistem organ untuk hisup dalam air akan mati jika berada didaratan. Bagaimana pun ada jenis ikan dua alam yang boleh hidup didalam air dan didaratan. Peribahasa ini mudah difahami kerana dimana ada kehidupan selalunya disitu ada pekerjaa, makanan dan keselesaan untuk tnggal. Jika bersandarkan kepada peribahasa ini maka memang tidak perlu kita susah hati jika bertukar kerja ditempat baru kerana pastinya sesuai dengan keadan setempat dan ada rezeki disana. Artikal malam ini bagaimana pun saya menulis ARTIKEL KE 3,445 dalam "Anim Agro Technology" mengenai ilmiah teknikal mengenai belalang dan ikan sekadar dijadikan bahan rujukan anda semua.



BELALANG (Grasshopper) adalah sejenis serangga dari Sub-Order Caelifera dan Order Orthroptera yang mudah didapati disekeliling kita terutama apabila suhu telah mulai panas. Terdapat banyak jenis belalang yang kita boleh jumpai di keliling kita dengan pelbagai saiz, warna, bentuk dan juga tabiatnya. Semasa saya dalam pembelajaran di universiti dulu, dimaklumkan yang keujudan belalang banyak dikaitkan dengan kerosakan tanaman terutama pada bahagian daun dan kadang-kadang pada batang yang dimakan oleh serangga tersebut. Belalang lazimnya aktif dalam cuaca panas kerana ianya adalah berdarah sejuk. Pembacaan dari wikipedia menunjukan sejenis belalang di Benua Afrika yang dipanggil sebagai Belalang Juta (Schictocerca gregaria) mampu menyerang tumbuhan dengan memakan bahagian daun, batang, buah, benih malahan keseluruhan bahagian sehingga musnah teruk. Antara tanaman yang mudah diserang belalang jenis ini seperti tanaman bijirin seperti jagung, millet, gandum serta tanaman lain seperti semua jenis sayuran, buah-buahan malahan pokok ornamental. Saya dulu memang pernah makan belalang kunyit yang digoreng ketika zaman remaja kerana belalang memang haiwan yang halal dimakan apabila perlu (Sila lihat belelang kunyit disebelah). Belalang kunyit adalah belalang bersaiz besar yang enak dimakan.


Struktur Anatomi Belalang agak berbeza dengan Anatomi Cengkerik (Cricket), Semut dan juga serangga lain. Belalang mempunyai 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax (Badan) dan Abdomen (Rujuk foto sebelah). Paling ketara belalang adalah mempunyai sepasang Sesungut (Anthenae) di bahagian kepala yang banyak fungsi. Sepasang mata kompoun dan mulut juga berada dibahagian kepala. Dibahagian Badan (Thorax) pula terdapat sepasang kepak (1-3 lapisan kepak), 3 pasang kaki dimana kaki paling belakang bersaiz lebih besar untuk membuat loncatan dengan kuat sebelum terbang atau ianya merupakan organ pergerakan paling cekap. Dibahagian abdomen terdapat organ isi perut dan ianya berketak-ketak serta mempunyai organ pembiakan dan organ perkumuhan. Apa yang saya perhatikan tentang keunikan belalang iaitu kemampuannya untuk menggunakan sepasang kaki belakang untuk dia melompat dan lazimnya mempunyai duri tajam sebagai alat pertahanan bagi belalang. Bunyi belalang dihasilkan oleh sepasang femur dibelakang kepak yang bergesel dipanggil sebagai 'stridulas'. Bunyi nyaring ini menjadi kegemaran kepada peminat alam semulajadi (Natural activists). 

Kitaran Hidup Belalang mempunyai 3 peringkat iaitu Peringkat TELUR (Egg), Peringkat NIM (Nymph) dan Peringkat DEWASA (Adult). Telur belalang yang lazimnya berbentul lonjong atau bulat dalam kapsul akan menetas dalam masa 2 minggu sehingga menjadi Nim. Peringkat nim mengambil masa selama 4 - 7 minggu untuk menjadi belalang dewasa. Belalang dewasa adalah peringkat dimana ianya akan memakan daun tumbuhan dan memusnahkan tanaman. Terdapat juga laporan beberapa spesis belalang diperingkat Nim yang mampu merosakkan tanaman. Jangkamasa kitaran hidup belalang sekitar 2 - 4 bulan bergantung kepada spesis dan persekitaran. Keadan yang sesuai untuk belalang membiak dimana cuaca sesuai, cukup makanan dimana populasi spesis yang cepat membiak.

Peribahasa Ada air ada pula ikan sangat bertepatan dengan maksud. Ikan memang perlukan air untuk hidup sebagai habitat semulajadi. Selain daripada ikan air tawar dan ikan air masin, terdapat kini adalah ikan air payau iaitu diantara keduanya. Ikan air tawar menghuni sungai, tasek, kolam, sawah dan tangki buatan manusia. Ikan air payau berada dipersimpangan antara air tawar dengan air laut. Laut meliputi 70% dari permukaan bumi. Bila kita fikir tentang haiwan yang tinggal di laut kita selalu terfikir tentang ikan. Sudah tentu yang tinggal di laut adalah ikan akan tetapi banyak lagi haiwan yang telah menjadikan laut sebagai tempat tinggalnya seperti reptilia, mamalia, krutasia dan sebagainya.Terdapat 15,000 jenis ikan yang hidup di laut dan kebanyakannya hidup secara berkumpulan. Ikan-ikan biasanya berenang bersama-sama demi keselamatan mereka. Kebiasaanya badan ikan laut memang dipenuhi sisik iaitu kepingan kulit keras seperti tulang yang bertindih antara satu sama lain. Mengapa kiita manusia tidak dapat bernafas di dalam air seperti ikan?. Ini kerana iIkan bernafas melalui insang dan bukan paru-paru. Oksigen yang larut di dalam air akan diserap oleh ikan apabila air itu melalui insang. Ini berbeza dengan ikan lumba-lumba. Sebenarnya ikan lumba-lumba tidak boleh bernafas di dalam air kerana ia sejenis mamalia. Tapi bagaimana ia dapat hidup di dalam air?. Sebenarnya ikan lumba-lumba perlu ke permukaan air selang beberapa minit dan bernafas melalui lubang udara di atas kepalanya. Ikan lumba-lumba hidup berkumpulan dan gemar melompat keluar dari air dan boleh mencapai 16 kaki tinggi! Ikan lumba-lumba ialah haiwan yang bijak.


Jika kita membicarakan tentang ikan tentunya perlu tahu akan ciri-ciri utama ikan iaitu ia hidup di dalam air dan lazimnya mempunyai sisik yang berlendir atau mempunyai sirip untuk bergerak. Ikan bernafas melalui insang dimana ia membiak secara bertelur dan ikan berdarah sejuk. Namun ada ikan yang tergolong dalam kategori mamalia iaitu melahirkan anak seperti ikan paus. Dari aspek biologi kehidupan, ikan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Ikan Pelagik dan Ikan Demersal. Ikan pelagik hidup di kawasan pertengahan hingga permukaan air dimana diantara contoh ikan pelagik terrmasuklah Ikan Kembung, Ikan Selar Kuning (Sila lihat foto disebelah) atau pun Ikan Tamban. Ikan demersal pula hidup dikawasan dasar air laut dimana diantara contoh ikan demersal termasuklah Ikan Kerapu, Ikan Merah, Ikan Jenahak dan juga Ikan Pari. Semua jenis ikan halal di makan walaupun ianya sudah mati (bangkai) selagi ia tidak memudaratkan. Mazhab-mazhab Syafi'i, Maliki dan Hanbali berpendapat bahawa semua jenis hidupan laut adalah halal, termasuk bangkainya. Namun ikan yang baik untuk di makan adalah ikan yang segar kerana kandungan zatnya yang masih tinggi di samping belum ada bakteria yang membiak.
Semuga artikel ini memberi info ilmiah yang berguna untuk pembaca semua. Ingat makna Ada Padang Ada Belalang. Wasallam!.
ADA IKAN ... PASTI AIR JUGA ADA...
DIPADANG... ADA BELALANG PULA...
DIPINDAH KEMANA...REZEKI ADA..
USAHLAH ANDA... BERDUKICITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(13 Safar 1437H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...