KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, July 5, 2015

RACUN PEROSAK ORGANOPHOSPHORUS (Pt 1)

RACUN PEROSAK ORGANOPHOSPHORUS merupakan sekumpulan racun perosak yang dikawal penggunaannya.Racun perosak organophosphorus selalu digunakan untuk mengawal penyakit tumbuhan, perosak dan bahan organik berbahaya yang mengandungi racun perosak fosforus. Ini jenis jenis racun perosak, keberkesanan yang tinggi, serba boleh, mudah untuk mengurai, dalam manusia, badan haiwan secara amnya tidak berkumpul di dalam racun perosak adalah kelas amat penting sebatian. Tetapi terdapat pelbagai jenis manusia, haiwan ketoksikan akut adalah sangat kuat, dengan perhatian khusus kepada penggunaan keselamatan pada tahun-tahun kebelakangan ini, kecekapan dan rendah jenis keracunan membangun dengan pesat, secara beransur-ansur menggantikan beberapa spesies dadah yang tinggi, menggunakan lebih daripada racun perosak organophosphorus selamat dan berkesan. Pada masa ini didapati pendaftaran racun ini di kawal oleh kerajaan melalui LRMP (Lembaga Racun Makhluk Perosak). Pendaftaran Racun Perosak Organophosphorus (atau pun ringkasnya OP) Dalam Negara (2012) melibatkan 4 jenis iaitu dinamakan PROTHIOPHOS (Tiada pendaftaran rasmi), PENTHOATE (Ada 4 produk), TRIAZOPHOS (Ada 3 produk) dan juga jenis PROFENOPHOS (Ada14 produk) dan akhirnya adalah QUINALPHOS (Ada10 produk) dipasaran. Tidak banyak info yang boleh dirujuk mengenai racun ini dalam Bahasa Malaysia yang saya ingin membuat rujukkan. Akhirnya berjumpa dengan pakar racun sebelum menulis artikel ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai racun perosak organophopphorus yang sering digunakan oleh petani di negara kita dalam pengeluaran makanan.

Sebenarnya kajian semula 5 OP telah dijalankan pada tahun 2004, kerana residu Racun Perosak (RP) sering ditemui dalam hasil sayur-sayuran. Antara jenis sayuran yang ada kes penggunaan racun ini adalah seperti Cili Merah, Terung dan beberapa lagi (Sila lihat foto disebelah). Antara punca utama isu perlanggaran residu timbul akibat ketiadaan nilai Minimum Residual Level (MRL) bagi kebanyakkan OP dan jenis tanaman sayur. Sebenarnya nilai MRL berdasarkan Limit of Quantification (LOQ) 0.01 mg/kg. Oleh demikian, pengunaan racun ini walau pun pada kadar sedikit akan mengakibatkan perlanggaran terhadap MRL. Kin beberapa keputusan telah diambil pada tahun tersebut untuk menghadkan seterusnya dalam penggunaannya dan syor terhadap tanaman sayur telah digugurkan. Ini bermakna racun ini tidak selamat jika digunakan terhadap sayur-sayuran walau pun ia merupakan jenis racun yang berkesan digunakan. Sebenarnya selama 9 tahun banyak aktiviti pemantauan terhadap hasil sayur2an melalui pelbagai cara dilakukan. Antara cara pemantauan seperti melalui aktiviti pemantauan dalam Negara dan juga melalui program Enhanced Enforcement di Singapura. Laporan mendapati bahawa racun perosak 5 OP ini masih digunakan secara meluas termasuk juga racun jenis prothiophos yang sudah tidak didaftar masih digunakan.

Kesan dari residu ini menyebabkan pasaran eksport produk sayuran negara seperti ia turut menjejaskan eksport sayur-sayuran ke Singapura. Pihak AVA SIngapura akan memeriksa semua konsainan sayur yang dihantar dan jika melebihi MRL maka ianya akan ditolak balik ke Malaysia. Maka rakyat Malaysia di Johor Bahru mendapat sayur yang banyak mengandungi racun kerana konsainan tersebut tidak dibenarkan masuk ke Singapura. Adakah mereka tahu bahawa sayuran tersebut mengandugi bahan racun yang merbahaya?. RP Organophosphorus adalah diantara kumpulan racun perosak yang paling toksik kepada serangga, haiwan vertebrata dan manusia. Kesan ini lebih terusk kepada golongan bayi, kanak-kanak, wanita sedang mengandungi serta orang tua. Cara ia bertindak dengan menjejas sistem saraf dengan menyekat pembentukan enzim acetylcholinesterase (AChE) dan mengakibatkan kesan terhadap pengumpulan berlebihan (toksik) acetylcholine. Laporan juga menyebut yang AChE bertindak sebagai neurotransmitter untuk menamatkan transmisi synaptic melalui proses hidrolisis. RP kumpulan ini turut boleh menjejaskan system hormon lain dalam banyak jenis hidupan terutamanya manusia. Kajian menunjukkan Racun Organuphosphorus ini mempynuai kesan dan profile Eko-toksikologi yang serius. Bagi hidupan ikan racunn ini merupakan jenis racun Amat toksik dan membahayakan. Nagi kumpulan Moluska dilaporkan racun ini juga sangat toksik dan merbahaya. Bagi hidupan burung pula ia juga dikategorikan sebagai Sangat toksik begitu juga dengan hidupan seperti Daphnia. Bagi mengetahui jenis-jenis racun alternatif anda boleh baca sambungan artikel ini pada (Part 2). Semuga ia memberi ilmu berguna kepada sema. Wasallam!.
ORGANOPHOSPHORUS...PANJANG NAMA....
SANGAT BERKESAN... CARA TINDAKANNYA....
PERLU DIKAWAL... SISABAKI SAYURANNYA...
BACA ARTIKEL ... DAPAT INFO BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Dewan Plenari, 
Pusat Konvensyen Antarabangsa,
PICC, Putrajaya,
Malaysia.
(20 Syaaban 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...