KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, July 16, 2015

KHASIAT BIJI PAPAYA


PAPAYA atau BETIK (Carica papaya Linn) 
adalah sejenis tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan ekspot dari keluarga Caricaceae. Selain daripada pasaran domestik, betik dari Malaysia dieksport krlur negara seperti Singapura, Hong Kong dan beberapa negara lain. Betik merupakan buah yang dimakan segar dan juga diproses untuk dijadikan jeruk, sos dan pelbagai produk lain berasaskan buah betik. Penanaman betik untuk penghasilan papain juga dilakukan dibeberapa negara. Papain adalah bahan yang mempunyai nilai pasaran yang baik. Begaimana pun baru-baru ini diperkatakan bagaimana BIJI BETIK ini boleh dimenafaatkan untuk kesihatan. Semakan penulis mendapati tanaman betik di Malaysia pada tahun 2010 dilaporkan seluas 3,403 hektar dengan hasil sebanyak 49,790 metrik tan. Tanaman betik paling luas di tanam di Kedah (1,274 hektar) dengan Daerah Padang Terap merupakan daerah paling luas menanam betik iaitu seluas 1,224 hektar pada tahun 2010. Negeri lain yang luas menanam betik adalah Pahang (845 hektar di Daerah Temerloh dan Bentong) dan Negeri Johor (345 hektar – Daerah Muar dan Segamat). Tanaman betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat2 galian dan dapat membentu mencernakan serta elakan sembelit. Artikel kali ini penulis berbicara dalam "Anim Agro Technology" tentang khasiat dan bagaimana menggunakan biji betik sebagai bahan yang berkhasiat.


Buah betik yang matang lazimnya akan menghasilkan biji yang banyak. Buah betik hermaprodit ini mempunyai bentuk buah yang sesuai untuk dipasarkan berbanding dengan buah betik betina. Pokok betik jantan lazimnya tidak mengaluarkan buah betik sebaliknya hanya bunga sahaja. Biji betik lazimnya berbentuk bulat dengan ada lendir disekelilingnya dan berwarna kelabu kehitaman. Jika dikeringkan dengan menjemur maka ia meninggalkan biji berwarna hitam dengan kulit tidak rata (Sila lihat foto disebelah). Biji betik boleh digunakan untuk bahan tanaman (biji benih) dengan menyemainya menggunakan sistem tapak semaian untuk penanaman. Pemilihan biji betik daripada varieti terpilih boleh dilakukan sendiri oleh petani yang faham dan mempunyai kemahiran. Pada masa ini mungkin tidak banyak yang tahu bahwa biji betik (Juga sering dipanggil sebagai 'papaya') yang selalunya dibuang selepas makan buahnya mempunyai segudang atau banyak manfaat. Beberapa laporan yang penulis baca menyatakan biji betik mampu untuk menyingkirkan racun-racun yang terkumpul dan melekat pada usus dan hati manusia. Kajian oleh beberapa saintis juga menyatakan bahawa racun boleh menumgumpul atau melekat pada usus dengan jumlah berat terkumpul sehingga 8 kilogram dalam usus manusia. Betulkan ia sebanyak itu?. Ini merupakan dakwaan umum mengenai perkara tersebut yang pernah kita dengar. Kalau 8 kg itu agaknya jumlah keseluruhan berat usus manusia. Tetapi fakta ini boleh disemak daripada sumber yang lebih dipercayai.

Laporan juga ada menyatakan bahawa ekstrak biji betik didakwa mampu untuk melindungi ginjal dari racun yang merbahaya kepada kegagalan fungsi buah pinggang. Ini kerana didakwa bahawa biji betik juga mampu untuk membunuh parasit dalam bersarang dalam sistem pencernaan dalam badan manusia. Biji betik juga mengandung zat antikolesterol yang hebat dan ia boleh dimanafaatkan. Sesiapa yang makan buah betik dan ekstrak biji betik juga mendapat faedah sebagai antioksidan dalam darah dan mendapatkan zat nutrisi daripada buah betik. Makan buah betik mampu meningkatkan sistem pencernaan dan mudah untuk buang air besar. Dalam laporan tersebut dinyatakan mengenai jus biji buah betik secara signifikan dapat menurunkan kadar kolesterol dan LDL (Low density Lipoprotein). Ia juga dilaporkan mampu meningkatkan kadar HDL (High Density Lipoprotein). Ekstrak biji betik ini memiliki kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, saponin anthraquinones dan anthocyanocides. Lazimnya dengan adanya kandungan ekstrak tersebut daripada biji pepaya ini mempunyai kesan iaitu 'hipolipidemia' dan 'antioksidan' dalam darah yang luar biasa. Kesan daripada hipolipidemia ini adalah ianya sangat berguna bagi rawatan terapi alternatif hiperlipidemia yang disebabkan adanya lemak tepu atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi. Kandugan Saponin yang ada dalam biji betik juga memberi manfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum seperti tindakbalas resin. Ia mampu untuk tujuan mengurangkan peredaran (circulation) Enterohepatik iaitu dalam organ Hempedu.

Apa yang didapati melalui tindakbalas dan juga reaksi pengoksidanan kolesterol LDL ini maka dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Ini memjadikan kandungan Fitokimia memiliki peranan aktif bagi pencegahan penyakit. Sementara Flavonoid merupakan antioksidan yang dapat untuk menangkap radikal bebas. Bagaimanakah cara-cara untuk menggunakan biji betik yang didakwa dan menyihatkan itu?. Ada dua cara dicadangkan sesuai mengambil khasiat daripada biji betik. Pertama dengan mengambil biji betik dan kemudian dikisar dengan 'blender' sehingga hancur dan disajikan seperti kita membuat jus buah-buahan. Bagi menambah perisa jus tersebut boleh ditambahkan bahan seperti gula, garam dan sebagainya. Cara kedua adalah dengan cara mengambil biji betik dan mengeringkannya dan kemudian mengisar dengan blender. Kemudian ramuan tersebut ditapis dan dicampur dengan air panas seperti kita bancuhan kopi. Langkah yang harus dilakukan bagi kaedah kedua dengan mengambil biji betik dan basuh biji betik sehingga bersih dan kemudian dijemur 2-3 hari. Setelah biji kering ia dikisar atau ditumbuk biji betik tersebut sehingga menjadi serbuk. Kemudian ambil satu sudu teh serbuk dan campur dengan satu gelas air suam. ia boleh dicampurkan dengan madu atau sedikit gula agar rasanya lebih nikmat. Bagi menambah keenakkan maka jus tersebut boleh dicampur dengan isi betik dan diminum 1-2 gelas jus biji pepaya tersebut setiap hari. Apa pun artikel ini hanya kupasan daripada artikel asal. Wasallam!.

BUAH BETIK... BANYAK BIJINYA...
BOLEH DIKISAR...SERBUK JADINYA...
DICAMPUR AIR... JUS DIMINUMNYA...
BADAN SIHAT... AMALAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Ramadan 1436H)
'SELAMAT HARI RAYA 2015'

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...