KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, July 21, 2015

KEHEBATAN DURIAN BELANDA

BUAH DURIAN BELANDA (Annona muricata Linn) atau di Indonesia dipanggil Sirsak merupakan sejenis buah yang sangat berkhasiat dan kini mempunyai permintaan yang amat tinggi di Malaysia. Perkara ini berlaku kerana telah banyak testimoni dan laporan klinikal yang mengatakan bahawa buah durian belanda mampu mengatasi masaalah penyakit kanser. Nama lain buah ini seperti Soursop (Inggeris), Corossol atau Anone (Perancis), Zuurzak (Belanda) guanĂ¡bana (Spanish), graviola (Portuguese), Brazilian Paw Paw, Corossolier, Guanavana, Toge-Banreisi, Durian benggala, Nangka blanda dan Nangka londa. Laporan juga menyatakan bahawa kandungan nutrisi buah durian belanda terdiri dari 67.5% isi buah, 20% kulit buah, 8.5% biji buah dan 4% inti buah. Setelah kandungan air didapati zat lain yang terbanyak dalam buah ini adalah karbohidrat. Salah satu jenis karbohidrat pada buah ini juga adalah gula glukosa dan fruktosa dengan kadar 882-94% dari dari kandungan keseluruhan gula. Ia mengandungi sangat sedikit lemak (0.3 g/100 g) menyababkan ia sangat baik untuk kesihatan. Rasa masam pada buah ini berasal dari asid organik 'non volatile' terutama Asid Malate, Asid Citrat dan Asid isositrat. Semantara itu vitamin yang paling dominan pada buah durian belanda adalah vitamin C (20 mg per 100 gram daging buah). Keperluan vitamin C per orang sehari adalah sebanyak 60 mg dimana ini dapat dipenuhi hanya dengan makan sebanyak 200 gram isi buah durian belanda... Hebatnya!. Kandungan vitamin C yang cukup tinggi pada buah ini merupakan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh (immune) dan melambatkan proses penuaan (tetap awet muda). Artikel petang Ahad 25 Ramadan 2015 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan buah durian belanda untuk rujukkan anda.

Kandungan zat mineral yang cukup dominan adalah Posforan dan kalsium iaitu masing-masing sebanyak 27 mg dan 14 mg/100 g. Kedua mineral tersebut penting untuk proses pembentukan struktur tulang dan ia berguna untuk membentuk tulang yang kuat serta menghalang kes-kes osteoporosis. Buah durian belanda juga sangat kaya akan komponen lain seperti kandungan serat yang banyak (dietary fiber) iaitu mencapai 3.3 g/ 100 g isi buah. Apabia memakan 100 gram isi buah dapat memenuhi 13% keperluan serat dalam sehari. Buah durian belanda juga merupakan buah yang kaya akan zat fitokimia dimana ia telah dipastikan bahwa buah tersebut sangat banyak manfaatnya bagi kesihatan. Unsur fitokimia tersebut  memiliki khasiat bagi kesihatan walaupun belum semuanya terbukti secara ilmiah. Berbagai manfaat sirsak untuk terapi antara lain rawatan untuk batu hempedu, antisembelit, sakit urat dan meningkatkan selera makan. Kandungan seratnya juga berfungsi untuk melancarkan pencernaan terutama untuk mengatasi masaalah sembelit (susah buang air besar). Apabila diproses menjadi jus durian belanda ia amat sesuai dan mengatasi masaalah sistem pencernaan. Kajian yang dijalankan di Purdue University membuktikan bahwa daun graviola mampu membunuh sel kanker secara efektif terutama sel kanser prostat, pankreas dan paru-paru.

Pada masa ini khasiat dan kehebatan buah durian belanda yang dahulu dipandang sepi semakin popular. Kehebatan buah durian belanda didakwa mampu menyerang sel kanser dengan baik dan efektif secara semulajadi. Ini berbanding dengan rawatan kanser dengan kemoterapi yang selalunya boleh menyebabkan rambut gugur, rasa mual atau menyebabkan berat badan turun. Khasiat buah ini juga melindungi sistem kekebalan tubuh (immune system) dan mencegah dari infeksi penyakit yang meerbahaya. Ia juga akan menambah tenaga ketara meningkat dan penampilan fisikal baik. Lazimnya secara efektif khasiatnya baik kerana mampu memilih sasarant dan membunuh sel jahat dari 12 jenis sel kanser yang berbeza seperti sel kanser usus besar, sel kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan juga sel kansrer pankreas. Ia juga didakwa melambatkan pertumbuhan sel kanser 10,000 kali ganda jika dibandingkan dengan adriamycin dan terapi kemo yang biasa digunakan. Tidak seperti terapi kemo, jus buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan seterusnya tidak membahayakan atau membunuh sel-sel sehat.

Beberapa kehebatan dalam merawat sel kanser dengan makan buah durian belanda dibincangkan dalam banyak forum. Bagi Rawatan Kanser kita boleh ambil 10 helai daun durian belanda yg tua direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Setelah sejuk ia boleh diminum 2 kali sehari selama 2 minggu. Daun durian belanda ini sifatnya seperti kemoterapi bahkan didakwa lebih hebat lagi kerana daun durian belanda hanya membunuh sel sel yang tumbuh abnormal dan membiarkan sel sel yang tumbuh normal. Kedua bagi merawat Sakit Pinggang ambil sebanyak 20 helai daun durian belanda dan direbus dengan 5 gelas air sampai mendidih sehingga tinggal 3 gelas dan diminum 1 kali sehari 3/4 gelas. Bagi merawat Bayi yang Cirit Birit sebaiknya ambil buah durian belanda yang cukup masak dan perah airnya. Kemudian minumkan jus buah tersebut kepada bayi tersebut sebanyak 2-3 sudu makan. Bagi merawat masaalah Bisul boleh diambil daun durian belanda yang masih muda dan tampalkan dilokasi yang bisul sehingga sembuh. Bagi mengatasi Masaalah Hati (liver) sebaiknya penderita berpuasa dahulu dan hanya minum jus durian belanda selama seminggu sehingga hilang sakitnya. Mereka yang ada masaalah Sakit Dalam Tulang (Rheutism) digalakkan untuk mengambil daun durian belanda dan ditumbuk halus dan kemudian ditapal pada bahagian tulang yang sakit. Akhir sekali didakwa bahawa bunga durian belanda boleh mengelakkan dan menyembuhkan masaalah penyakit mata (Katarak). Walau pun caranya belum dijelaskan tetapi ia dipercayai mampu menyembuhkan banyak penyakit lain. Begitulah kehebatan tanaman durian belanda (Sirsak) yang kini semakin menjadi tumbuhan berkhasiat. Saya menanam 2 pokok dikawasan rumah. Wasallam!.
DURIAN BELANDA... TANAM SAHAJA...
BENIH DIBELI... SENTIASA DI BAJA...
BUAH MASAK... ADA KHASIATNYA...
DAUN DAN BUNGA...ADA GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Bunga Saujana,
Precint 10, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(25 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...