KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, July 15, 2015

AKUAPONIK - BAGAIMANA CARA

AKUAPONIK (Aquaponic) adalah teknologi penanaman tumbuhan secara hidroponik diintergrasikan dengan aktiviti penternakan ikan. Teknologi ini kini semakin mendapat perhatian dikalangan mereka yang mempunyai hobi menanam sayuran dikawasan kecil sekeliling rumah dan juga menternak ikan. Ia merupakan salah satu daripada aktiviti pertanian bandar yang mendapat galakkan daripada kerajaan dengan konsep moden dan menghasilkan sayuran yang segar, selamat dimakan dan berkualiti. Lazimnya dengan sistem ini dengan keluasan tanah terhad maka akan dapat dihasilkan dua komoditi sekaligus iaitu sayuran dan ikan. Penanaman sayuran secara langsung akan ditanam dibahagian atas dan sistem di bawahnya diletakkan ikan. Ikan akan menghasilkan sisa makanan dan kotoran yang mengandungi unsur nutrien konsentrasi tinggi yang dapat dimanfaatkan oleh tanaman di atasnya. Seterusnya media tanaman dan tanaman yang berada di atasnya akan menapis air dan mempertahankan kualiti air pusingan yang berada di bawahnya. Keadaan tersebut menyebabkan kualiti air kolam akan tetap baik serta bebas dari sisa makanan ikan dan kotoran ikan dimana ia membolehkan pertumbuhan ikan menjadi baik. Artikel tengahari Ahad 25 Ramadan 2015 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi Akuaponik berdasarkan pemerhatian, rujukan dan juga pengalaman penulis dalam teknologi ini.

Penulis mendapati pada dasarnya teknologi aquaponik adalah sistem penghasilan bahan makanan yang lestari yang menggabungkan perusahaan cara tradisional (membesarkan haiwan air seperti lobster, ikan atau udang dalam bekas atau kolam) dengan hidroponik (penanaman pokok dalam air) di dalam lingkungan simbiosis. Dalam menternak ikan dalam bekas lazimnya air limbah berkumpul dalam air sehingga bersifat toksik bagi ikan. Air Limbahan ini yang kaya dengan unsur baja seterusnya akan disalirkan menuju subsistem hidroponik yang ditanam dengan beberapa jenis tanaman terutama sayuran. Setelah itu maka pusingan air menjadi bersih dan kaya oksigen akan dialirkan semula ke dalam kolam (Sila lihat foto sebelah). Sistem Aquaponik terdiri dari dua bahagian utama iaitu bahagian akuatik (air) untuk pemeliharaan ikan dalam air dan bahagian hidroponik untuk menumbuhkan tanaman.

Pada asasnya sistem ini mempunyai dua bahagian iaitu untuk tanaman dan ternakan ikan. Sistem ini menyebabkan berlaku proses nitrifikasi atau perubahan amonia menjadi nitrat dalam suasana aerobik. Ini merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam sistem aquaponik. Perkara tersebut adalah disebabkan oleh proses nitrifikasi dapat mengurangkan toksisiti dalam air dan memungkinkan unsur nitrat yang dihasilkan menjadi sumber nutrisi tanaman. Bahan Amonia terus dilepaskan ke dalam air melalui kotoran dan insang ikan sebagai produk dari aktiviti metabolisma. Ammonia bersifat beracun bagi ikan (0.5-1.0 ppm) sehingga ia mesti ditapis keluar dari sistem pemeliharaan ikan. Lazimnya tanaman dapat menyerap amonia dan untuk menyerap dalam bentuk Nitrat lebih mudah untuk diserap dan digunakan tanaman. Ia seterusnya akan menjadi cekap dimana ini akan mengurangi toksisiti air untuk ikan. Amonia dapat diubah menjadi unsur nitrogen lain melalui organisma seperti Nitrobacter iaitu sejenis bakteria yang mengubah amonia menjadi nitrit. Seterusnya ia akan mengubah nitrit kepada bentuk nitrat. Dalam sistem aquaponik selalunya akar tanaman menjadi tempat hidup dan berkembangnya bakteria tersebut. Setelah sistem stabil maka kadar amonia dalam air berkisar 0.25 - 2.0 ppm dan kadar nitrit berkisar pada paras 0,25 -1.0 ppm serta kandungan bahan nitrat pula berkisar sekitar 2.0 - 150 ppm. Dengan kata lain tanaman yang tumbuh dalam subsistem hidroponik dimana akarnya terendam dalam air yang kaya nutrisi yang berasal dari limbah kolam. ini seterusnya akan membantu untuk menapis amonia yang merupakan racun bagi haiwan air (ikan) atau metabolitnya. Akhirnya adalah air menjadi bersih dan kaya oksigen dan dapat kembali ke dalam sistem air.


Kajian menunjukkan sayuran jenis daun hijau yang paling baik tumbuh dalam subsistem hidroponik adalah sawi, salad, selada, kemangi, tomato, okra, melon dancili bengala. Selain itu spesies lain seperti kacang buncis, kacang botor, daun bawang, daun celeri, daun sup, daun kesom, serta beberapa jenis ulaman dan rempah juga dapat menjadi pilihan tanaman yang sesuai ditanam secara aquaponik. Bagaimana pun antara jenis ikan air tawar yang paling sering digunakan dalam sistem aquaponik ikan keli, ikan tilapia, belut dan beberapa spesis lagi. Teknologi aquaponik memang sesuai untuk digunakan di kawasan pekarangan rumah dikawasan urban tkerana ia memiliki ruang pekarangan sempit. Teknologi aquaponik ini dapat menjadi langkah awal yang membolehkan pengusaha mampu menghasilkan makanan sendiri untuk keluarga yang segar, selamat dimakan dan berkualiti. Semuga artikel ini mampu memberi idea baru kepada anda semua. Wasallam!.


AKUAPONIK... UNIK NAMANYA...

KOMBINASI...TANAMAN IKANNYA...
IA SIMBIOSIS... PELAJARI CARA...
KELILING RUMAH...BOLEH CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(25 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...