KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, July 12, 2015

TERNAKAN BURUNG MERPATI (Part 1)

BURUNG MERPATI (Columba domestica) atau dalam basaha Inggeris dipanggil 'Domestic Pigeon' adalah sejenis . burung yang paling dikenali dari keluarga Columbidae. Kita di Malaysia sering melihat burung merpati dikawasan bandar atau yang berdekatan dengan kuil atau kawasan deretan kedai kaum India. Di kawasan kampong pula ada beberapa penduduk kampong yang memelihara burung merpati ini dalam sangkar dikawasan rumah. Selain daripada ia diberi makan dikawasan lapang, kelibat burung merpati sering menganggu orang ramai kerana ia berak merata-rata. Belum ramai dikalangan masyarakat kita yang terfikir untuk mereka menjadikan burung merpati sebagai satu perniagaan dengan menyembelih dan menjual dagingnya. Dinegara jiran ada beberapa aktiviti menjadikan 'merpati potong' sebagai satu cabang perniagaan yang menguntungkan. Ini kerana merpati potong atau merpati daging ini boleh menjadi bisnes yang menguntungkan. Ia kini dianggap sebagai satu alternatif menghasilkan daging unggas baru iaitu setelah industri ternakan ayam dan itik. Jika ayam pedaging yang sekarang diternak memerlukan masa pemeliharaan minima selama 42 hari kini burung merpati hanya perlukan 28 hari untuk jadi unggas yang boleh disembelih menjadi daging. Pernahkan anda makan daging burung merpati goreng?. Rasanya ramai rakyat Malaysia menjawabnya 'Tidak'. Saya sendiri pun rasanya baru dua kali makan burung merpati goreng tetapi saya lebih suka makan burung puyoh goreng berempah. Pada saya rasa keduanya hampir serupa. Artikel pada petang 24 Ramadan ini saya gembira menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi perusahaan daging burung merpati sebagai satu potensi seperti dilakukan dinegara jiran Indonesia.


Sebenarnya terdapat beberapa jenis burung merpati yang boleh dikembang biakkan menjadi unggas yang boleh hasilkan daging. Burung merpati lazimnya mempunyai ukuran badannya yang besar dan pertumbuhannya yang pesat ketika masih muda (Sila lihat foto disebelah). Antara beberapa jenis (Ras) adalah seperti Pomerian Crooper (Berat badan sekitar 624-734 gram), Polish Lynx (Berat badan sekitar 600 gram), Lahore (480-510 gram), English Terrier (570-660 gram), Florentine (500-800 gram), Carneu (660-740 gram), Swiss Mondaine (840-900 gram), French Mondaine (780-900 gram) dan King (850 -1,000 gram). Ada juga beberapa jenis atau ras lain yang berpotensi untuk diternak dan menjadi unggas pedaging seperti jenis Jewel Mondaine, Carneau, Giant Runt, Gazzi dan Modena. Merpati Tempatan (Berat badan 250-300 gram) yang banyak dipelihara penduduk di negeri kita sebagai burung sentiasa 'bertaburan' (Kerap terbang) sebanarnya adalah tidak sesuai dijadikan bisnes daging yang menguntungkan. Ini adalah disebabkan oleh kerana bila dijadikan unggas pedaging adalah mempunyai saiz badan terlalu kecil. Diantara beberapa jenis merpati dinyatakan diatas, jenis merpati yang sesuai untuk dijadikan sebagai merpati daging di Indonesia adalah King. Merpati ini hasil kacukan diantara Spesis Homer, Duchess, Maltese dan Runt. Ia mempunyai warna bulu putih, silver, merah, kuning, hitam dan sebagainya. Merpati ini tergolong merpati pedaging yang paling baik disebabkan ia memiliki daging dada yang tebal.

Menternak atau memelihara burung merpati memerlukan tempat yang sederhana iaitu dengan menyediakan reban atau sangkar dibuat dari kawat atau kayu. Sangkar yang dibina lazimnya berukuran 60 cm x 40 cm x 50 cm untuk sepasang merpati. Bahagian dalamnya dilengkapi sarang untuk bertelur dan juga tempat makan dan minum. Dalam sangkar dibuat kotak-kotak untuk setiap ekor burung merpati (Sila ligat foto disebelah). Saya sering melihat sangkar burung ini dan digelar sebagai 'pigeon hole' dipejabat bagi mengisi surat-surat rasmi. Lazimnya setiap spesis merpati mempunyai usia dewasa kelamin berbeza dimana pada umumnya usia sesuai untuk dikahwinkan pada umur 5-8 bulan. Spesis Homer sesuai dikahwinkan setelah berusia 5-6 bulan, Spesis King dan Spesis Mondaine pada usia 6-7 bulan dan Spesis Runt pada usia 8 bulan. Kalau dilakukan pemeliharaannya baik selalunya pasangan merpati itu akan terus produktif berkembang biak sehingga berumur 3-4 tahun. Pasangan yang bagus dapat menghasilkan 10-14 ekor merpati muda dalam masa tahun. Kalau cara menternak secara intensif kita paling banyak boleh menghasilkan 24 ekor merpati muda setahun.

Saya dapati bahawa merpati bertelur cuma 2 butir setiap kali bertelur (Sila pihat foto disebelah). Telurnya akan dieram selama 18-19 hari oleh merpati sehingga ia boleh menetas. Setelah menetas anak merpati muda akan disuap oleh induknya. Dalam masa sama proses pembesaran anak merpati akan diasuh oleh induknya. Ini membolehkan burung merpati tidak memerlukan lampu pemanas seperti halnya yang terdapat pada pemeliharaan untuk ayam dan itik. Ketika anak burung merpati umur 2-3 minggu lazimnya induk betina mula bertelur lagi. Pemberian makanan peringkat selanjutnya dilakukan oleh induk burung jantan. Lazimnya juga apabila umur burung sudah mencapai 4 minggu maka anak merpati sudah sesuai untuk dijadikan sebagai merpati daging untuk di sembelih. Pada masa itu lazimnya anak merpati King telah mencapai berat badan sekitar 460 - 690 gram seekor. Apabila dippotong jumolah daging karkas yang boleh dikonsumsi sekitar 60-70%. Ia dan biasanya dijual dalam bentuk karkas beku dengan berat sekitar 400 - 580 gram seekor. Artikel ini bersambung dalam Part 2 menternak burung merpati daging untuk dijadikan panduan pembaca semua. Artikel ini bersambung pada Ternakan Burung Merpati - Part 2. Wasallam!.
BURUNG MERPATI... JINAKNYA...
DISEMBELIH... DIJADIKAN USAHA...
DIBERI MAKAN...28 HARI SEDIA...
GORENG BEREMPAH...ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(25 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...