KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, October 15, 2014

RUMPAI MIANG MEXICO - MERBAHAYA (Part 2)

RUMPAI MIANG MEXICO (Parthenium hysterophorus) merupakan sejenis rumput yang MERBAHAYA daripada famili Asteraceae iaitu sejenis rumpai invasif yang berasal daripada negara Mexico. Rumput ini telah digelar sebagai "World Worst Weed" atau dalam bahasa kita "RUMPUT PALING TERUK" kerana menyebabkan pelbagai impak negatif seperti mampu untuk menjejaskan produktiviti tanaman, kesan kepada alahan (allergy) kepada manusia dan haiwan ternakan dan mengganggu biodiversiti tanaman. Ia telah digazetkan dalam Akta kuarantin Tumbuhan 1976v sebagai rumput merbahaya yang perlu dikawal dan dihapuskan. Sekali pendang penulis dapati ia memang menarik macam pokok ulam raja dengan bunga yang agak cantik untuk sesuapa mengambil dan menanamnya. Walau pun begitu ia merupakan tumbuhan rumpai merbahaya dan menjadi ancaman kepada negara kita kerana kadar kerosakan yang akan ditimbulkannya. Artikel malam ini saya mendapatkan info dan terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis rumpai invasif merbahaya bernama rumpai miang Mexico untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.


Rumput ini boleh tumbuh didalam cahaya terang mahu pun dikawasan yang ternaung dengan jumlah cahaya sedikit. Pemerhatian mendapati rumput 'world worst weed - www' ini memang mudah tumbuh sepanjang tahun tetapi lazimnya akan memuncak selapas musim hujan. Anak benihnya akan tumbuh dengan agresif dan mampu bersaing dengan tanaman lain dengan mudah sahaja. Rumput ini akan matang dalam masa 4-6 minggu sahaja dan mampu tumbuh dengan kadar kepadatan tinggi. Selalunya rumput ini amat menggemari kawasan lapang kosong yang terbiar atau kadar kepadatan benih mencecah 100,000 biji sehektar. Kajian menunjukkan rumput yang hidup ini akan dorman (kebolehcambahan) selama masa 10 tahun. Kaedah penyebaran yang sering terjadi adalah akibat penggunaan dan pergerakan mesin , kenderaan atau jentera pertanian. Selain itu haiwan ternakan yang memakan rumpai ini akan membuang najis dikawasan baru yang membolehkan ia akan tumbuh dikawasan baru. Elakkan menggunakan biji atau jerami (hays) rumpai ini sebagai makanan haiwan ternakan. 


Di Malaysia keujudan dan kehadiran rumpai ini dikesan oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada September 2013 di kawasan Ulu Yam Baru, Selangor. Kini setelah bancian dijalankan dengan sistematik, terdapat 3 negeri lain dikesan ada rumput 'www' ini iaitu di Perak, Kedah dan Negeri Sembilan dengan anaran keluasan sekitar 20 hektar. laporan menunjukkan rumpai ini membiak dengan cepat dan agresif sehingga menganggu ekosistem semulajadi. Di Australia dilaporkan kerugian bernilai RM 48 juta setahun akibat ternakan lembu yang terjejas oleh kesan rumput ini. Begotu juga di India dimana rumput ini tersebar seluas 14.2 juta hektar dalam masa 5-7 tahun kemunculannya kerana kadar pertumbuhan yang sangat agresif. Begitu juga di Afrika rumpai www ini telah menjadi masaalah kerana cepat merebak dikawasan sub-sahara. Apa yang hebat kita tahu adalah rumput ini membiak dengan agresif dimana ia berbunga dalam masa 408 minggu selepas bercambah. Ia akan berterusan menghasilkan bunga selama 6 - 8 bulan dimana satu pokok rumput www ini mampu menghasilkan sebanyak 100,000 biji benih dalam satu kitaran hidup lengkap selama 6-8 bulan sahaja.


Kajian menunjukkan pertumbuhan rumput ini sangat agresif sehinggakan ia mampu  menghasilkan banyak biji benih. Penggunaan racun rumpai Glyposhate mendapati keseuruhan pokok rumput miang Moxico ini akan mati dalam masa 2 minggu selepas semburan.  bagaimana pun apa yag berlaku adalah nakbenih akan tumbuh lagi selepas 6 minggu kemudian dengan purata kepadatan sekitar 1,800 anak pokok dalam kawasan 1 meter persegi . Dari segi kajian bank biji benih rumput ini adalah pada kadar 1,300 biji pada berat 1 kilogram benih. Kadar percambahan adalah sekitar 92% dengan efisien. Ia menyebabkan kos operasi ladang meningkat untuk mengawalnya dan menyebabkan gangguan ekosistem teruk jika dibiarkan sahaja.  Kesan teruk adalah ia mampu menyekat percambahan dan pertumbuhan pelbagai jenis tanaman seperti pastura, bijirin, sayuran serta rumpai lain dalam masa singkat. Rumpai ini juga menjenaskan kesihatan manusia dan haiwan dan perlu dihapuskan jika anda menjumpainya. Industri ternakan juga akan terjejas dengan kualiti daging dan susu merosot akibat bau yang tidak menyenangkan. Amatlah wajar semua pihak  mengenali dan memusnahkan rumpai ini jika ada dikawasan yang berdekatan agar tidak merebak keselurh negara. Wasallam!...
RUMPUT MIANG...MEXICO ASALNYA...
POKOK RENEK...MACAM ULAM RAJA...
CEPAT MEMBIAK...SUKAR KAWALNYA...
PERLU DIHAPUS...DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Hulu Yam Bahru, 
Hulu Selangor, selangor,
Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...