Support My Blog

Friday, October 17, 2014

CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 2)

CASHFLOW LEBAH IMPOT (Apis mellifera) merupakan satu ringkasan aliran wang tunai dalam perlebahan untuk kita membuat persediaan dalam usaha memulakan projek ternakan lebah madu. Terdapat 3 jenis lebah madu yang menghasilkan madu dan produk lain berasaskan lebah di negara kita iaitu Lebah Impot (Apis mellifera), Lebah Keran atau Lebah Tempatan (Apis cerana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata). Lebah Tualang merupakan jenis lebah liar yang lazimnya membuat sarang pada pokok tualang dikawasan hutan didahan yang tinggi. Lebah liar ini memang tidak boleh diternak kerana sifar semulajadinya memang begitu. Bagaimana pun lebag impot dan lebah keran boleh diternak secara moden menggunakan haif atau kotak lebah dan boleh mempunyai sistem pengurusan yang sistematik. Selain itu kini telah popular penternakan Stingless Bee atau Kelulut (Trigona spp) dikalangan usahawan tempatan. Bagi mereka yang ingin menceburi aktiviti penternakan lebah madu sebaiknya menghadiri kursus asas teknikal dan pengurusan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian atau lain-lain agensi kerajaan atau anjuran swasta. Cara ini akan membolehkan seseorang itu mendapat pengetahuan asas bagaimana teknologi penternakan lebah madu. Kursus-kursus lanjutan boleh menambah kemahiran usahawan lebah dalam beberapa teknik khusus seperti penyediaan ratu lebah, royal jelly, pemprosesann produk dqan sebagainya. Penulis fikirkan antara komponen penting dalam kursus perlebahan dan persediaan memulakan penternakan lebah madu adalah mengenai cashflow. Artikel petang Sabtu ini selepas balik dari memberi ceramah kursus lebah di Kuantan saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cashflow ternakan lebah untuk dijadikan bahan rujukan.


Kawasan untuk menternak lebah dikawasan hutan atau belukar akasia perlu disediakan awal. Kerja menyediakan kawasan dengan membuat sedikit pembersihan kawasan yang asas dan memasang pagar keselamatan. beberapa pokok yang menghalang boleh disesuaikan penebangan minima atau biarkan sahaja mengikut keesuaian. Lazimnya penggunaan padar letrik dijangka membantu kawasan meletak haif dan koloni lebah daripada serangan haiwan seperti beruang, babi malahan manusia. Pastikan ada jalan masuk kekawasan meletak haif yang sesuai sama ada jalan ladang untuk menggunakan motorsikal ataupun kenderaan lain. Hanya mereka yang tahu mengenai perlebahan sahaja akan cuba menceroboh kawasan haif dan usahawan sepatutnya sentiasa memeriksa kawasan penternakan lebah untuk menjalankan kerja menguruskan koloni dan melihat tahap keselamatan. Pondok kecil yang sesuai juga boleh dibina sebagai tempat berlindung dan memproses madu atau setor jika perlu.


Jadual 2 diatas penulis menunjukkan kos untuk pembelian bahan input memulakan projek lebah madu dikawasan hutan akasia. Pembelian haif lebah dengan harga runcit RM200 satu unit boleh dibeli daripada pembekal berwibawa dengan jumlah kos RM 10,000 untuk sebanyak 50 haif. Jika perlukan haif super tambahan ia berjumlah RM 5,000 untuk 50 buah. Bingkai atau frame lebah jika dibelii berasingan bernilai RM7.00 saunit menjadikan jumlah sebanyak RM 3,500 untuksebanyak 500 bingkai. Sebaiknya haif lebah yang baru dibeli dirawat dengan memendam dalam lilin lebah cair untuk memberikan perlindungan agar ia lebih tahan lama sehingga melebihi 5 tahun. Kos rawatan haif lebah ini dikira sebanyaj RN 5.00 satu haif menjadikan sejumlah RM250.00. Kajian penulis mendapati jika rawatan ini tidak dilakukan, ketahanan haif lebah ini hanya tahan diantara 2-3 tahun sahaja akibat terdedah kepada hujan dan panas setiap hari. Harga bahan paling makal dalam industri lebah adalah pembelian koloni lebah (lengkap dengan haif, ratu dan sebagainya). Harga pasaran koloni lebah yang ada jaminan sekitar RM1,000 satu koloni menjadikan kos membeli koloni pada tahun pertama sebanyak RM50,000. Ini merupakan faktur paling kritikal dalam penternakan lebah madu.


Haif lebah ini perlu diletakkan diatas tiang yang merupakan batubata (Sila lihat foto disebelah). Bata ini diletakkan dibawah haif agar ketinggian sesuai untuk aktiviti membuka dan menutup kotak semasa kerja mengurusakan koloni lebah dan menuai madu. Harga satu biji bata sekitar RM0.30 menjadikan kos keseluruhan sebanyak RM 150.00. Seterusnya keperluan asas untuk menternak lebah madu adalah bekas makanan lebah. Sila anda lihat fotoo paling bawah. Bekas makanan ini dibuat khas daripada plastik dengan saiz panjang sama dengan panjang bingkai haif dan diletakkan dicelah-celah bingkai. Keistimewaan bekas ini adalah ia boleh menyimpan air dan makanan lebah dan lebah yang terjatuh kedalamnya boleh merangkak keluar dengan mudah dari tebingnya. Harga bekas makanan ini yang diimpot sekitar RM 5.00 seunit menjadikan jumlah kos membelinya sekitar RM250.00. Ia agak tahan lama kerana terletak dalam haif lebah atau disimpan dalam setor ketika tidak digunakan. Artikel ini bersambung kepada Part 3 dalam siri yang sama. Wasallam!. 
CASHFLOW LEBAH... BAGAIMANA...
ALIRAN WANG MASUK...BANYAKNYA...
HASIL MADU... PRODUK LAIN JUGA...
JADI PANDUAN... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kursus Latihan Lebah Madu,
Pusat Pertanian Inderapura,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(13 September 2014)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...