KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, November 17, 2012

SPIRULINA - APA DIA?

SPIRULINA (Arthrospira planthesis atau Arthrospira maxima)  adalah sejenis tumbuhan algae hijau yang kini mendapat perhatian ramai kerana khasiatnya untuk kesihatan dan komestik. Apakah dia Spirulina?  Bolehkah kita di Malaysia mengusahakan pengeluaran spirulina?  Dimana kita boleh mendapatkan maklumat dan teknologi mengenai spirulina?. Pembacaan saya mendapati algae hijau ini  banyak dikeluarkan oleh USA, Thailand, India, Taiwan, China, Pakistan, Myanmar dan Chile. Bolehkah kita menghasilkan algae ini secara komersial?. Bahan spirulina amat popular di USA dan diambil sebagai makanan suplemen untuk kesihatan kerana mengandungi protin yang tinggi dan didakwa mampu meningkatkan kesihatan kita sebagai produk nutraseutikal. Laporan tersebut menyatakan, spirulina mengandungi 60% protin yang diperlukan oleh tubuh manusia yang terdiri daripada semua jenis asid amino tersebut. Bagaimana pun laporan oleh Jurnal Microbiol tersebut ada menyatakan yang kandungan beberapa asid amino seperti methionine dan cycthionine agak rendah berbanding dengan protin yang ada dalam daging, telur dan susu. Artikel malam ini sambil menonton TV saya menulis mengenai algae spirulina dalam 'Anim Agro Technology' selepas seorang peserta kursus bertanya saya pendapat mengenai potensi industri spirulina di Malaysia.


Spirulina adalah algae hijau dari mikroalgae yang telah lama digunakan oleh manusia dan haiwan ternakan sebagai sumber makanan tambahan. Spirulina diambil sebagai makanan dalam bentuk segar, diproses menjadi pil, tablet, cecair, 'flake' dan juga debu dalam industri kesihatan, akuakultur dan ternakan. Arthrospira adalah algar berbentuk selinder cynobakteria yang terapong dalam air dan mempunyai filamen panjang. Ianya tumbuh atau hidup dalam tasek dikawasan tropika dan sub-tropika yang mempunyai keasidan yang tinggi (Tinggi pH) serta bahan karbonat atau bikarbonat yang pekat. Dalam beberapa laporan yang saya baca, kandungan nutrien dalam spirulina yang ditemui oleh Herikson (1994) dinyatakan seperti Jadual 1 dibawah untuk rujukkan pembaca. Kalau dilihat memang spirulina ini adalah jenis tumbuhan yang berkhasiat dan boleh dikomersilkan di negara kita.  




Industri Pengeluaran Spirulina di Malaysia masih diperingkat awal kerana pengeluarannya masih rendah tidak seperti di negara Thailand dan Indonesia. Terdapat beberapa syarikat multinasional yang ditubuhkan di Malaysia dibawah Taman Tenology Park yang khusus membuat projek spirulina dimana sarikat ini banyak beroperasi di negara luar. Potensi industri ini dinegara kita amat terbuka luas bagi menghasilkan spirulina untuk pelbagai tujuan dan penghasilan produk. Cuaca panas sepanjang tahun, kesediaan teknologi menghasilkan spirulina dan kemudahan infrastruktur di Malaysia menjadikan potensi industri ini didapati sangat baik untuk dimajukan. Kejayaan Thailand dalam industri ini patut dicontohi oleh usahawan tempatan dimana latihan dan juga kemahiran teknlogi perlu diberikan kepada mereka oleh syarikat tertentu atau pihak kerajaan.
BERSAMBUNG...
Produk spirulina dalam bentik pil.
RUMPAI HIJAU... SPIRULINA NAMANYA...
MUDAH DI HASILKAN... ADA TEKNOLOGINYA...
DIDALAM AIR.... HABITAT SEMULAJADINYA...
BOLEH DIPROSES... PELBAGAI PRODUKNYA... 

By,
M Anem
Room 207, Hotel Putra Iskandar,
Bandar Seri Inkandar, Perak,
Malaysia.
(4 Muharram 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...