KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, November 11, 2012

RESAM

RESAM (Dicranopteris linearis) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan rumpai dari keluarga Gleicheniaceae yang banyak tumbuh di negara kita. Tumbuhan ini hidup subur terutama dikawasan yang lembab dengan sedikit naungan bersama-sama dengan rumpai lain yang cepat membiak. Bagaimana pun resam ini amat gemar dengan kawasan tanah ditepi jalan yang dipotong dan mendapat sinaran matahari banyak. Saya kenal akan tumbuhan resam kerana memang banyak terdapat di kampong terutama dikawasan tepi parit sepanjang kebun getah dan kelapa sawit sepanjang jalan kekebun. Resam tumbuh secara berkumpulan atau ianya memanjat kepada tumbuhan lain untuk persaingan dalam mendapatkan cahaya matahari dan ruang. Resam merupakan jenis tumbuhan pakis yang telah ujud lama dari zaman dahulu. Marfologi tumbuhan resam mempunyai RIZOM yang mana akan mengeluarkan batangnya pada ruas yang akan naik keatas. Artikel subuh ini saya menulis mengenai tumbuhan resam dalam 'Anim Agro Technology' bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai tumbuhan ini yang banyak terdapat dikampong saya dan sepanjang kawasan tepi jalan dari Simpang Pulai untuk ke Camrooon Highland dari pemerhatian dan membuat beberapa pembacaan dari buku dan laman web. 


Pokok Resam adalah kategori Pakis (Fern) yang primitif dan mempunyai daun bersilang berwarna hijau dalam satu pelepah (Frond). Lihat foto sebelah dimana setiap pelepah mempunyai daun hijau berbentuk bujur depanjang 3 - 7 cm panjang dimana panjang pelepah diantara 10 - 20 cm bergantung kepada umur pokok dan habitat. Beberapa rujukkan menyatakan ada pokok resam yang setinggi sehingga 7 meter (20 kaki) dengan tumbuh menumpang kepada pokok lain. Kemampuan batang dan daun resam yang bersilang dan padat menyebabkan ia mampu menghalang pertumbuhan pokok lain dikawasan dimana ia tumbuh dalam keadaan yang sangat padat. Lebih dahsyat lagi apabila kita tidak dapat melalui kawasan kelompok dimana terdapat pokok resam yang padat. Pokok ini mampu tumbuh dilokasi yang ada cahaya matahari di kawasan hutan atau belukar di negara kita. Kalau kawasan resam ini dikawasan tanah gambut pula, saya juga takut untuk melaluinya kerana mungkin ada haiwan bayaka seperti ular dan sebagainya.


Apa yang 'kurang menarik' mengenai resam adalah kerana ia tidak boleh dimakan untuk dijadikan sayuran atau ulam seperti jenis Pokok Paku Pakis yang lain. Bayangkan kalau pucuk dan daun resam itu sedap dimakan, memang puaslah kita makan kerana ia mudah dan banyak boleh didapati. Daunnya yang agak keras mengeluarkan bau atau 'aroma' tidak enak yang kuat dimana kita tidak mahu makannya. Bagaimana pun pucuk resam yang berbentuk bulat melentur (Lihat foto sebelah) adalah lembut dan cantik bentuknya. Mungkin akan ada kajian khusus mengenai menggunakan pucuk resam untuk dijadikan makanan berkhasiat. Pucuk resam akan berkembang dan menghasilkan daun baru. Kaedah untuk menghapuskan resam adalah dengan menebas pokok tersebut atau menyembur racun rumpai kemudian dibakar dan dibajak tanah jika kita hendak majukan kawasan tersebut dengan aktiviti pertanian. Saki baki pokok resam perlu dibakar untuk menghapuskan spora-spora dan rizom sehingga tanah boleh digunakan untuik bercucuk tanam dan gembur. Bagaimana pun kawalan resam perlu dijalankan secara berterusaan didalam kawasan kebun.


Saya dapati tidak banyak kajian mengenai kegunaan pokok resam dari pelbagai segi selain daripada ia dianggap sebagai RUMPAI. Apa yang saya perhatikan, haiwan ruminan (kambing atau lembu) yang lalu dikawasan resam pun tidak mahu meragutnya. Saya fikir ini mungkin disebabkan daunnya yang keras dan berbau, dan lebih teruk lagi batangnya yang keras dan tajam jika dikunyah. Kambing kita di foto sebelah juga saya fikir telah mengesahkannya. Bagaimana pun tumbuhan resam juga merupakan sumber biomass yang baik. Ini kerana pokok ini cepat tumbuh dan jika reput banyak membekalkan bahan reputan organik kedalam tanah. Tetapi resam amat signifikan didalam mengawal hakisan pada tebing tanah disepanjang lebuhraya atau jalan dikawasan curam. Tumbuhan resam disepanjang laluan Simpang Pulai-Cameroon Highland saya ligat ujud resam yang mengawal hakisan tebing yang curam. Dikalangan masyarakat kita di Malaysia, peranan resam didalam rawatan perubatan kaedah tradisional adalah dengan mengambil daun resam kemudian dilumatkan dan ditampal dikepala dimana ia dipercayai mampu mengurangkan sakit demam panas. Daun yang dilumatkan juga boleh merawat masaalah ulcer, luka-luka malahan sesuai ditampal jika terkena kecederaan akibat air panas. Kegunaan lain resam adalah dengan kita makan sedikit daun dan dipercayai mampu mengurangkan masaalah cacing dalam perut. Kalau sesiapa hendak cuba boleh tetapi ambik daun resam yang bebas dari racun dan lain-lain pencemaran.   
BELUM CUBA BELUM TAHU..CUBALAH!
Resam dalam setem pilihan Omar.
POKOK RESAM... PADAT TUMBUHNYA...
PAKIS PRIMITIF ... LASAK HABITATNYA...
MENJADI RUMPAI... PERLU HAPUSKANNYA...
UBAT DEMAM... KALAU MAHU CUBANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 218, Ritz Garden Hotel,
Jalan Lumut,
Manjung, Perak, 
Malaysia.
(28 Zulhijjah 1433H)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...