Tuesday, November 6, 2012

SEMUT

SEMUT (Ants) merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae isitu satu kumpulan serangga Hymenoptera. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, kebun, bangunan tinggi, kawasan gurun, kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis dari Wikepedia menyatakan terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua didunia semenjak pra-sejarah dahuli melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut denan beberapa jenis yang popular seperti Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Artikel tengahari ini saya menulis mengenai Semut dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukkan pembaca blog ini. 


Keluarga semut yang hidup dalam koloni memang pelik berbanding dengan serangga lain kerana didalam koloni mereka mempunyai kasta masyarakat iaitu Ratu (Queen), Jantan (Drone), Pekerja (Workers) dan Askar (Army) seperti rajah sebelah. Mereka mempunyai fungsi dan  tugas khusus didalam koloni untuk menjalankan aktiviti harian. Tugas Ratu adalah untuk bertelur seberapa banyak telur selepas proses mengawan dengan semut jantan. Pada kebanyakan jenis semut seperti Lebah dan Anai-anai, lazimnya semut jantan akan mati selepas proses mengawan. Bagaimana pun banyak juga spesis tertentu yang semut penjantan tidak mati selepas mengawan. Golongan pekerja lazimnya bertugas mencari makanan, membina sarang, memberikan makan kepada larva dan sebagainya. Askar pula menjaga koloni daripada dicerobohi oleh musuh dengan menggunakan sengatan atau gigi. Koloni semut atau lebah memang merupakan satu masyarakat sosial yang sangat baik untuk dicontohi oleh manusia dalam kehidupan bermasyarakat.


Marfologi semut ada berbagai bentuk, struktur, organ dan saiz bergantung kepada spesis dan likaliti tempat tinggal. semut mempunyai sistem 'exoskeleton' yang berfungsi sebagai struktur pelindung badan. Serangga ini tidak mempunyai paru-paru dan gas oksijan serta karbondioksida keluar masuk melalui organ exoskeleton yang dikenali sebagai spiracles. Bahagian kepala semut mempunyai banyak organ sensory seperti sesungut dan juga sepasang mata kompound. Mata kompoun semut tidak dapat melihat dengan jelas seperti mata kita malahan ada semut yang dikategorikan sebagai 'buta' terutama yang tinggal didalam tempat gelap dan koloni sentiasa berada dalam tanah. Sepasang sesungut (antennae) pula membeolehkan semut mengesan sebagai deria kepada sebarang pergerakan udara, bahan kimia, sentuhan dan sebagainya.


Apakah yang semut makan?. Kebanyakan jenis semut adalah haiwan yang dikaitkan dengan agen pereputan tumbuhan dan lain-lain bahan organik. Bagaimana pun peranannya amat ketara sebagai serangga berfaedah seperti lebah yang membantu dalam proses pendebungaan (Pollination) disamping menghasilkan madu, lilin, 'royal jelly' dan pelbagai produk lain. Walau pun terdapat spesis semut yang merupakan jenis perosak kepada tumbuh-tumbuhan tetapi ianya masih boleh dikawal menggunakan pelbagai kaedah.       

KOLONI SEMUT... ADA BANYAK KASTA...
ADA RATU, JANTAN... ASKAR, PEKERJA...
ADA ENAM KAKI... THORAX, BADAN, KEPALA...
BERIBU SPESIS... KUMPULAN HYMENOPTERA...

By,
M Anem
Taman Senai Jaya,
Senai, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(21 Zulhijjah 1433H)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...