KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, March 12, 2012

PENGENALAN RACUN SERANGGA 1

RACUN SERANGGA (Pesticide) merupakan sejenis bahan kimia yang tergolong dalam kategori Racun Makhluk Perosak iaitu sebarang bahan yang di gunakan untuk mencegah, memusnah, mengawal, menghalau atau mengurangkan makhluk perosak.  Di Malaysia ianya disenaraikan dibawah Jadual Pertama Akta Racun Makhluk Perosak 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pertanian. Secara amnya racun serangga adalah sebahagian daripada jenis racun makhluk perosak bersama dengan Racun Roden (Racun Tikus), Racun Kulat (Fungicide) dan Racun Rumpai (Weedicide). Saya mengenali racun serangga semenjak dulu lagi terutama apabila diperkenalkan racun aerosol untuk membunuh serangga seperti nyamok, lipas dan semut yang mudah dibeli dikedai-kedai biasa.  Artikel malam ini saya menulis dalam  "Anim Agro Technology" mengenai pengenalan asas mengenai racun serangga berdasarkan pembelajaran di universiti, kursus teknikal mengenai racun, pengalaman bersama ramai petani dan pembacaan daripada beberapa buah buku dan laman sesawang.


Secara amnya racun serangga boleh di kategorikan kepada 6 kumpulan iaitu Racun Sebatian Bukan Organik, Racun Sebatian Organik, Bahan Pewasap, Antibiotik, Biokimia dan Racun Serangga Mikrob. Pembahagian ini berdasarkan kepada penggunaan dan ciri-ciri racun tersebut disediakan serta komponen kimia didalamnya. Semasa belajar di tahun 2 di universiti memang agak sukar untuk mengulangkaji matapelajaran ini kerana banyak nama-nama kimia dan pemahaman khusus yang perlu dipelajari. Apabila disebut sahaja Racun Sebatian Bukan Organik bermakna racun jenis ini tidak mengandungi unsur-unsur Karbon (C) seperti Sulfur, Asid Borik, Natrium Borat dan juga Gel Silika. Mendengar sahaja namanya kita boleh agak yang cara tindakan bahan ini terus kepada haiwan serangga akan menyebabkan kemusnahan kepada serangga kerana tahap keasidan yang ujud. Bukan sahaja serangga, jika bahan ini terkena pada tangan kita pun akan merosakkan tisu atau kecederaan yang serius.


Racun Sebatian Organik pula merupakan jenis racun yang mengandungi Bahan Organik Karban (C) dan Hidrogen (H) serta beberapa unsur kimia lain yang bersesuaian dengan komposisinya. Pembacaan saya mendapati terdapat 9 kumpulan utama racun sebatian organik yang perlu kita tahu iaitu (1)  Botanikal, (2) Organoklorin , (3) Organofosforus , (4) Karbamat , (5) Piretroid, (6) Nicotinoids, (7) Spinosin , (8) Fiprol dan (9) Piridazinon. Bukan mudah hendak hafal nama-nama unik ini yang kemudian perlu diperjelaskan ciri-ciri setiap satu daripada kumpulan tersebut. Saya terpaksa mengingati menggunakan kaedah khas bagi mengingati nama-nama tersebut untuk menjawab soalan peperikan akhir semester. Kumpulan Racun Organik Botanikal terdiri dari racun serangga yang didapati atau berasal daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi yang ujud disekeliling kita. Antaranya seperti pati daripada Daun Neem (mengandungi azadiractin), Daun tembakau (mengandungi nicotine) dan daun Bunga Kekwa (mengandungi pyretrum).


Racun Sebatian Organoklorin (Organochlorine - OC) pula mengandungi bahan-bahan daripada Karban (C), Klorin (CI), Hidrogen (H) dan O. Racun ini merupakan janis racun yang stabil dan tahan lama. Racun jenis DDT merupakan jenis organoklorin yang paling popular sekitar abad ke 20 untuk kawalan kesihatan umum tetapi kini telah banyak yang telah diharamkan penggunaannya atau digunakan secara terkawal. Dulu masa kecil memang sering dengar orang suka gunakan racun DDT dimana-mana sahaja. Antara nama-nama racun ini seperti Lindane, Chlordane, Aldrin, Dieldrin, emdrins, mireks, endosulfan dan heptachlor. Racun ini juga sangat berkesan dalam mengawal populasi serangga dan sangat efektif sehingga membunuh serangga berfaedah yang lain.  


Racun Sebatian Organik Organofosforus (OP) dibuat berasaskan kepada Ester Asid Fosforik (Phosphoric Acid) yang bertindak kepada sistem saraf serangga. Racun jenis ini oaling banyak dikomersilkan oleh syarikat kawalan anai-anai (Baca anai-anai - Klik disini) yang mana ianga sangat berkesan mengawal serangga anai-anai (termites). Racun ini sangat kuat baunya dan juga sanagat toksik terhadap haiwan veterbreta. Penggunaanya bagi beberapa jenis racun ini perlu dikawalselia dengan teliti dan perlukan lesen khas untuk menggunakannya daripada kerajaan. Antara jenis racun jenis ini seperti Malathion, Fenitrothion, Triclorfon, Fenamiphos, Fenthion, Penthoate, Chlorpyrifos , Temefos, Diazinon dan juga Quinalphos. Bukan senang nak ingat nama-nama racun jenis ini yang ada hujungnya denga 'fos'. 


Racun sebatian Organik Karbamat (Carbamate) merupakan jenis racun serangga yang menyerupai aktiviti Organoposfat (OP). Racun ini bertindak terhadap sistem saraf serangga iaitu enzim kolineterase yang biasanya mempunyai spektrum yang luas. Contoh bahan racun ini seperti Propoxur dan Bendiokarb. Racun Sebatian Organik Piretrin (Phyrethrin) adalah sebatian sintetik yang menyerupai  struktur kimia pirethrin. Racun ini saya difahamkan mempunyai kesan efektif pada paras kandungan yang rendah dan sering dijadikan bahan asas untuk semburan 'aerosol' seperti untuk kawalan lipas, nyamuk dan lalat dirumah kita. Jenama seperti Shieldtox, Baygon, Ridsect, H2O dan banyak lagi mudah dibeli dikedai-kedai runcit dan pasaraya. Contoh bahan aktif racun ini seperti Tetramethrin, Permethrin, Bifenthrin, Lamda-cyhalothrin, Cypermethrin, Cyfluthrin,  Deltamethrin dan juga tidak ketinggalan Efenvelerate.  Racun ini mempunyai kadar toksiksiti kepada mamalia yang rendah tetapi ianya toksik terhadap ikan dan lebah (Apis cerana).


Racun Sebatian Organik Nicotinoids pula merupakan racun serangga kelas baru yang menyerupai nicotina semulajadi. Kaedah kawalan dengan cara sistemik yang mana mempunyai ciri sistem-akar yang baik. Contoh racun ini adalah seperti Imidachloprid yang mampu mengawal perosak pertanian dalam tanah seperti serangga tanah, anai-anai dan serangga rumput. Racun Sebatian Organik Spinosin pula adalah kelas terbaru dalam jadual racun seperti racun jenis Spinosid. Racun baru ini digunakan dalam bidang pertanian untuk kawalan serangga. 


Racun Sebatioan Organik Fiprol adalah racun jenis sistemik seperti Fiprol yang digunakan dalam sektor pertanian dan sektor awam. Cara penggunaannya dalam bentuk 'umpan' untuk anai-anai, lipas dan semut serta berkesan terhadap serangga yang toleran kepada racun Pyrethroids, Carbamate dan Organophosphate. Racun Sebatian Organik Piridiazinon adalah jenis racun yang mempunyai kesan sisabaki atau residu yang sangat panjang tetapi serangga yang disembur cepat mati.  Jenis racun seperti pyridaben yang bersifart memilih (selective pesticide) dan banyak digunakan dalam sektor pertanian. Demikianlah beberapa racun sebatian organik yang dapat dijelaskan setakat ini......    


Bersambung Part 2....Klik disini!  


RACUN SERANGGA....DIGUNA SELALU....
ADA YANG TOKSIK....BACA LABEL DULU...
SANGAT BERGUNA...TIDAK KIRA WAKTU...
DISEMBUR ..PASTI SERANGGA TERKEDU...
CARA MENGGUNA...KESELAMATAN PERLU...
JANGAN TERMINUM...BADAN AKAN BEKU....


By,
M Anem
Room 223, Season View Hotel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(19 Rabiulakhir 2012) 

2 comments:

  1. maaf izinkan saya copyuntuk tujuan rujukan

    ReplyDelete
  2. maaf izinkan saya copy sebagai rujukan saya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...