KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, March 9, 2012

PEMASUAN SEMULA (RE-POTTING)

PEMASUAN SEMULA (Repotting) merupakan satu kaedah untuk menukarkan media tanaman didalam pasu atau bekas tanaman bertujuan untuk menggantikan media bahan tanaman tersebut. Tahukah anda teknologi pemasuan semula?....Tanaman hiasan atau tanaman makanan (edible plants) boleh dijalankan pemasuan semula apabila kita dapati pokok tersebut telah berumur dan tidak subur. Tanaman didalam pasu atau bekas khas memerlukan media tanaman seperti Tanah campuran, Cocopeat atau pelbagai jenis media lain yang mampu membekalkan makanan atau nutrien kepada tumbuh-tumbuhan dalam pasu. Walau pun media ini pada asalnya mempunyai unsur nutrien tetapi lama kelamaan nutrien ini akan berkurangan yang diambil oleh tumbuhan dan pembajaan pun menjadi kurang efisien. Ini kerana terlalu banyak akar tumbuhan yang telah memenohi ruangan didalam pasu tadi dan mengakibatkan ketiadaan ruang untuk akar pokok mengembang lagi. Akibatnya baja dan air yang dicurahkan kedalam pasu tidak dapat diambil dengan sempurna oleh pokok dan keluar dan pokok akan menjadi tidak subur. Artikel petang ini saya menulis maklumat mengenai teknologi pemasuan semula.


Pemasuan Semula perlu dijalankan untuk menggantikan medium penanaman sama ada tanah campuran, tanah diperkayakan atau cocopeat dengan medium yang baru untuk meningkatkan kesuburan tanah dan memberikan hasil lebih (kepada tanaman yang berhasil seperti cili, tomato, cili padi, terung pipit, terung dayak dan tanaman ulaman yang lain). Bagi pokok tanaman hiasan ianya akan memberikan lebih banyak ruang kepada sistem zon pengakaran dengan menggantikan saiz pasu yang lebih besar. Pokok ini akan mendapat ruangan akar dan tanah yang baru dan mampu meneruskan kehidupannya dengan selesa. Ciri-ciri pokok dalam pasu yang perlu dibuat pemasuan semula apabila kita lihat pokok kurang subur, tidak segar, terbantut dan hasil sudah berkurangan akibat kandungan nutrien dalam tanah kerana telah habis diserap oleh akat tumbuhan tersebut. Akar tumbuhan dalam pasu telah terlalu padat bergumpal-gumpal dan kekurangan ruangan untuk pengudaraan serta penyimpanan nutrien. Kadang-kadang kita lihat pasu akan retak atau pecah akibat akar yang terlalu padat dan perlu digantu dengan pasu baru. Kalau kita menyiram pokok dalam pasu, ianya bertakung sahaja dan tidak meresap kebawah akibat kandungan akar terlalu padat.  Selalu kelihatan akar pokok terkeluar dari bawah atau retakkan pasu dan masuk dalam tanah.


Antara tujuan pemasuan semula adalah untuk memudahkan pokok dapat nutrien baru yang efektif serta sumber lain seperti air, cahaya matahari dan ruangan baru untuk berkembang. Pokok akan keluar tunas baru dan ini akan memudahkan kerja-kerja enjagaan seterusnya. Jikatidak dilakukan maka pokok hiasan akan nampak tidak cantik dan memalukan pemilik sahaja. Kerja2 pemasuan semula ini sangat mudah dijalankan, murah, tidak memerlukan tahap kemahiran tinggi dimana mampu menghasilkan kesan yang signifikan kepada pertumbuhan pokok. Sebaiknya dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan mengikut jenis tanaman, kaedah penjagaan serta tujuan kita membuat pemasuan semula tersebut. Dalam industri tanaman Bonsai, pemasuan semula dilakukan banyak kali untuk mendapatkan cabang dan bentuk pokok bonsai yang cantik dan mampu dijual dengan harga berpuloh ribu ringgit malah saya melawat di Beijing sampai bernilai RM 2.5 juta! sepokok. Kepakaran pemilik pokok bonsai dalam membuat cantasan, pemasuan semula dan penjagaan rapi membuahkan hasil dengan jualan pokok bonsai yang mahal.


Memilih Bekas Pasu yang sesuai untukPemasuan Semula dan pemilihan mengikut saiz pokok adalah sangat penting. Elakkan membuat pemasuan semula menggunakan asu yang lebih kecil daripada pasu sebelumnya. Lazimnya pelbagai bekas boleh digunaakan dalam pemasuan semula. Ini termasuklah bekas yang dibuat daripada Tanah Liat, Seramik, Pasu Plastik (murah dan praktikal), Kotak Kayu, barangan terbuang (Tayar, Tong Palastik dan sebagainya) dan  serta  pasu yang berbentuk kreatif atau bentuk unik. 

  • saiz pasu yang lebih besar dari asal hendaklah digunakan bagi mengantikan pasuasal bagi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhanakar
  • pasu yang mempunyai lubang saliran di dasarnya bagi tujuan menyalirkan airsiraman yang berlebihan dan mengelakkan air dari bertakung yang bolehmenyebabkan kerosakan akar
  • mudah dibersihkan
  • kemas dan menarik dari segi bentuk dan warnanya
Caranya mudah dengan mengalihkan pasu ketempat lapang dan potong akar pokok yangterkeluar melekat pada tanah. Gunakan logam seperti parang pendek, alat scoop untuk di lalukan ditepi pasu bagi memotong akar-akar dari terlekat pada pasu. Apabila boleh dikeluarkan isinya maka keluarkan pokok bersama akar dengan berhari-hari agar batang atau perdu pokok tidak rosak. Bersihkan gumpalan-gumpakan akar yang terdapat pada pasu. Potong dengan pisau tajam dan buang sebahagian dahan atau daun dibahagian atasnya. Gunakan pasu yang lebih besar dan dimasukan batu penutup lubang bawah sebelum diisikan dengan tanag campuran 3:2:1 (Tanah: Pasir: Baja Organik) atau bahan medium lain seperti cocopeat dan sebagainya. Medium tersebut hendaklah disikan jangan terlalu penuh untuk ruangan akar. Masukan pokok yang telah dibuat 'trimming' pada akar dan daun serta pucuk (Jika perlu) kedalam pasu baru yang dibawahnya ada tanah. Masukan  campuran tanah dikeliling pokok yang dibuat pemasuan semula dan padatnya disekelilingnya. Siram pokok selalu selepas dibuat re-potting. Selamat mencuba!


MENGGANTI PASU...MUDAH KERJANYA...
POKOK DIKELUARKAN...GANTI TANAHNYA...
PASU LEBIH BESAR..NAMPAK KESANNYA...
SELESAI KERJA...TUNGGU NIKMATNYA...


By,
M Anem
Muar, Johor,
MAlaysia.
(16 Rabiul Akhir 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...