Thursday, March 1, 2012

APA ITU TISU KULTUR?

APA ITU TISU KULTUR (Tissue culture)?
Ramai diantara kita telah pun mendengar dan tahu mengenai Tisu Kultur dalam bidang pertanian sebagai satu cara menghasilkan bahan tanaman atau anak pokok yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan seperti daun, batang atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril atau pun aseptic untuk tumbesaran. Teknologi ini telah menjadi satu kaedah dalam cara pembiakan mikro (micropropogation) pengeluaran anak benih tanaman secara komersil yang bernilai jutaan ringgit di seluruh dunia. Teknologi ini telah banyak mengalami permodenan sehingga mampu menghasilkan anak pokok yang 'true-to'type' atau sama dengan induknya dalam masa singkat dan terjamin kualitinya. Teknik tisu kultur dicipta bagi mendapatkan anak bahan tanaman selain daripada teknik sedia ada seperti pengeluaran biji benih serta kaedah vegetatif seperti cantuman, keratan, tut dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis teknologi tisu kultur bagi mengeluarkan anak benih tanaman yang efektif dan berkesan.


Teknologi Tisu Kultur merupakan satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap didalam makmal yang bermula dengan pemilihan bahan untuk dikultur seperti bahagian daun, batang, pucuk atau sel tisu yang diambil dari tanaman terpilih dan dikulturkan dalam media secara steril. Bahagian kecil ini dipotong-potong halus dalam keadaan steril dan dimasukkan kedalam bekas media pembiakan dalam petri disc. Media kultur lazimnya daripada bahan GEL (Agar) yang mengandungi nutrien seperti gula, vitamin dan hormon yang akan memberikan makanan kepada keratas yang akan menjadi KALUS (Calus) membesar dengan cepat bagi membentuk 'plantlet'. Telah dibuktikan di makmal seperti penghasilan tisu pisang dan orkid mampu memproses sehingga 1 juta anak pokok setahun bergantung kepada kapasiti makmal. Makmal adalah lokasi asas untuk membuat proses tisu kultur yang dilengkapi dengan peralatan lengkap yang agak mahal dan sensitif dengan sanitasi (kebersihan dan steril). Kegagalan menghasilkan plantlet disebabkan oleh berlakunya pencemaran oleh bahan lain yang menggangu kejayaan pembentukkan plantlet dan kalus (Lihat foto kalus dibawah). 


Langkah paling awal adalah dengan mengambil sumber tisu tanaman dari tanaman yerpilih yang mempunyai ciri-ciri baik seperti penghasilan tinggi, sihat, tahan serangan penyakit, cepat berhasil serta memdapat permintaan bahan tanaman yang tinggi dipasaran. Contonhya pisang berangan, pisang tanduk dan pisang rastali adalah mendapat permintaan yang tinggi berbanding dengan pisang awak, pisang nipah dan pisang raja. Potong sel tisu kecil dari bahagian daun, batang atau pucuk (akar pun boleh juga) dan masukan keratan kedalam bekas kultur tisu yang telah disteril dahulu untuk menghapuskan patogen atau kulat lain. Sediakan bekas khas yang mengandungi media kultur (gel agar) yang berkualitu dan letakan potongan sel tius tumbuhan tadi. Dalam keadaan terkawal maka sel tisu akan membesar (continue to grow) menjadi KALUS (Callus) yang kemudiannya akan membentuk seakan pucuk tumbuhan. Kemudian bentuk anak pokok kecil (Plantlet) akan terbentuk yang akan membentuk tumbuhan kelak.  Apabila plantlet ini membesar maka keluarkan dengan mencabut dan masukan kedalam bekas lain agar lebih sesuai. 


Dalam bekas yang lebih besar plantlets akan membentuk bahagian daun dan akar pokok.  Apabila cukup saiz untuk dialihkan maka plantlets dicabut plantlets tadi dan tanam didalam polibeg yang mengandungi media tanah, tanah campuran, cocopeat dan sebagainya. Anakbenih dalam polibeg ini perlu diletakan dalam rumah lindungan yang terkawal untuk proses pembesaran seterusnya sehingga sesuai untuk ditanam diladang. Pastikan anak benih yang diletak dalam rumah lindungan tersebut mendapat rawatan dan penjagaan yang sempurna daripada serangan perosak dan penyakit dengan sistem penyiraman dengan sempurna. Lazimnya anak benih dari tisu kultur serupa dengan pokok induk dan tumbuh dengan seragam. Penanaman diladang juga akan memberikan kadar pertumbuhan yang seragam jika mendapat tanah yang sama suburnya dan kaedah pengurusan yang sama. Hasilnya akan keluar seragam dalam kualiti dan kuantiti yang sesuai mengikut perancangan asal. Pengalaman saya membeli dan menanam tisu kultur pisang berangan daripada pembekal swasta di Selangor dengan harga RM 1.20 - RM 1.60 sepokok mendapati prestasi pokok adalah sangat mengkagumkan. 


Pemerhatian dari penanaman pokok pisang tisu kultur dibanyak lokasi di Johor , Melaka dan Pahang saya dapati anakbenih tisu kultur sangat baik untuk penanman secara komersil dan besar-besaran. Diantara beberapa kebaikan benih tisu kultur adalah kadar pembiakan dan mutu hasil yang tinggi, cepat dan seragam semasa didalam makmal, ditapak semaian mahu pun peringkat awal penanaman diladang. Lazimnya anak benih tanaman tisu kultur adalah bebas daripada penyakit terutama penyakit yang berasaskan 'soil-borne', penyakit bawaan kulat atau perosak. Makmal yang sentiasa bersin menjamin tiada kejadian serangan penyakit ketika proses penyediaan kecuali jika ada pun diperingkatan nurseri yang mudah untuk dikawal.  Kita boleh menyediakan bahan tanaman tisu kultur pada bila-bila masa sahaja tidak bergantung kepada cuaca dan musim penanaman dalam bilangan menikut keperluan. 


Kaesah Tisu Kultur ini amat sesuai bagi tanaman-tanaman yang sukar dibiakan dengan kaedah biasa sama ada peratus percambahan rendah, bilangan biji yang sedikit, sukar dibiakan secara vegetatif atau pun spesis yang hampir pupus. Bahan tanaman yang dihasilkan juga bebas dari serangan oatogen yang boleh didimpan didalam keadaan in-vitro dimana ini membolehkan kita membuat pertukaran sumber genetik organisma yang selamat diantara negara-negara.  Teknologi ini juga merupakan sebagai satu kaedah penyimpanan janaplasma dan penyelamatan DNA sesuaitu tumbuhan yang penting untuk pembangunan program bembiakan pada masa akan datang. Kos untuk memulakan insdutri kecil-kecilan makmal tisu kultur juga bergantung kepada tahap teknologi yag hendak digunakan daripada yang paling murah sekitar RM 50,000 sehingga yang canggih bernilai berjuta-juta ringgit. Telah banyak syarikat swasta dan agensi separa kerajaan yang menjalankan industri pengeluaran bahan tanaman dengan teknologi tisu kultur. Semuga industri pengeluaran bahan tanaman dengan kaedah kultur tisu akan terus berkembang dimasa akan datang dan mampu menjamin bekalan makanan negara akan terus mencukupi, 


TEKNOLOGI TISU KULTUR...SANGAT PRODUKTIF...
DIDALAM MAKMAL...KAEDAH YANG SENSITIF...
KUANTITI BANYAK....PENERIMAAN POSITIF...
PERLU DIMAJUKAN ...DENGAN LEBIH KREATIF...


By,
M Anem
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(8 RabiulAkhir 1433H)

3 comments:

  1. saya ingin minta pandangan tuan tentang industri kultur tisu pisang di negara kita dengan lebih mendalam.

    boleh tuan luangkan masa?
    rulhazwanami@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Industri Pengeluaran Benih Tisu Kultur telah maju dengan banyak syarikat2 GLC (FELDA, Johor Plat Tec, State GLC etc) dan Persendirian Swast (berpuloh2) yang terlibat. Bekalan tidak menjadi masaalah dan masa ini sangat sesuai kerana penggunaan sulur pisang tidak disyorkan akibat penyakit MOKO. Kena compete harga dan kualiti benih. Thanks.

    ReplyDelete
  3. en m anem.. saya ni tahu buat clon orkid, pisang dan herba. tapi sgt ssh cr kerja la... boleh tak emailkan ape-ape company yang en tahu ke ctsal_84@yahoo.com. tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA