Tuesday, January 4, 2011

Bahan Tanaman di Malaysia

Permintaan terhadap biji benih dan bahan tanaman dijangka akan bertambah ekoran dari perlaksanaan pelbagai jenis projek pertanian komersial oleh pihak kerajaan dan swasta bagi menambahkan bekalan makanan dalam negara. Walau pun industri biji benih telah lama ujud di Malaysia, tetapi bekalan bahan tanaman yang bermutu tinggi masih lagi tidak mencukupi serta tidak konsisten. Fenomena ini terjadi disebabkan oleh ketiadaan keutamaan, penyelarasan serta fokus dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab. Ini menyebabkan kebanyakan biji benih terpaksa diimpot dari luar negara. Artikel ini ditulis secara khususnya mengkaji status industri biji benih dan bahan tanaman semasa berdasarkan kepada bahan rujukan, temubual dan pengalaman bertugas dalam bidang pertanian.

Kita perlu melihat daya maju projek diukur dari analisa semua faktur2 untuk dipertimbangkan didalam pembangunan industri biji benih. Faktur2 tersebut ialah seperti bekalan dan permintaan, kesesuaian persekitaran, keupayaan teknikal & organisasi, perundangan, pengalaman dan kepimpinan. Analisa SWOT bagi pengeluaran biji benih dan bahan tanaman bagi komoditi-komoditi utama juga boleh dibuat untuk meneltit kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang kita boleh ambil untuk memajukan industri benih negara.


Pada keseluruhannya, perseimbangan perdagangan (BOT) bagi industri biji benih dan bahan tanaman di Malaysia adalah dalam keadaan kekurangan (defisit) disebabkan nilai impot melebihi nilai ekspot iaitu sejumlah RM 18.23 juta dalam tahun 2000, RM 17.88 juta dalam tahun 2001 dan RM 12.26 juta bagi tahun 2002. Bagi komoditi padi , walau pun industrinya sudah matang dan lengkap, ianya masih mengalami defisit biji benih sah sebanyak lingkungan 7,000 mt setahun. Bagi benih sayur-sayuran , sebanyak 95% (252 tan) daripada jumlah keperluan benih adalah perlu impot.


Dianggarkan sebanyak 1 juta anak benih tanaman atau 'seedlings' dikeluarkan bagi memenuhi keperluan pembangunan industri buah-buahan di negara kita. Benih tanaman tembikai dan tanaman penutup bumi diimpot sepenohnya iaitu masing-masing bernilai RM 1.70 juta dan RM 4.2 juta setahun. Bagi tanaman bunga-bungaan pula, impot bahan tanaman (biji benih, bulbs, tubers, corms, crowns) adalah sigifikan sebanyak RM 5.72 juta pada 2005 tetapi menunjukkan pertumbuhan yang negatif kerana terdapatnya bahan tanaman yang diekspot.


Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai 'agro-climatic' yang sesuai bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam aspek biji benih dan bahan tanaman bagi komoditi tropika dengan pengecualian biji benih tanaman sayur-sayuran berjenis brassica dan tanaman pastura/ penutup bumi. Hal ini disokong dengan 'megadiversity' serta 'indigenous species' yang ujud dinegara ini. Faktur keupayaan teknikal dan infrastruktur adalah berkait rapat. Pada masa ini industri biji benih dan bahan tanaman mempunyai kumpulan/ sub-inndustri/ 'players' yang lengkap. Ini termasuklah institusi/agensi yang menjalankan R&D, agensi perlaksana/ pengembangan, syarikat biji benih komersial, pengedar, organisasi bukan kerajaan dan sebagainya. Kerajaan telah memberi penekanan terhadap pengeluaran biji benih dan bahan tanaman berkualiti seperti di sebut dalam Dasar Agro Makanan dan Program NKEA EPP-14. Majlis Benih Negara akan ditubuhkan dan merupakan salah satu cadangan dalam mengatasi isu ini. Dari segi perundangan pula, banyak langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagimenyelaras dan mengawal industri biji benih diantaranya melalui Akta Benih Negara atau Akta PVP.


Berdasarkan kekuatan (strength) yang ada serta faktor daya maju ekonomi, pengeluaran biji benih dan bahan tanaman bagi komoditi-komoditi berikut hendaklah dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan negara iaitu (a) Padi (b) Buah-buahan (c) Sayuran tropika jenis buh (fruity vegetables) (d) Bunga-bungaan tropika termasuk orkid, 'pot-plants', pokok hiasan, pokok hutan dan 'foliage plants' (Khusus untuk ekspot) (v) Tanaman kontan seperti keledek, ubi kayu, keladi dan jagung manis (memenuhi keperluan tempatan dan menyokong industri hiliran) dan (vi) Tanaman Kelapa (Matag, Mawa dan Kelapa Pandan). Bagi tanaman tembikai dan pastura atau tanaman penutup bumi. Pengimpotan bahan tanaman dari luar negara akan diteruskan.


Bagi mencapai tujuan diatas beberapa strategi bagi meningkatkan dan memantapkan lagi sektor industri biji benih negara. Antara strategi ialah dengan (a) Mengembeling sumber tenaga pakar yang ada untukmenjalankan R&D dan pengembangan (b) Mangubal Akta Benih Negara (National Seed Act) (c) Menubuhkan Majlis Benih Negara (d) Memantapkan 'Seed Certification Scheme' (e) Memberi galakkan serta modal (f) Mengadakan pakatan strategik dengan negara-negara pengimpot dan institusi biji benih antarabangsa dan (g) Mempertingkatkan kemudahan infrastruktur, fasiliti dan keupayaan aktiviti risikan pasaran. Duharap dengan langkah-langkah ini diyakini industri biji benih negara akan lebih berdaya maju dan kompetitif.



MEMBELI. BENIH..NAIK MERCERDES....
BENIH BUAH-BUAHAN .....PELBAGAI JENIS....
PERIKSA KUALITI... BUAH YANG MANIS....
TANAM SAYURAN DAUN...ELOK DI TUMIS......



Related articles:
1. Benih Sayuran (Klik disini)
2. Benih Kelapa Matag (Klik disini)
3. Biakbaka Tumbuhan - Part 1 (Klik disini)
4. Biakbaka Tumbuhan - Part 2 (Klik disini)


By,
M Anem
Bekas AO Mersing
Johor, Malaysia.
(3.50 pagi Relax buat blog)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA