Support My Blog

Wednesday, January 12, 2011

Klasfikasi Tanaman Penting



Tumbuh-tumbuhan diatas muka bumi ini terdiri daripada pelbagai kumpulan dan kategori sama ada untuk tanaman makanan, tumbuhan bukan makanan manusia atau tumbuhan untuk makanan ternakan. Tumbuh-tumbuhan merupakan salah satu daripada komponen kitaran kehidupan antara manusia, tumbuh-tumbuhan, udara, cahaya matahari, tanah, angin dan faktur cuaca. Terdapat berbagai-bagai jenis tumbuhan yang digunakan oleh manusia untuk sumber makanan, pakaian, perubatan dan juga untuk ternakan. Artikel kali ini saya akan berkongsi maklumat mengenai beberapa jenis kumpulan tumbuh2an dan beberapa bukan makanan yang penting untuk dibincangkan berdasarkan kepada pengalaman penulis dan buku rujukkan "Agricultural Plants" karangan R.H.M. Langer & G.D. Hill dari Cambridge University Press 1982 (diterbitkan masa saya mula kerja). Terdapat 13 klasfikasi kumpulan tanaman penting yang akan dibincangkan iaitu Kumpulan Keluarga Graminae, Liliaceae, Cannabinnaceae, Chenopodiaceae, Compositae, Cruciferae, Cucurbitaceae, Legunminosae, Linaceae, Malvaceae, papaveraccae, Solanaceae dan umbelliferae.


1. GRAMINAE
Kumpulan Keluarga Graminae atau "Keluarga Rumput" ini merupakan kumpulan yang besar dengan 610 genera dan lebih 10,000 spesis serta 40 Tribes. Tumbuhan kumpulan ini terdapat dalam kawasan beriklim sejuk, sederhana dan juga iklim tropika. Tumbuhan ini juga hidup dikawasan padang pasir (savannah), Prairie, sttepes dan kawasan tropika untuk dimakan oleh ternakan ruminan yang menghasilkan daging, susu, cheese, bulu, kulit dan baja organik. Tanaman Graminae dari Kumpulan Bijirin seperti padi, gandum, Rye, barli, jagung merupakan tanaman utama di komersilkan bagi penghasilan beras, tepung , jagung dan sebagainya. Tumbuhan Buloh juga penting untuk digunakan sebagai bahan binaan dan makanan (rebung) selain dari pokok hiasan.

Tumbuhan Graminae merangkumi kumpulan Festucoidae dikawasan iklim sejuk dan Keluarga Panicoidae serta Chloridoidae di kawasan iklim tropika. Padi tergolong dalam keluarga Oryzoidae dan Buluh dalam keluarga Bambusiodae sementara kumpulan rumput rampai dalam keluarga Panicoidae. Tanaman bijirin seperti Padi (Oryza sativa), Gandum (Triticum spp), Barli (Hordeum vulgare), Oat (Avena sativa) , Jagung (Zea mays), Shorgum ( Sorghum vulgare) dan Rye (Secale montanum). Bagi kumpulan rumput sangat banyak kriteria dan jenis diantaranya seperti Rumput couch grass (Agropyron repens), Rumput Meadow Coxtail (Alopecurus pratensis), Oat Grass (Anthoxanthum odoratum) dan banyak lagi.


2. LILIACEAE
Tumbuhan kumpulan Liliaceae atau di kenali sebagai "Bebawang" ini tidak banyak. Tumbuhan ini banyak untuk kawasan iklim sederhana (Temperate) dan mempunyai bawang (bulb) atau bahagian daun yang digunakan sebagai makanan atau sayuran. Antara tanaman dalam keluarga ini adalah seperti Bawang Merah (Allium cepa), Bawang putih (Allium sativum), Leek (Allium ameloprasum) dan beberapa kategori pastura liar yang tidak boleh di makan. Tanaman Asparagus (Asparagus spp) juga termasuk dalam kumpulan ini dan mempunyai lebih dari 150 spesis dan hanya satu jenis ditanam untuk di makan manusia iaitu Asparagus officinalis.


3. CANNABINACEAE
Kumpulan tumbuhan ini adalah kecil hanya mempunyai 2 genera dan 3 spesis. Hanya 2 jenis yang berkepentingan ekonomi iaitu Tanaman Hop (Humulus lupulus) dan Hemp (Canabis sativa) yang mana bunganya digunakan untuk penyediaan atau pemeraman arak/wine/beer. Tanaman ini hanya di kawasan ilkim sederhana seperti di Jepun, USA dan Utara Asia.


4. CHENOPODIACEAE
Tumbuhan ini mempunyai 75 genera dan lingkungan 500-600 spesis dan cuma satu jenis yang penting untuk kegunaan manusia yang dikomersilkan. Tanaman Beets (Beta vulgaris) digunakan bahagian daun tetapi yang utama adalah umbisi. Tanaman ini sesuai di kawasan iklim sederhana seperti di kawasan Meditrenean, Eropah dan mempunyai 3 jenis iaitu Fodder Beets, Sugar Beets dan Beetroot. Tumbuhan lain dibawah kumpulan ini adalah Chenopodium yang terdapat di tanah tinggi Andes di Mexico seeperti Chenopodium quinoca dan Chenopodium album.


5. COMPOSITAE
Kumpulan keluarga Compositae adalah satu daripada kumpulan tertua yang besar dengan lebih dari 25,000 spesis yang tumbuh diseluruh pelusuk dunia. Hanya beberapa grnera sahaja yang berkepentingan ekonomi seperti bunga matahari (sunflower) untuk minyak, Salad (lettuce) untuk sayuran, Pyrethrum sebagai bahan aktif racun serangga dan beberapa lagi sebagai sumber aroma (bau-bauan). Bahagian yang digunakan sama ada daun, pucuk, batang, buah, biji dan akar sebagai bahagian khusus. Bunga Matahari (Helianthus annuus) mempunyai 70 spesis dan hanya 2 spesis yang digunakan komersil. Bunga matahari berasal dari dataran tinggi Mexico 2,000 tahun dulu. Bunga Chrysanthemum (Chrysanthemum morifolium) mempunyai 100 spesis dan C. cerrariforium mengandungi Pyrethrum yang merupakan bahan aktif racun serangga.

Tanaman Latuca atau Lettuce (Salad -Latuca sativa atau Latuca indica) digunakan sebagai sayuran daun . Keluarga Latuca mempunyai lebih 100 spesis terutama di kawasan iklim sejuk di utara benua. Latuca virosa digunakan untuk diambil getahnya bagi diproses sebagai dadah. Genus Cichorium mempunyai 2 tanaman iaitu Chichory (Chichorium intybus) yang digunakan bahagian daun untuk sayuran dan Endive (C. endiva) yang digunakan bahagian akar untuk pengganti minuman kopi. Lain2 tanaman bawah kumpulan ini seperti Niger Seed (Guizoita abyssinica) yang digunakan sebagai makanan ternakan lembu.


6. CRUCIFERAE
Kumpulan Cruciferae mempunyai 300 genera dan 3,000 spesis kebanyakkanya tanaman renek (herbaceous plant) dan terdapat dikawasan 'temperate dan sebahagian kecil dikawasan tropika'. Kumpulan BRASSICA merupakan kumpulan paling utama dalam keluarga ini. Brassica mempunyai 40 spesis dan terdiri dari annual dan biennial. Antaranya adalah seperti Sawi, Kobis, Kailan, Brokoli, Cauliflower, Mustard, Sprouts, Rape, swedes, Turnip dan lain2 lagi. Tanaman ini kebanyakan adalah dari kumpulan sayuran jenis daun yang mempunyai jangkahayat agak pendek. Lain2 tanaman kumpulan ini adalah Lobak Putih (Raphanus sativus) yang ditanam di Asia Timur seperti di China, Jepun, Korea dan India.


7. CUCUIBITACEAE
Kumpulan keluarga Cucurbitaceae mempunyai 90 genera dan 750 spesis yang tumbuh meluas disemua bahagian dunia. Cururbit kebanyakanya menghasilkan buah, daun dan batang yang di makan segar (tembikai) atau dimasak sebagai sayuran. Tumbuhan ini mempunyai batang yang menjalar atau memanjat dan perlukan sokongan bagi spesis tertentu. Tembikai (Citrullus lunatus) merupakan tanaman yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah-buahan yang sangat enak dan berbagai varieti. Terdapat tembikai susu, tembikai tanpa biji, panjang , manis dan sebagainya akibat program biakbaka yang dijalankan. Purata penghasilann tembikai 12,000 mt sehektar dengan berat buah 10 kg sebiji.

Keluarga Cucurbit lain yang penting adalah Cucumis yang mempunyai 40 spesis dari tanaman buah sehingga sayur-sayuran. Melon (Cusumis melo) antara yang popular seperti Musk Melon, Rock Melon, Honey dew dan Cantaloupe. Purata berat melon lingkungan 1-2 kg sebiji dengan banyak varieti. Timun (Cucumis sativus) merupakan pokok menjalar yang berasal dari India dan menghasilkan buah untuk dimakan segar atau di proses. Labu mempunyai 3 jenis iaitu Labu Manis (Cucurbuta maxima , C. moschata dan C. mixta) digunakan bahagian buah untuk dimasak dan dimakan sementara bijinya untuk minyak atau lain2 kegunaan.


8. LEGUMINOCAE
Keluarga Leguminosae atau "Kekacang" ini merupakan tanaman kedua terpenting selepas tanaman Graminae yang terdapat di kawasan iklim sederhana dan tropika. Tanaman ini mempunyai 700 genera dan 18,000 spesis dan mempunyai 3 sub-famili iaitu Mimosoidae, Caesalpiniodae dan Papilionoidae. Tanaman kekacang sangat penting kerana sifat mengikat Nitrogen dalam tanah oleh akar dan bakteria Rhizobium spp. Tanaman Kekacang Pastura (Trifolium) merupakan sumber makanan haiwan ternakan yang penting dengan 10 spesis utama. Antaranya adalah White Clover (Trifolium repens), Red Clover (Trifolium pratense), Alsike Clover (Trifolium hybridum), Crimson clover (T. incarnatum). strawberry clover (T. fragiferum), Subternean Clover (T. subteranneum) dan banyak lagi. Jenis MEDICAGO seperti rumpai Alfafa (Medicago spp) dan Kumpulan LOTUS seperti Birdfoot trefoil (Lotus corniculatus) dan Kumpulan MELLILOTUS merupakan tumbuhan untuk ternakan. Lain2 kumpulan dalam kekacang seperti kumpulan Onobrynchis (sainfoin), Ornithophus, Anthyllis, Demodium, Lespeedeza, Lablab, Lotononis, Macroptilium, Macrotyloma, Pueraria dan Stylosanthes.

Bagi Bijirin Kekacang terdapat Kacang tanah (Arachis hypogea) yang penting untuk menghasilkan kacang tanah bagi makanan dan minyak. Pigeon Pea (Cajanus cajan) atau Red Grain ditanam dikawasan temperate dan tropika terutama di India (93% pengeluaran dunia). Kacang Kuda atau Chick Pea (Cicer arietimum) ditanam untuk penghasilan biji dan dimakan segar atau diproses untuk produk lain. Kacang Soya (Glicine max) adalah tanaman penting di China, USA (25,000 juta hektar) dan beberapa negara lain sebagai tanaman untuk penghasilan kacang soya yang diproses untuk pelbagai kegunaan. Tanaman kekacang lain seperti Lens dan Lupinus.

Kumpulan PHASEOLUS (Sayur Kekacang) digunakan untuk buah, lengai dan juga biji. Antara tanaman kumpulan ini seperti Kacang Panjang (Phaseolus vulgaris), Runner Bean (P. coccineus), Kacang parang atau Lima Bean (P. lunatus). Kumpulan PISUM pula seperti kacang pea (Pisum sativum) yang dimakan sebagai sayur (pea muda) dan diambil biji apabila matang. Kumpulan PSOPHOCARPUS terdiri dari tanaman Kacang Botor atau winged bean (Psophocarpus tetragonolobus) yang menghasilkan buah untuk sayuran yang dimakan segar. Kumpulan VICIA seperti broad bean (macam kacang parang) iaitu Vicia laba merupakan tanaman yang popular di meditrenean dan Eropah. Kumpulan VIGNA seperti kacang hijau (Vigna radiata) ditanam untuk menghasilkan bijirin.


9. MALVACEAE
Tumbuhan dari keluarga Malvaceae mempunyai 50 genera dan 1,000 spesis yang berstruktur herba, renek dan pokok. Terdapat dua genera yang utama iaitu GOSSYPIUM an HIBISCUS. Tumbuhan Gossypium adalah spesis diploid (2n=26) dan tetraploid (2n=52) yang berguna untuk fiber dan biji. Kapas (Gossypium spp) merupakan tanaman utama untuk menghasilkan serat atau fiber bagi dijadikan kain untuk pakaian manusia. Bahagian bunnga kapas diproses hingga menjadi kain. Bagi kumpulan Hibiscus yang penting di Malaysia adalah seperti Kacang Bendi (Hibiscus esculentus) , Roselle (Hibiscus sabdariffa) dan Kenaf (Hibiscus spp).


10. LINNACEAE
Kumpulan Linnaceae terdiri dari 150 spesis dan hanya satu spesis yang dikomersilkan iaitu Linneum usiitatissimum atau dipanggil Linseed dan Flax. Tanaman ini digunakan untuk tujuan penghasilan fiber, linen flus atau minyak dari bijinya. Tanaman ini popular di majukan di USA, Canada, India dan Rusia.


11. PAPAVERACEAE
Kumpulan ini hanya popular di Eropah sebagai rumpai dan hanya satu yang ada nilai ekonomi iaitu Poppy (Papaver somniferum). Tanaman opium ini berasal dari Asia Minor yang mengandungi dadal jenis morfin iaitu sejenis narkotik untuk digunakan dalam sektor perubatan. Penanamn poppy biasanya di kawal oleh kerajaan bagi mengawal penyalahgunaan narkotik yang merbahaya. Negara pengeluar utama adalah Rusia, balkan dan Turki.


12. SOLANACEAE
Kumpulan tanaman keluarga SOLANACEAE mempunyai 75 genera dan 2,000 spesis yang merupakan tanaman daru dunia baru. Banyak tanaman ini dikawasan tropika dan ada yang mengandungi narkotik dimana tumbuhan ini berstruktur herba, renek atau pokok kecil. Kumpulan CAPSICUM atau Cili merupakan tanaman penting di Asia dan Amerika Tengah. Dua jenis cili yang popular untuk makanan ialah Cili Besar (Capsicum annum) dan Cili Padi (Capsicum frutecens). Kumpulan LYCOPERSICUM seperti tanaman tomato (Lycopersicum esculentum) merupakan komoditi penting diseluroh dunia. Tomato merupakan tanaman yang menghasilkan buah untu sayuran segar atau diproses menjadi jus, puree, chutney, serbuk, soups, dalam tin dan sebagainya. Teknologi penanaman tomato dalam rumah kaca (Greenhouse) di kawasan Eropah, Jepun, China memberikan penghasilan yang sangat tinggi.




Kumpulan NICOTIANA terdiri dari tanaman Tembakau yang digunakan untuk membuat rokok, serbuk dan kegunaan farmaceutikal. Tembakau (Nicotiana tabacum) merupakan tanaman untuk menghasilkan daun popular di kawasan tropika dan sub-tropika untu dibuat rokok, cerut dsb yang mengandungi Nikotin. Kumpulan SOLANUM adalah penting untuk makanan seperti Kentang (Solanum tuberosum) yang merupakan sumber makanan ruji bagi kebanyakan negara. Tanaman kentang merupakan tanaman yang menjalar dan menghasilkan umbisi untuk dimakan segar atau diproses bagi dijadikan pelbagai produk lain. Jenis solanum yang lain ialah terung (Solanum melongena) atau Terung Bulat yang digunakan sebagai sayuran buah.


13. UMBELLIFERAE

Kumpulan Umbelliferae kadang2 dipanggil juga sebagai Apiaceae yang mempunyai 275 genera dan 2,800 spesis. Tumbuhan ini banyak di kawasan beriklim sejuk dan kawasan tinggi di tropika. Tumbuhan ini dari jenis binneal dan parrenial yang juga dijadikan bahan makanan segar atau untuk diproses. Kumpulan APIUM seperti Saderi atau Celery (Apium graviolens) merupakan sayuran. Kumpulan DAUCUS mempunyai 60 spesis tetapi hanya satu spesis sesuai untuk makanan iaitu karot (Daucus carota) yang menghasilkan umbisi untuk kegunaan segar. Kumpulan PASTINACA seperti Parsnip (macam lobak - Parstinaca sativa) hanya ditanam dikawasan eropah dan meditrenean. Parsley (Petroselinum crispum) tergolong dalam kumpulan ini yang banyak di tanam untuk kegunaan sayuran segar dan salad.



BACA ARTIKEL...DAPAT MAKLUMAT....
DULU DAN TAHU....KINI TAK INGAT....
TULIS ARTIKEL....KADANG2 PENAT....
DAPAT ILMU...LEBIH KUAT SEMANGAT...




Artikel berkaitan:
1. Leafy vegetables on Peat (Click here)
2. Genetically Modified Crop (Click here)
3. Aloe Vera (Click here)
4. Talk About Sustainable Agriculture (Click Here)
5. Sifir Pertanian (Klik disini).


By,
M Anem
Penat?...tak..
Putrajaya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...