KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, January 2, 2011

WELLCOME 2011


Asalamualaikum w.b.t.

Selamat Datang Tahun 2011 !
Hari ini merupakan hari pertama untuk tahun ini iaitu 1.1.11
Saya mengucapkan selamat tahun bary kepada semua rakan-rakan dan pada pembaca blog saya. Digarap pada tahun ini kita akan mendapat kenikmatan dari Allah jua.

Azam baru tahun 2011 adalah untuk meningkatkan lagi kopentensi penulisan dalam teknologi pertanian dalam Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Blog dalam Bahasa Malaysia ditulis dalam http://www.animhosnan.blogspot.com/ sementara blog dalam Bahasa Inggeris dalam http://www.animagro.blogspot.com / . Antara skop tajuk yang dirancang untuk di tulis dalam blog saya pada tahun 2011 seperti berikut :

1. Perikanan dan Akuakultur
2. Penternakan dan Veterinary
3. Industri Asas Tani dan Pemerosesan Makanan
4. Tanah dan Pembajaan
5. Penyakit Tanaman dan Serangga Perosak
6. Sains Tumbuhan dan Agronomi
7. Isu-isu semasa teknologi pertanian

Sebanyak 10-20 artikel dirancang untuk ditulis setiap bulan menjadikan sasaran sebanyak 120 - 240 artikel untuk tahun 2011. InsyaAllah!
Diatas komen, pandangan, minta penerangan lanjut dan sebagainya dari pembaca saya akan cuba jawab sedaya mampu. Saya sentiasa memperbaiki dan menambahnilai artikel sedia ada jika mendapat input-input baru berkaitan artikel yang telah saya tulis pada 2009 dan 2010. Maknanya artikel yang telah lama ditulis pun sentiasa saya kemaskini dengan data atau foto baru yang lain.

Sekian.

M ANEM
Melaka
(Foto diatas semasa lawatan ke Citrus Farm Dina Farm, Mesir pada 2005)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...