KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, January 16, 2011

Perdagangan Pertanian Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai nilai perdagangan yang tinggi didunia dari sektor pengeluaran gas, minyak, barangan elektronik, pengangkutan, perkhidmatan dan tidak ketinggalan dalam sektor pertanian. Malaysia menduduki tangga ke 17 dalam dunia dari segi negara-negara pengekspot bernilai trilliun ringgit semenjak beberapa tahun dulu. Antara produk pertanian yang banyak dihasilkan untuk diekspot adalah industri dari produk kelapa sawit, getah, pembalakan, perikanan (ikan hiasan) dan pelbagai lagi. Artikel ini membincangkan perdagangan pertanian pertanian di Malaysia seperti dilaporkan oleh MoA dan pembacaan penulis dari beberapa sumber maklumat yang lain.

Perdagangan Malaysia dalam sektor pertanian (tidak termasuk sektor Kelapa Sawit, Getah, Pembalakan - Kategori Tanaman Industri) pada 2009 bernilai RM 8.240 billion dimana sebanyak RM 2.804 billion adalah Nilai Ekspot dan RM 5.436 adalah Nilai Impot dan mengalami defisit perdagangan bernilai RM 2.632 billion. Barangan Ekspot yang terbesar adalah produk Koko, Rempah, Kopi bernilai RM 4.1 billion diikuti oleh produk Sediaan Makanan (RM 3.981 billion) dan produk berasaskan perikanan (Ikan, Krustecea, Moluska) sebanyak RM 2.201 billion. Malaysia bagaimana pun merupakan negara pengekspot bijirin dan sediaan bijirin yang berjaya di dunia dengan nilai ekspot bernilai RM 1.333 billion walau pun kita bukan pengeluar utama bijirin didunia. Produk "3-dalam-1" keluaran Malaysia seperti Kopi, Oat, Oat, Gandum, Barli, Susu, Gula yang dicampur dalam satu paket dijual sebagai makan segera untuk sarapan pagi dikeluarkan untuk pasaran domestik dan ekspot dengan logo halal.


Malaysia mengekspot binatang hudup bernilai RM 526 juta pada 2009 keluar negara (Tidak termasuk kuda lumba, binatang peliharaan dan binatang zoo). Bagi produk daging dan produk sediaan daging pula ekspot negara bernilai RM 239 juta seperti produk burger, sosej dan banyak lagi. Produk hasil tenusu dan telur burung pula menyumbang sebanyak RM 902 juta. Dalam sektor pengeluaran sayuran pula sebanyaK RM 1.333 billion sayuran segar dan produk sediaan sayuran telah diekspot keluar negara terutama ke Singapura, Brunei dan beberapa negara jiran. Antara sayuran segar yang diekspot adalah seperti kobis, cili, sayuran buah, sayuran daun. Ekpsot buah-buahan pula bernilai RM 634 juta terutama buah-buahan bermusim seperti Durian, Manggis, Rambutan, Mangga dan buah-buahan tidak bermusim seperti Tembikai, Betik, Belimbing dan sebagainya. Selain daripada ke Singapura, pasaran buah-buahan Malaysia dihantar ke Hong Kong, China, Negara-negara Timur Tengan dan Eropah. Bagi produk gula dan sediaan gula nilai ekspot Malaysia pada 2009 bernilai RM 520 juta manakala ekspot bahan makanan untuk ternakan bernilai RM 706 juta.

Nilai impot barangan pertanian bagi Malaysia bernilai RM 5.436 billion pada tahun 2009 dimana komponen utama ialah bahan makanan untuk ternakan bernilai RM 4.409 billion. Bahan utama makanan ternakan tersebut adalah Jagung, Kacang Soya, Gandum dan beberapa jenis bijirin lain yang diimpot dari China, USA, Australia dan sebagainya yang di proses oleh kilang tempatan untuk bahan makanan ayam, ikan, khinzir dan sebagainya. Malaysia juga mengimpot banyak barangan Bijirin dan sediaan bijirin sebanyak RM 4.078 billion untuk di gunakan sebagai keperluan domestik dan sebahagian lagi untuk diproses semula bagi produk '3-dalam-1' dan diekspot semula. Produk ini menyumbang nilai ekspot yang tinggi bagi Malaysia. Malaysia juga mengimpot dengan banyak produk berasaskan Kopi, Teh, koko dan keluarannya bernilai RM 4.161 billion dari luar negara.

Dari segi sektor tanaman Malaysia mengimpot banyak sayuran suhu sederhana seperti cili, bawang merah, bawang putih, leek, karot, cili kering, cauliflower, tomato, sadri dan sebagainya bernilai RM 2.286 billion. Bagi produk buah-buahan sebanyak RM 1.242 billion telah dimpot pada tahun 2009 seperti buah apel, pisang kaki, pear, limau, pisang, betik dan sebagainya. Pengimpotan daging lembu banyak daripada India dan Australia kebanyakkannya dalam bentuk daging beku. Produk susu banyak diimpot dari New Zealand, Australia dan USA untuk kegunaan rakyat Malaysia.
Malaysia juga mengimpot dengan jumlah yang banyak Produk Baja untuk tanaman industri dan tanaman makanan dari luar negara bernilai RM 4.106 terutama baja NPK, CIRP, MOP dan sebagainya. Baja impot mempunyai permintaan yang tinggi dalam sektor pengeluaran tanaman makanan. Malaysia juga mengimpot sebanyak RM 95 juta buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengimpotan produk ubat-ubatan verterinar dan juga ubat pembunuh kuman sebanyak RM 481 juta. Nilai impot jentera pertanian di Malaysia sebanyak RM 754 juta terutama jentera pembajak (trektor), Pam Air, Jentera Penuai, Mesin menproses Makanan terutama dari negara China, Jepun, Korea dan beberapa negara Eropah,

Defisit Nilai Imbangan perdagangan pertanian terbesar adalah bahan makanan untuk ternakan sebanyak RM 3.704 billion pada tahun 2009. Bahan makanan ini memang tidak mampu dikeluarkan oleh Malaysia seperti jagung bijirin untuk ternakan, molases, gandum, dan sebagainya dan mesti diimpot dari luar negara. Harga bahan makanan untuk ternakan meningkat dengan signifikan selepas krisis makanan dunia dan apabila berlakunya bencana alam di negara-negara pengeluar. Baja juga memunyai imbangan defisit negatif bernilai RM 2.391 billion setiap tahun. Walau pun kini Malaysia meengeluarkan baja berasaskan petrolium dari Bintulu Fertilizer (Baja urea dsb) tetapi sumber baja lain banyak diimpot dari luar negara.

Sektor pertanian pada masa akan datang perlu juga ditumpukan untuk tanaman makanan yang boleh di ekspot seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk industri asas tani dan juga produk lain berkaitan pertanian. Produk sayur-sayuran untuk ekspot seperti tomato, Salad, Bell Pepper, Cili dan beberapa lagi boleh di tumpukan untuk kegunaan domestik dan ekspot. Perancangan perlu di susun dengan rapi agar dapat dicapai seperti dirancang dalam progran ETP (Economis Transformation Program) yang saya baca dari PEMAMDU dalam internet. Produk buah-buahan yang dinyataka seperti buah Papaya, Nenas, Melon, Pisang, Nangka dan Belimbing untuk pasaran ekspot akan dimajukan oleh syarikat swasta yang berminat. Diharap ekspot produk pertanian terutama dari sektor barang tanaman makanan, ternakan dan ternakair akan meningkat pada masa akan datang.


By,
M Anem
Lebuh Air Keroh
Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...