Thursday, January 6, 2011

BUAH PALA


BUAH PALA (Myristica fragrans) merupakan sejenis tumbuhanan dari keluarga Myristica yang mempunyai lebih dari 100 spesis diseluroh dunia. Buah pala dipercayai berasal dari kawasan Indonesia khususnya kepulauan Maluku dan ditanam di kawasan Asia Tenggara, Granada, Mauritius dan West Indies. Di Malaysia pokok pala banyak ditanam di Pulau Pinang (islands) dan di proses untuk dijadikan jeruk buah pala, minyak buah pala dan halwa buah pala yang saya kenal semenjak berpuloh tahun dulu. Anggaran pengeluaran buah pala didunia sekitar 10,000-12,000 tan setahun kebanyakkannya oleh Indonesia (75%) dan Grenada (20%). Sebanyak 5% lagi penghasilan oleh India, Papua New Guinea, Malaysia, Sri Lanka dan kepulauan Carribean. Artikel kali ini saya menulis tentang pokok buah pala dan beberapa teknologi yang berkaitan dengan pokok buah pala berdsarkan pemerhatian, kajian, pembacaan dan pengalaman.

Pokok Buah pala mampu tumbuh sehingga 8-12 meter tinggi dimana mempunyai batang utama dan banyak dahan. berwarna kelabu gelap Daunnya berbentuk elips langsing atau 'ovate-alternate' berwarna hijau berukuran 5 cm lebar dan 10 cm panjang. Pokok pala mempunyai 'Pokok Jantan' dan 'Pokok Betina' selpas 4-6 bulan kita dapat tahu diladang. Pokok Jantan menghasilkan debunga untuk pokok betina jadi pastikan pokok jandan tidak di tebang semua dan kadar disyorkan setiap 1 pokok jantan ada 8 pokok betina. Pokok yang 'hemaprodite' kadang-kadang ujud tetapi sangat jarang dijumpai dikebun.

Bunga pala keluar dari hujung dahan berwarna kekuningan dengan tangkai hijau yang pendek. Bunga betina berukuran 1 cm lebih panjang dari bunga jantan dengan berbentuk loceng dan tiada kelopak. Kedua2 bunga mengeluarkan nektar atau manisan utnuk di sedut oleh serangga yang akan mendebungakan secara bersilang atau 'cross pollinatian'. Buah pala berbentuk lonjong seperti buah lemon dan berwarna kuning, ada isi dan mempunyai aroma khas. Bila masak sepenuhnya maka bahagian kulit dan daging akan membuka dan biji akan terlihat terbungkus dan berwarna merah. Satu buah biasanya menghasilan satu biji pala yng berwarna coklat.

Pokok buah pala atau 'nutmeg' ini merupakan pokok saka yang sesuai ditanam dikawasan panas, hujan melebihi 2,500 mm setahun, terlindung dari angin kencang dan tiada musim kemarau panjang. Penanaman buah pala menggunakan biji benih yang matang dan perlu disemai. Biji benih memerlukan 2-4 minggu untuk bercambah dan boleh di tanam keladang selepas 6 bulan. Oleh kerana pokok buah pala di tanam kebanyakkanya di lereng bukit di kawasan Pulau Pinang maka jarak tanaman 3-4 m x 3-4 m mengikut kesesuaian. Pembajaan dijalankan dengan memberikan baja organik sebanyak 4-5 kg sepokok setiap 6 bulan dan baja NPK mengikut kadar. Kawalan rumpai dijalankan dengan cara manual atau kimia.

Pokok pala akan mulai berbunga selepas 7-9 tahun ditanam. Buah-buah pala yang masak akan dikuitp secara manual dan dikumpulkan. Jika dibiarkan maka buah pala akan gugur dan disetengah negara biji akan dikutip untuk diproses. Kajian menunjukkan penghasilan pala paling optima sehingga 25 tahun dan pokok akan menjadi terlalu tinggi melebihi 20 meter sukar untuk aktiviti penuaian. Jika dibiarkan pokok pala mampu hidup sehingga beratus-ratus tahun. Pala dikutip dua tujuam iaitu untuk penghasilan buah segar bagi tujuan di proses jadi bahan makanan atau perubatan atau penghasilan biji buah untuk diproses. bagaimanapun buah yang cukup masak dituai dan dijemur selama 6-8 minggu dibawah cahaya matahari. Amalan di Malaysia kulit biji akan dikupas dan bijinya dijemur. Apabila buah kering maka buah akan berbunyi kerana saiz biji mengecil di keluarkan sebelum dijual biji pala (Di Indonesia).

Biji pala mengandungi minyak sebanyak 7 - 14% yang mempunyai nilai tinggi untuk pelbagai kegunaan. Minyak yang diekstrak ini digunakan untuk dijadikan ubatan farmasiutekal dan industri bau-bauan (minyak wangi). bahan kimia yang terkandung adalah seperti d-pinnene, dipentene, d-borneol, I-teripenol, geraniol, safrol dan myristicin. Buah pala sebenarnya berguna dalam masakan dan juga sebagai makanan. Di Pulau Pinang buah pala di hiris halus dan disalut gula daan dimasukkan dalam 'ais kacang'. Buah pala juga digunakan sebagai ramuan masak kari, sayuran campuran, manisan di India, campuran minuman, candy dan sebagainya.

Kajian klinikal menyatakan penggunaan produk buah pala yang sedikit memberikan kesan Psaikologi dan Neurologi manusia tetapi jika terlalu berlebihan akan memberikan kesan negatif yang tidak baik. Kandungan myristicin dalam buah pala boleh menyebabkan pening kepala, pengurangan air badan (dehydration), palpitations, convulsions, nausea dan sebagainya jika tidak mengikut peraturan dosej makan. kajian lanjut perlu dijalankan mengenai tanaman ini yang ditanam tidak berapa luas atau komersial di Malaysia.

KE PULAU PINANG...TENGOK POKOK PALA.....
DI LERENG BUKIT....DITANAM IKUT SUKA....
DI BUAT JERUK...DI KERING,DISIRA JADI HALWA...
DAPAT MEMBELI...DAPAT JUGA UJI RASA.....

Artikel berkaitan:
1. Buah Keras (Klik disini)
2. Buah Pelaga (Klik disini)
3. Buah Tal (Klik disini)
4. Asam Jawa (Klik disini)
5. Jintan (Klik disini)
6. Cili Padi (Klik disini)
7. Buah Nadir di Malaysia (Klik disini)
By,
M Anem
Holliday In Hotel
Penang Road, 
Pulau Pinang
Malaysia

2 comments:

  1. Saya berminat untuk membeli anak benih pokok pala.
    agrobio.solution@gmail,com
    0199344300

    ReplyDelete
  2. TUAN BOLEH DAPATKAN ANAKBENIH BUAH PALA DARI PADA NURSERI ATAU BERTANYA KEPADA PEJABAT PERTANIAN DAERAH BERDEKATAN. ANGGARAN HARGA SEKITAR RM 4.00 SEPOKOK BERGANTUNG KEPADA SAIZ SEMAIAN. KADANG2 ADA DIJUAL DINURSERI LANDSKAP JUGA.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA